Kursus Komunikasi Berkesan Institut Perakaunan Negara Sabak Bernam Pada 12 April 2021

Kursus Komunikasi Berkesan Institut Perakaunan Negara, Sabak Bernam pada 12 April 2021.

Alhamdulillah, pada 12 April 2021 yang lalu, Tim Perunding Imej Malaysia telah dilantik sebagai penyedia khidmat latihan oleh Institut Perakaunan Negara untuk mengendalikan Kursus Komunikasi Berkesan selama satu hari secara bersemuka bertempat di Auditorium Sekendi, Institut Perakaunan Negara, Sabak Bernam. Seramai 42 orang peserta yang terdiri daripada Setiausaha Pejabat, Jurutera, Juruteknik Komputer, Pegawai Khidmat Pelanggan, Penolong Pegawai Teknologi Maklumat, Penolong Akauntan, Pegawai Tadbir (P/O), Penolong Pegawai Tadbir, Pereka, Pembantu Operasi, Pembantu Belia dan Sukan, Penolong Pegawai Penerangan, Penjaga Jurutera Elektrik dan Pemandu Kenderaan berkumpul di sini bagi mendapatkan ilmu dan teknik terkini dalam komunikasi berkesan.

Kursus Komunikasi Berkesan Institut Perakaunan Negara Kursus Komunikasi Berkesan Institut Perakaunan Negara Kursus Komunikasi Berkesan Institut Perakaunan Negara Kursus Komunikasi Berkesan Institut Perakaunan Negara

 

Seseorang individu yang mampu berkomunikasi dengan baik dan berkesan dapat menonjolkan kewibawaan diri dan organisasinya. Dalam dunia profesional, kemahiran komunikasi adalah pakej diri yang mengandungi kualiti dan ciri-ciri seorang individu berjaya yang menggambarkan kompetensi dan karakternya dalam menjalankan urusannya. Dengan memiliki kemahiran komunikasi, seorang individu akan mampu ‘menjual diri’, iaitu menjual nilai-nilai positif yang ada di dalam diri mereka, contohnya kepintaran, idea yang hebat, kreativiti, kejujuran, kesungguhan dan kewibawaan sebagai seorang ketua atau pekerja yang disegani.

Objektif utama Kursus Komunikasi Berkesan ini dianjurkan adalah untuk memberikan pendedahan, ilmu, teknik dan kemahiran kepada pekerja bagaimana berkomunikasi secara berkesan, beretika dan profesional dengan pihak atasan, rakan-rakan dan masyarakat.

Antara perkara-perkara yang dipelajari oleh para peserta dalam kursus satu hari ini ialah:

  • Modul 1: Konsep Komunikasi Dan Kesilapan Dalam Komunikasi Secara Berkesan.
  • Modul 2: Mengenal 4 Gaya Komunikasi Manusia
  • Modul 3: Laras Bahasa Dan Skrip Positif Berkomunikasi Secara Berkesan
  • Modul 4: Adab Dan Etiket Dalam Komunikasi Berkesan

 

Kursus Komunikasi Berkesan Institut Perakaunan Negara Kursus Komunikasi Berkesan Institut Perakaunan Negara

Semoga Kursus Komunikasi Berkesan ini dapat memberi semangat dan azam baru serta memantapkan lagi urusan komunikasi seharian dalam tugas yang telah dipertanggungjawabkan. In sha Allah semoga ilmu ini bermanfaat kepada semua peserta yang hadir dan ianya dapat dikongsikan kepada keseluruhan organisasi. Semoga semakin maju dan cemerlang serta semoga segala usaha kerja kita diterima dan diganjari segala amal kebaikan dengan setinggi-tinggi ganjaran, in sha Allah.

Kami mengucapkan selamat maju jaya dan mendoakan yang terbaik untuk semua peserta.

Kami kongsikan antara maklum balas dan pendapat daripada para peserta secara keseluruhan berkaitan Kursus Komunikasi Berkesan anjuran Institut Perakaunan Negara ini:

    1. Penceramah menyampaikan pengajaran topik dengan jelas dan difahami. Program ini sangat memberi manfaat dan banyak perkara baru yang dipelajari dan difahami – Muhammad Hushairi Bin Hamzah
    2. Pencermah friendly, penyampaian yang bagus dan memberi manfaat – Nor Azizah Binti Ali – Pembantu Akauntan W22
    3. Terbaik – Abdul Aziz Bin Mosli – Pegawai Khidmat Pelanggan
    4. Terbaik – Mazly Azlina Bin Ismat – Setiausaha Pejabat
    5. Sangat baik – Noripah ‘Ain Binti Saian – Pembantu Akauntan
    6. Mampu mengupas topik yang disampaikan – Siti Sarah Binti Ismail – Penolong Pegawai Tadbir
    7. Cemerlang – Muhammad Akmal Bin Kosrin – Pembantu Tadbir
    8. Ohsem!! – Rashidah Binti Robani – Pegawai Tadbir (P/O)
    9. Penceramah sangat best dan tidak bosan langsung – Norliza Binti Abdul Majid – Pembantu Tadbir (P/O)
    10. Terbaik – Noor Hafiszuddin Bin Othman – Pegawai Tadbir (P/O)
    11. Terbaik – Noramin Bin Juminen – Penolong Pegawai Penerangan
    12. Penceramah jelas dalam penyampaiannya dan menarik perhatian audien – Mohamad Nasir Bin Arbain – Penolong Akauntan
    13. Sangat baik – Mohd Redza Bin Jaudin – Pembantu Tadbir (P/O)
    14. Penceramah yang sangat best. Penceramah berinteraksi dengan peserta dengan cara yang sangat profesional – Nurul Ameera Binti Ahmad Razali – Pembantu Tadbir (P/O)
    15. Pengisian adalah baik dan kandungan kursus ini sangat bermanfaat – Muhamad Yusof Bin Abdul Razak @ Yunus – Penolong Jurutera
    16. Baik – Azrul Faizal Bin Zakaria – Penolong Pegawai Tadbir
    17. Berpengalaman dan program yang bermanfaat kepada bidang tugas peserta – Pembantu Tadbir
    18. Terbaik – Mohd Shyazali Bin Salleh – Pereka
    19. Terbaik – Siti Salwanie Binti Abdullah – Penyelia Asrama
    20. Bagus – Suriani Binti Ab. Manaf – Pembantu Pustakawan
    21. Penceramah sangat profesional – Mohd Fadzil Bin Md Ghazali – Pemandu Kenderaan

 

 

Kursus Komunikasi Berkesan Institut Perakaunan Negara

 

Anda berminat untuk mengadakan Kursus Komunikasi Berkesan ini di tempat anda?  Klik di sini untuk mendapatkan maklumat terperinci bengkel ini berserta sebutharga!

Related posts

0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x