Kursus Transformasi Penampilan & Etiket Dalam Imej Profesional anjuran Jambatan Kedua Sdn Bhd pada 23 Februari 2023 di Training Room JKSB, Batu Kawan Pulau Pinang.
Terima kasih kepada Jambatan Kedua Sdn Bhd di atas peluang dan kepercayaan yang diberikan kepada Awaken Training & Consultancy Sdn Bhd untuk mengendalikan Kursus Transformasi Penampilan & Etiket Dalam Imej Profesional yang telah berlangsung pada 23 Februari 2023. Kursus ini telah berlangsung di Training Room JKSB, Batu Kawan Pulau Pinang dan telah dihadiri oleh seramai 34 orang warga kerja Jambatan Kedua Sdn Bhd.
Penjenamaan imej yang sesuai dan tepat adalah mudah apabila kita jelas dengan keperluan jawatan dan hala tuju karier dan organisasi kita, seterusnya kita mampu memadankan imej personal kita dengan imej organisasi tempat kita bekerja. Banyak yang boleh dirumuskan dengan hanya melihat penampilan seseorang. Persepsi orang lain terhadap imej kita akan membentuk kesimpulan mereka terhadap organisasi kita seterusnya mempengaruhi tahap kebolehpercayaan dan penerimaan serta tindakan mereka.
Keterampilan diri dan personaliti seorang pekerja yang menarik merupakan aset bernilai kepada sesebuah organisasi. Reputasi pekerja akan meningkat dan berkembang apabila mempunyai personaliti yang profesional dari segi penampilan, etika dan komunikasi. Personaliti yang profesional bagi seorang pekerja sangat penting kerana ia memberi kesan langsung terhadap kepuasan pelanggan, seterusnya memberi kesan besar kepada reputasi dan keuntungan sesebuah organisasi. Personaliti bukan sahaja merujuk kepada cara berpakaian, paras rupa atau keadaaan fizikal seseorang. Dalam dunia profesional, personaliti adalah pakej diri yang mengandungi kualiti dan ciri-ciri seorang pekerja yang menggambarkan kompetensi dan karakternya semasa bekerja.
Keterampilan diri seorang pekerja juga menjadi kayu ukur ketika berurusan dengan pelanggan dan orang lain seperti pengurus, penyelia, rakan sekerja dan staf. Ini bermakna, personaliti diri pekerja yang baik bukan sahaja mewakili kredibiliti dirinya, malah melambangkan reputasi organisasinya. Program ini akan memberikan ilmu, kemahiran, panduan dan preskripsi yang spesifik membolehkan kemajuan peserta dalam memantapkapkan ketrampilan diri dan personalitinya.
Objektif utama Kursus Transformasi Penampilan & Etiket Dalam Imej Profesional adalah untuk memahami kesan langsung imej dan jenama diri pekerja terhadap reputasi organisasi di mana beliau bekerja, menyedari kesilapan-kesilapan dalam keterampilan diri yang boleh memusnahkan reputasi profesional diri dan organisasi, mengenalpasti kod pakaian dalam penampilan (korporat, formal, semi formal dan tidak formal), mengikut masa, majlis dan tempat.
Selain itu, peserta dapat mengenalpasti gaya personaliti diri dan bagaimana meningkatkan gaya personaliti profesional, mengenalpasti psikologi dan mesej sesuatu warna dalam memilih penampilan, kesan dan pengaruhnya serta mengenalpasti bentuk dan rangka tubuh seterusnya mengetahui teknik dan tatacara pemakaian yang sesuai mengikut bentuk tubuh. Seterusnya peserta juga mempelajari modul berkaitan komunikasi dan etiket profesional ketika berurusan dan juga bersosial dalam masyarakat, contohnya bagaimana mengamalkan laras bahasa dan skrip positif ketika berkomunikasi serta mengamalkan ciri-ciri komunikasi yang efektif, memantapkan cara berkomunikasi dan kemahiran interpersonal dengan pelanggan dan sesama individu di dalam dan di luar tempat kerja dan mempraktikkan etiket sosial dalam tingkah laku dan adab perhubungan di antara rakan sekerja, tetamu, pelanggan dan orang kenamaan, untuk lebih disenangi dalam pergaulan dan urusan kerja.
Antara perkara-perkara yang dipelajari oleh para peserta dalam kursus ini ialah:
- Modul 1: Pengenalan Kepada Imej dan Penjenamaan
- Modul 2: Memahami Gaya Personaliti Diri
- Modul 3: Membina Penampilan Yang Rapi dan Profesional
- Modul 4: Etiket Sosial dan Profesional
- Modul 5: Etiket Komunikasi
Alhamdulillah kami bersyukur diatas sambutan serta maklumbalas yang amat memberangsangkan daripada para peserta terhadap konten dan penyampaian kami dalam Kursus Transformasi Penampilan & Etiket Dalam Imej Profesional ini. Tahniah kepada semua peserta di atas penyertaan aktif dan komitmen yang hebat sepanjang kursus. Kami ucapkan selamat maju jaya dan kami mendoakan yang terbaik kepada semua peserta.
Kami kongsikan antara maklum balas dan pendapat daripada para peserta secara keseluruhan berkaitan kursus ini :
- Penceramah mampu memberi penjelasan yang baik – Syamirah binti Sauddin@Saiduddin, JR. Executive.
- Sangat best program yang memberi manfaat – Salbiah binti Ismail, Clerk 1
- Ok banyak ilmu yang boleh dipelajari – Suriah Begum binti Ab Rahman, Office Assistance
- Bersetuju – Norpishah binti Ali, SR. Supervisor
- Friendly – Ezlina binti Othman, Deputy Manager
- Penceramah : sangat baik, masa kursus terlalu singkat – Siti Hasliza binti Abdul Rashid, Timbalan Pengerusi
- Sangat bagus – Siti Nor Aisyah binti Idrus, Customer Services Assistant
- Sangat membantu untuk meningkatkan personaliti diri – Siti Norlela binti Mohamad, Customer Services Assistant
Anda berminat untuk mengadakan Kursus Transformasi Penampilan & Etiket Dalam Imej Profesional ini di tempat anda? Klik di sini untuk mendapatkan maklumat terperinci kursus ini berserta sebutharga!