Kursus Personal Image Branding & Make Up Tutorial | Granulab (M) Sdn Bhd | 13 Mac 2020

Kursus Personal Image Branding & Make Up Tutorial – Awaken Training & Consultancy Sdn Bhd

Awaken Training & Consultancy Sdn Bhd telah dilantik sebagai penyedia khidmat latihan oleh Granulab (M) Sdn Bhd untuk mengendalikan Kursus Personal Image Branding & Make Up Tutorial pada 13 Mac 2020, bertempat di Granulab (M) Sdn Bhd.

Sekalung penghargaan kepada pihak Granulab (M) Sdn Bhd di atas jemputan dan kepercayaan untuk kami mengendalikan Kursus Personal Image Branding & Make Up Tutorial ini kepada para pegawai Pengurusan Granulab (M) Sdn Bhd. Para peserta yang hadir adalah terdiri daripada Chief Executive Officer, Production Assistant, Operator, Production Executive, Quality Control Executive, Regulatory Affairs Executive, Account Executive, Admin & HR Executive, Sales & Marketing Manager, Sales & Marketing Executive. 

Kepada semua peserta dan semua pihak yang terlibat dalam menjayakan kursus ini, kami ucapkan jutaan terima kasih atas penyertaan dan komitmen anda yang hebat. Segala input dan semangat yang diperolehi dalam Kursus Personal Image Branding & Make Up Tutorial ini semoga bermanfaat kepada semua peserta yang hadir agar terus berjaya dengan cemerlang dalam kerjaya dan kehidupan.

Penjenamaan tidak lagi hanya untuk syarikat dan perniagaan sahaja. Penjenamaan atau ‘personal brand’ juga adalah untuk setiap individu atau kakitangan yang berada dalam sesebuah organisasi atau perniagaan yang ingin menonjolkan dirinya bagi tujuan mempromosi nilai-nilai profesional yang ada dalam diri, prinsip kerja yang hebat, servis profesional dan pengalaman kerja yang mampu disumbangkan kepada organisasi.

Penjenamaan diri adalah berkaitan membuatkan majikan, rakan sekerja, pelanggan atau sesiapa sahaja menyedari kewujudan diri kita yang berbeza, berkualiti, kompeten, profesional dan relevan dalam organisasi dan industri. Penjenamaan diri yang bijak membantu meninggalkan gambaran jelas tentang diri kita yang akan sentiasa diingati oleh majikan, rakan sekerja dan pelanggan. Penjenamaan imej profesional seseorang pekerja pastinya merupakan aset yang amat bernilai kepada sesebuah organisasi atau perniagaan, kerana imej seorang pekerja yang profesional pastinya akan mampu melonjakkan reputasi dan imej profesional organisasi dan perniagaan tersebut di mata para pelanggan dan industri.

Personal Image Branding atau penjenamaan imej diri melibatkan proses membangunkan imej diri mengenai bagaimana kita menampilkan diri di hadapan orang lain, daripada segi penampilan, tingkah-laku dan etika kerja serta cara berkomunikasi dengan orang lain.

Penjenamaan imej profesional seseorang pekerja pastinya merupakan aset yang amat bernilai kepada sesebuah organisasi. Imej dan Reputasi seseorang pekerja akan meningkat apabila mempunyai imej dan jenama diri yang profesional dari segi penampilan, etika kerja dan komunikasi.

Personaliti yang profesional bagi seorang pekerja sangat penting kerana ia memberi kesan langsung terhadap kepuasan pelanggan, seterusnya memberi kesan besar kepada reputasi dan  keuntungan sesebuah organisasi.  Personaliti bukan sahaja merujuk kepada cara berpakaian, paras rupa atau keadaaan fizikal seseorang. Dalam dunia profesional, personaliti adalah pakej diri yang mengandungi kualiti dan ciri-ciri seorang pekerja yang menggambarkan kompetensi dan karakternya semasa bekerja.

Personal Image Branding

Personal Image Branding

Personal Image Branding atau penjenamaan imej diri seorang pekerja ke arah menjadi imej profesional pastinya merupakan langkah terbaik sesebuah organisasi untuk memberi kepuasan kepada pelanggannya. Ini kerana imej seorang pekerja merupakan kayu ukur ketika pekerja tersebut berurusan dengan pelanggan dan orang lain seperti pengurus, penyelia, rakan sekerja dan staf. Ini bermakna, Personal Image Branding atau penjenamaan imej diri yang profesional bagi seseorang pekerja bukan sahaja mewakili jenama imej dan kredibiliti dirinya, malah melambangkan reputasi dan jenama profesional organisasinya.

Kursus Personal Image Branding Granulab (M) Sdn Bhd ini memberikan ilmu, kemahiran, panduan dan preskripsi bagi membantu setiap peserta untuk menjenamakan imej profesional dirinya melalui aspek penampilan, tingkah-laku dan etika kerja serta cara berkomunikasi ketika berurusan dengan pelanggan, majikan, rakan sekerja dan sesiapa sahaja.

Personal Image Branding

Personal Image Branding

Personal Image Branding

Kursus Personal Image Branding Granulab (M) Sdn Bhd ini juga bertujuan untuk meningkatkan jenama dan imej profesional organisasi dengan membantu setiap peserta yang merupakan kakitangan di Granulab (M) Sdn Bhd memahami konsep etiket sosial dengan baik, berupaya memahami serta mengamalkan tatacara berpakaian formal, semi-formal dan tidak formal mengikut kesesuaian tempat dan majlis, memahami serta mengamalkan adab-adab kesopanan ketika bersosial dan berupaya mempraktikkan kaedah-kaedah bersesuaian untuk tampil berkeyakinan dan profesional ketika berurusan.

Selain daripada itu, objektif Kursus Personal Image Branding ini adalah seperti berikut:

  1. Mengetahui kesan langsung keterampilan diri terhadap reputasi dirinya dan reputasi organisasi di mana beliau bekerja.
  2. Memberi keyakinan kepada para peserta untuk lebih berketrampilan di pejabat dan dalam semua urusan pekerjaan.
  3. Menyedari kesilapan-kesilapan dalam keterampilan diri yang boleh memusnahkan reputasi profesional diri dan organisasi.
  4. Mengenalpasti kod pakaian dalam penampilan (korporat, formal, semi formal dan tidak formal), mengikut masa, majlis dan tempat.
  5. Mengenalpasti gaya personaliti diri dan bagaimana meningkatkan gaya personaliti profesional.
  6. Mengetahui dan mengaplikasikan gaya berhijab serta rutin penjagaan wajah harian dan teknik solekan ke pejabat agar dilihat sopan dan profesional.
  7. Mempraktikkan etiket sosial dan adab perhubungan di antara rakan sekerja, tetamu, pelanggan dan orang kenamaan, untuk lebih bertatatertib dan disenangi dalam pergaulan dan urusan kerja.

Personal Image Branding

Bagi Make Up & Hijab Tutorial pula telah dibuat pada slot petang khas untuk peserta perempuan sahaja. Solekan dan penggayaan hijab ini bertujuan untuk meningkatkan imej dan personaliti para peserta yang terdiri daripada para wanita bekerjaya, usahawan, surirumah, pelajar dan golongan profesional, untuk meningkatkan kemahiran dalam ketrampilan diri termasuk teknik gaya berpakaian, gaya berhijab dan teknik solekan.

Mempelajari teknik gaya berpakaian, gaya berhijab dan teknik solekan dalam Make Up & Hijab Tutorial ini amat penting bagi wanita zaman ini memandangkan terlalu banyak di media sosial pelbagai ilmu dan pendedahan yang dihidangkan saban hari mampu mempengaruhi diri mereka. Mereka perlu tahu ilmu yang tepat tentang apakah gaya yang terbaik dan sesuai dengan personaliti, keperluan kerja dan bisnes serta apa brand/jenama diri yang mereka ingin tampilkan agar mampu menonjolkan kualiti yang terbaik dalam diri mereka.

Bukan semua ilmu dan teknik yang didedahkan adalah perlu dan sesuai untuk diaplikasikan oleh semua wanita, memandangkan berbeza wanita mempunyai berbeza nilai-nilai personaliti dan nilai profesional yang perlu ditonjolkan dalam diri mereka.

Personal Image Branding

Personal Image Branding

Make Up & Hijab Tutorial ini juga memberikan teknik berpenampilan dan panduan pemakaian wanita muslimah bekerjaya, usahawan dan surimah. Kini ramai Muslimah yang bekerja dan tidak kurang juga yang bekerja sendiri. Namun masih ada yang kurang pasti apakah pakaian kerja yang dipakai, hijab yang digayakan dan solekan yang dikenakan selama ini benar-benar sesuai dengan kehendak bidang kerjaya dan personaliti mereka.

Sekiranya tiada panduan dan kayu ukur dalam meletakkan apakah busana dan gaya penempilan yang sesuai ke pejabat, besar kemungkinan ramai ke pejabat yang kelihatan terlalu santai atau terlalu menarik perhatian. Pakaian, gaya hijab dan solekan yang betul, kemas dan sempurna di tempat kerja atau ketika menghadiri urusan penting akan melahirkan satu keyakinan kepada kita secara peribadi dan mampu meyakinkan orang lain untuk berurusan secara selesa dengan kita.

Pelbagai gaya bertudung bukanlah penentu utama untuk memastikan penampilan anda menarik. Ia harus dimulakan dengan ilmu dalam mengenali bentuk wajah wanita.

Dengan mengenali dan memahami bentuk wajah, kita tidak akan membuang masa dan wang membeli atau mencuba tudung dan mengenakan gaya bertudung yang tidak sesuai dengan bentuk wajah. Usah terpengaruh dengan individu lain yang kelihatan cantik mengenakan gaya/ ikatan bertudung tertentu kerana gaya bertudung itu mungkin sesuai dengan bentuk wajahnya tetapi tidak dengan bentuk wajah kita.

Selain daripada itu, antara faktor yang perlu diambil kira ialah pilihan fabrik, saiz tudung, cara ikatan tudung, corak dan warna akan turut mempengaruhi rupa paras.

Pemilihan tudung dan gaya tudung juga turut ditentukan oleh majlis, suasana  dan tempat yang dihadiri. Seorang wanita yang bekerjaya dan profesional ketika berurusan adalah tidak sesuai menggunakan selendang yang dibelit dengan pelbagai fesyen, tampak merimaskan dan berserabut contohnya selendang dibelit berkali-kali di sekeliling kepala kemudian baki selendang dibiarkan jatuh melepasi lutut.

Cara tudung digayakan harus kemas, menutup aurat dan praktikal.

Personal Image Branding

Personal Image Branding

Daripada kursus ini para peserta bukan sahaja berpeluang mempelajari cara penampilan diri untuk kelihatan lebih profesional, tetapi juga cara untuk menjadi seorang yang berkeyakinan diri. Keyakinan dalam imej diri adalah penting dalam kehidupan individu kerana ia boleh menentukan tahap kejayaan dalam kehidupan peribadi dan perkembangan kerjaya dan profesion individu tersebut.

Terima kasih atas sambutan dan maklumbalas yang memberangsangkan daripada peserta-peserta yang hadir. Kami kongsikan sebahagian daripada komen dan pendapat peserta yang hadir mengenai Kursus Personal Image Branding & Make Up Tutorial ini :

  1. Sangat confident – Nazira Binti Noor Hisham – RA Executive
  2. Bagus – Norhazwani Binti Sharani – Marketing Executive
  3. Sangat cooperative – Faizura Mohd Nor – Marketing Manager
  4. Sangat profesional dan pandai menarik minat para peserta untuk belajar – Nurul Ain Jumri – Quantity Control Executive
  5. Sangat bagus dan mudah difahami – Siti Nor Amira – Praktikal
  6. Sangat memuaskan – Norzalina Mansor – Operator Production

Anda berminat untuk mengadakan Kursus Personal Image Branding & Make Up Tutorial ini di tempat anda? Klik di sini untuk mendapatkan maklumat terperinci bengkel ini beserta sebutharga!

Related posts

0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x