Bengkel Kerjaya Dan Sahsiah Diri 2019 Pada 9 – 10 April 2019.
Awaken Training & Consultancy Sdn Bhd telah dilantik oleh Pusat Akademik Institut Penilaian Negara (INSPEN) sebagai penceramah Bengkel Kerjaya Dan Sahsiah Diri 2019 yang telah berlangsung pada 9 – 10 April 2019 bertempat di Bilik Kuliah Makmur B, Aras 1, Blok Akademik INSPEN, Kajang Selangor. Peserta terdiri daripada 46 orang pelajar tahun akhir Sijil Penilaian Harta Tanah (SPHT) dan Sijil Pengurusan Harta Tanah (SPGT).
Bengkel ini memberikan pendedahan secara terperinci, beserta contoh-contoh pakaian temuduga bagi calon-calon lelaki dan wanita yang memenuhi kriteria penampilan yang diinginkan oleh panel penemuduga. Antara pendedahan teknik berpakaian yang kami kongsikan dengan para peserta ialah jenis, warna dan fabrik kemeja, seluar, baju kurung dan suit, jenis dan warna tali leher, jenis dan warna kasut, jenis dan warna stokin, jenis, saiz dan bilangan aksesori, jenis dan warna beg, gaya, warna dan jenis tudung (wanita) serta kombinasi ton warna yang tepat bagi calon lelaki dan wanita.
Selain daripada itu objektif utama kursus ini diadakan adalah untuk mendedahkan teknik dan contoh terkini menyediakan resume dan cover letter yang berkesan dan berpengaruh untuk menawan hati majikan dan seterusnya akan dipanggil ke sesi temuduga.
Bengkel ini akan memberi pendedahan dan kemahiran kepada graduan perkara-perkara berikut:
1. Bagaimana menjenamakan diri untuk memiliki pakej yang diidamkan oleh majikan.
2. Cara-cara untuk memohon pekerjaan, permohonan secara bertulis dan teknik menulis resume yang berkesan.
3. Teknik-teknik menghadapi temuduga, persiapan pada hari temuduga, perkara yang harus dilakukan semasa temuduga, soalan-soalan yang lazimnya ditanya dalam temuduga, soalan-soalan yang boleh diajukan kepada penemuduga dan perkara-perkara yang boleh menyebabkan gagal dalam temuduga.
Dalam kursus selama 2 hari ini, para peserta didedahkan dan ditunjukkan teknik dan tatacara menghadiri temuduga, beserta dengan pendedahan apakah soalan-soalan yang akan dan biasa ditanya dalam sesi temuduga dan bagaimana teknik menjawab soalan-soalan ini. Para peserta seterusnya ditunjukkan sesi simulasi temuduga di mana beberapa orang peserta dipanggil ke hadapan untuk menjalani sesi simulasi temuduga.
Kriteria penting yang perlu ada pada setiap graduan pada masa ini ialah kualiti komunikasi, etika dan ketrampilan diri yang membolehkan mereka memikat hati serta meyakinkan bakal majikan bahawa mereka berupaya bersaing dan sama-sama memajukan organisasi. Kesemua kriteria ini adalah pakej diri yang mengandungi kualiti dan ciri-ciri seorang graduan yang menggambarkan kompetensi dan karakternya semasa bekerja nanti.
Kursus ini turut memberikan ilmu dan kemahiran bagaimana untuk yakin dalam berkomunikasi serta berurusan secara profesional. Para peserta ditugaskan untuk membuat latihan-latihan dan aktiviti untuk memahami bagaiamana cara berkomunikasi menggunakan ton suara dan memilih ayat yang sesuai mengikut etiket profesional. Aktiviti-aktiviti pembelajaran ini dirangka khusus dalam kursus ini untuk memberikan ilmu komunikasi meningkatkan keyakinan diri setiap peserta yang hadir.
Sekalung penghargaan kepada pihak Pusat Akademik Institut Penilaian Negara (INSPEN) atas jemputan dan kepercayaan untuk kami mengendalikan Bengkel Kerjaya Dan Sahsiah Diri 2019 ini. Kepada semua peserta dan semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis ilmu ini, kami ucapkan jutaan terima kasih atas penyertaan dan komitmen anda yang hebat. Segala input dan semangat yang diperolehi dalam Bengkel Kerjaya Dan Sahsiah Diri ini semoga dapat membantu setiap peserta yang hadir untuk menyediakan resume yang betul dan berkesan seterusnya yakin dan positif untuk menghadapi temuduga kerja.
Terima kasih juga atas sambutan dan maklumbalas yang memberangsangkan daripada peserta-peserta yang hadir.
Kami kongsikan antara maklum balas dan pendapat daripada para peserta secara keseluruhan berkaitan Bengkel Kerjaya Dan Sahsiah Diri 2019 ini:
- Kursus ini sangat membantu saya untuk menghadapi temuduga kerja dan sangat membantu saya membuat resume yang betul – Wan Muhamad Izzuddin – Pelajar
- Pada pendapat saya, penceramah merupakan seorang yang kreatif dalam mengajar ilmu-ilmu baru untuk menyediakan resume yang berkesan – Siti Umairah – Pelajar
- Kursus ini sangat manfaat untuk para graduan – Shereen – Pelajar
- Penceramah yang sangat ceria dan tidak kedekut ilmu. Penyampaian yang baik – Kathie – Pelajar
- Penceramah sangat profesional dan cara penyampaian yang menarik dan tidak bosan serta banyak ilmu yang saya dapat untuk membaiki diri saya – Nur Shahira Nadia Bt Che Ngah – Pelajar
- Penceramah jelas dengan objektif program dan ianya sangat dan efektif kepada kami sebagai peserta – Wan Nursyafiqah Noor Hisham – Pelajar
- Program yang sangat terbaik. Dapat ilmu yang baru untuk bersedia apabila memasuki alam pekerjaan – Nur Syahirah Binti Mohd Zohari – Pelajar
- Sangat seronok kerana penyampai sporting dan isi ceramah jelas serta mudah difahami – Nurul Fazlina Binti Ali – Pelajar
- Penceramah sangat berpengalaman. Isi-isi yang disampaikan penuh bermanfaat – Noor Ashikin Bt Hamdan – Pelajar
- Kursus ini memberi manfaat dan kelebihan yang berkesan kepada diri saya – Mohd Amirul Syafiq Bin Abd Halim – Pelajar
- Penyampaian sangat baik, suara jelas, penuh dengan senyuman – Nur Syafiqah Izzati Samsuddin – Pelajar
- Very good explaining, approaching the students – Harissa – Pelajar
- Secara keseluruhan, isi-isi yang disampaikan sangat membantu dalam membina keyakinan saya – Nur Aina Sofia Bt Abdul Rahman – Pelajar
- Topik yang disampaikan oleh penceramah jelas dan bermanfaat – Anis Farisha Bt Mohd Fuad – Pelajar
- Topik yang hendak disampaikan sangat jelas dan bermanfaat – Nur Athirah Binti Abdul Latiff – Pelajar
- Memberi manfaat berguna dan kelebihan berkesan kepada kami – Daeng Mohamad Ezamudeen – Pelajar
- Sangat menarik, berkeyakinan dan berkredibiliti – Nur Aiman – Pelajar
- Amat terbaik – Muhammad Luqmanul Hakeem – Pelajar
- Sangat membantu – Herodius Azrus Uga – Pelajar
- Penceramah segak dan bergaya serta meyakinkan – Putera Imran Firdaus Bin Ahmad Tarmizi – Pelajar
- Penyampaian daripada penceramah amat mudah untuk difahami – Khairunnisa Nadiah Ahmad Rosdy – Pelajar
- Cara penyampaian jelas dan mudah difahami – Nurul Eliani Bt Husain – Pelajar
- Penceramah berpengalaman dalam bidang ini – Nurul Zahidah Binti Ahmad – Pelajar
- Penceramah yang ceria dan mampu untuk menyampaikan idea dengan baik – Siti Nur Syuhadah Binti Jaffri – Pelajar
- Awesome – Nur Khaledah Bt Zulkarnain – Pelajar
- Sangat baik – Suzana Bt Safrizal – Pelajar
- Sangat baik – Nurul Jannah Bt Abdul Rani – Pelajar
- Terbaik – Nur Farhanah – Pelajar
- Terbaik – Mohamad Iddeen Bin Azmi – Pelajar