Kursus Transformasi Penampilan Dalam Imej Kelas Pertama JAIS | 14 Ogos 2018

Imej Kelas Pertama JAIS

Penampilan Dalam Imej Kelas Pertama JAIS – Tim Perunding Imej Malaysia telah dijemput oleh  Jabatan Agama  Islam Selangor (JAIS) untuk mengendalikan Kursus Transformasi Penampilan Dalam Imej Kelas Pertama pada 14 Ogos 2018, bertempat di Bilik Kuliah Sakinah, Jabatan Agama Islam Selangor, Shah Alam.

Penampilan Dalam Imej Kelas Pertama JAIS

Penampilan Dalam Imej Kelas Pertama JAIS

Sekalung penghargaan kepada pihak Jabatan Agama  Islam Selangor atas jemputan dan kepercayaan untuk kami mengendalikan Kursus Transformasi Penampilan Dalam Imej Kelas Pertama JAIS ini. Kepada semua peserta dan semua pihak yang terlibat dalam menjayakan kursus ini, kami ucapkan jutaan terima kasih atas penyertaan dan komitmen anda yang hebat. Segala input dan semangat yang diperolehi dalam Kursus Transformasi Penampilan Dalam Imej Kelas Pertama ini semoga menjadi pencetus kepada para peserta agar lebih bersemangat dan bermotivasi dalam menunaikan amanah dan tugasan yang diberi.

Penampilan Dalam Imej Kelas Pertama JAIS

Penampilan Dalam Imej Kelas Pertama JAIS

Keterampilan diri dan personaliti seorang pekerja yang menarik merupakan aset bernilai kepada sesebuah organisasi. Reputasi pekerja akan meningkat dan berkembang apabila mempunyai personaliti yang profesional dari segi penampilan, etika dan komunikasi. Personaliti yang profesional bagi seorang pekerja sangat penting kerana ia memberi kesan langsung terhadap kepuasan pelanggan, seterusnya memberi kesan besar kepada reputasi dan  keuntungan sesebuah organisasi.  Personaliti bukan sahaja merujuk kepada cara berpakaian, paras rupa atau keadaaan fizikal seseorang. Dalam dunia profesional, personaliti adalah pakej diri yang mengandungi kualiti dan ciri-ciri seorang pekerja yang menggambarkan kompetensi dan karakternya semasa bekerja.

Penampilan Dalam Imej Kelas Pertama JAIS

Keterampilan diri seorang pekerja juga menjadi kayu ukur ketika berurusan dengan pelanggan dan orang lain seperti pengurus, penyelia, rakan sekerja dan staf. Ini bermakna, personaliti diri pekerja yang baik bukan sahaja mewakili kredibiliti dirinya, malah melambangkan reputasi organisasinya. Program ini akan memberikan ilmu, kemahiran, panduan dan preskripsi yang spesifik membolehkan kemajuan peserta dalam memantapkapkan ketrampilan diri dan personalitinya. Program ini berbentuk diagnos di mana setiap peserta terlibat akan dinilai dan diperiksa akan keadaan imej semasanya. Kemudian, diberikan panduan dan preskripsi yang spesifik membolehkan kemajuan peserta dalam meningkatkan imej dirinya.

Penampilan Dalam Imej Kelas Pertama JAIS

Kursus Imej Kelas Pertama JAIS  ini bertujuan untuk meningkatkan imej profesional organisasi dengan membantu para peserta memantapkan tatacara penampilan diri secara profesional, serta meningkatkan personaliti diri.

Penampilan Dalam Imej Kelas Pertama JAIS

Kursus Transformasi Penampilan Dalam Imej Kelas Pertama JAIS ini dikendalikan menggunakan teknologi metodologi latihan terkini di mana hampir 70% pengisian dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti pembelajaran secara individu, berpasangan dan berkumpulan. Kursus ini menggunakan pendekatan interaktif dan ‘experiental’ dengan memberi penekanan kepada aspek teori dan amali melalui ceramah interaktif, aktiviti berkumpulan, tugasan individu, persembahan video, role play dan demonstrasi. Kesemua aktiviti yang dijalankan telah dirangka dengan teliti bagi memastikan peserta dapat memahami semua modul dengan mudah dan berkesan.

Terima kasih atas sambutan dan maklumbalas yang memberangsangkan daripada peserta-peserta yang hadir. Kami kongsikan sebahagian daripada komen dan pendapat peserta yang hadir mengenai Kursus Transformasi Penampilan Dalam Imej Kelas Pertama Jabatan Agama  Islam Selangor (JAIS) ini:

  1. Excellent, terbaik (Jannah Shukur, Pembantu Hal Ehwal Islam)
  2. Baik (Zanariah Mohd Said, Pembantu Hal Ehwal Islam)
  3. Sangat baik (Rasyid, Pembantu Hal Ehwal Islam)
  4. Terbaik (Nor Hafiz Binti Mohd Leman, Pembantu Hal Ehwal Islam)
  5. Bagus (M. Khalid, Pembantu Hal Ehwal Islam)
  6. Sangat memuaskan (Siti Murni Bt Shahrom, Pembantu Hal Ehwal Islam)
  7. Terbaik (Sarimah Bt Hj. Hamis, Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam)
  8. Baik (M. Zaki Kuriman)
  9. Penceramah best, jelas & objektif (Siti Nur Hidayah, Pegawai Hal Ehwal Islam)
  10. Mudah difahami dan seronok (Syafinah Johari)
  11. Best (Nor Fazila Bt M. K. Munawa, Pembantu Tadbir)

Anda berminat untuk mengadakan bengkel ini di tempat anda? Klik di sini untuk mendapatkan maklumat terperinci bengkel ini beserta sebutharga!

Related posts

0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x