Kursus Pengacaraan Majlis Dan Protokol Kolej Poly-Tech MARA
Pada 29 April 2019 yang lalu, Awaken Training & Consultancy Sdn Bhd telah dijemput oleh Kolej Poly-Tech MARA untuk mengendalikan Kursus Pengacaraan Majlis Dan Protokol bertempat di Dewan Jubli Perak, KPTM Kuantan.
Dalam penganjuran majlis, peranan pengacara adalah sangat penting. Antara faktor yang memberi sumbangan terhadap kecemerlangan penganjuran majlis ialah teks ucapan dan peranan pengacara majlis. Penulisan teks ucapan yang berkualiti bermula dengan apakah tujuan majlis, mengenalpasti siapakah audiens yang hadir, apakah mesej yang ingin disampaikan, apakah hasrat tersurat penaja program, mencari apakah idea-idea utama untuk dikongsikan. Seterusnya disusun dan digarap kemas, menarik dan mudah untuk disampaikan serta mesra halwa telinga pendengar.
Selain teks ucapan yang berkualiti, pengacara menjadi tumpuan dan peranan utama kepada kelancaran perjalanan majlis. Semua tindakan dan pergerakan dalam majlis dimulakan oleh pengacara. Malah dalam banyak keadaan, pengacara yang berwibawa mampu melonjakkan reputasi majlis yang dianjurkan seterusnya memberikan imej yang baik kepada pihak penganjur majlis.
Kemahiran mengacarakan majlis bukan hanya sekadar pandai berbicara dan mempunyai suara yang lunak. Ia sebenarnya lebih dari itu. Selain perlu mempunyai kemahiran dan keyakinan berucap di khalayak, pengacara yang baik dan berkesan juga mesti mempunyai asas protokol dan pengurusan majlis yang mantap.
Antara objektif Kursus Pengacaraan Majlis Dan Protokol Kolej Poly-Tech MARA ini adalah seperti berikut :
- Memberi panduan dan bimbingan tentang kaedah dan hala cara pengurusan pelbagai majlis berasaskan konsep dan amalan protokol sejagat.
- Kemahiran merancang, menyedia dan menulis teks ucapan yang berkualiti.
- Tips dan panduan menjadi pengacara majlis yang berwibawa.
Kursus Pengacaraan Majlis Dan Protokol Kolej Poly-Tech MARA ini berorientasikan pemindahan ilmu dan kemahiran kepada para peserta. Peserta akan diminta untuk melakukan sendiri secara berkumpulan dan individu setiap gerak kerja yang diperlukan. Bagi memantapkan penguasaan ilmu dan kemahiran, peserta perlu melakukan aktiviti secara ‘hands on’ dengan beberapa latihan dan simulasi yang dirangka khusus berasaskan kumpulan dan individu dalam menganjurkan dan mengendali majlis rasmi.
Kami kongsikan antara maklum balas dan pendapat daripada para peserta secara keseluruhan berkaitan Kursus Pengacaraan Majlis Dan Protokol Kolej Poly-Tech MARA ini :
-
- Sangat berpengalaman dan aktiviti-aktiviti yang dikendalikan sangat menarik – Hasmizar Binti Abd Halim – Timbalan Dekan Fakulti Kejuruteraan
- Penceramah berpengetahuan luas tentang tajuk dan isi kandungan kursus – Annur Huda Binti Jaafar – Penolong Pengarah
- Sangat informatif – Hasni Suhana Binti Mat Hasan – Pensyarah
- Sangat memahami kandungan latihan sepenuhnya – Nor Hanim Binti Abu Zarin – Pensyarah
- Menarik dan mempunyai ilmu yang jelas dalam kursus ini – Hartini Mohd Rosli – Ketua Jabatan Pengajian Umum
- Sangat baik – Nor Azah Binti Mohamed Azahar – Ketua Penolong Pengarah
- Penyampaian kursus menarik dan sangat bagus – Hamidah Binti Jaini – Kerani Kanan
- Best!! – Sharifah Fatimah – Pensyarah
- Terbaik – Razmi Ab Rahman – Pensyarah Kanan
- Terbaik – Yusairi Bin Ahmad – Pensyarah
- Sangat berpengalaman – Nurul Atikah Mustafa – Pensyarah
- Amat baik – Nor Asikin Abdullah – Pensyarah
- Baik – Mohd Azamuddin Che Ambi – Penolong Pengarah HEP
Anda berminat untuk mengadakan Kursus Pengacaraan Majlis Dan Protokol ini di tempat anda? Klik di sini untuk mendapatkan maklumat terperinci kursus ini beserta sebutharga!