Kursus Protokol Dan Etiket Sosial Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia Pada 3-5 Disember 2021.
Terima kasih kepada Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia kerana telah memberi peluang dan kepercayaan kepada Awaken Training & Consultancy Sdn Bhd untuk mengendalikan Kursus Protokol Dan Etiket Sosial pada 3 hingga 5 Disember 2021 bertempat di Hotel Maluri, Kuala Lumpu. Kursus Protokol Dan Etiket Sosial ini telah dihadiri oleh seramai 39 orang peserta yang terdiri daripada ahli Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia dari seluruh Malaysia.
Pengetahuan dan kemahiran mengenai ilmu protokol, etiket sosial dan imej profesional bukan sahaja melibatkan aplikasi semasa penganjuran majlis, program dan keramaian tetapi juga turut diaplikasikan dalam kerja-kerja dan ketika menjalankan tugasan seharian. Pekerja yang memahami dan dapat mempraktikkan ilmu protokol, etiket sosial dan imej profesional dalam profesion pekerjaan mereka akan lebih berketerampilan dan berkeyakinan dalam melaksanakan tugas seterusnya menaikkan reputasi organisasi.
Penganjuran Kursus Protokol Dan Etiket Sosial ini bertujuan untuk memberi peluang kepada semua peserta yang hadir untuk lebih memahami dan mendalami ilmu protokol, etiket sosial dan imej profesional semasa mengendalikan atau menghadiri majlis rasmi, mahupun ketika menjalankan tugas-tugas harian rasmi seperti berurusan dengan pelanggan dan pihak atasan.
Antara objektif utama penganjuran Kursus Protokol Dan Etiket Sosial ini adalah seperti berikut:
- Memberi maklumat kepada peserta mengenai akta, peraturan, pekeliling dan amalan protokol yang ada sebagai panduan asas untuk melaksanakan tugasan harian bagi mengelakkan sebarang masalah yang berbangkit mengenai protokol.
- Memberi panduan dan bimbingan tentang kaedah dan cara pengurusan pelbagai majlis berasaskan konsep dan amalan protokol sejagat.
- Memberi pengetahuan dan kefahaman tentang prinsip dan kepentingan heirarki dalam majlis.
- Menerapkan nilai-nilai kemahiran sosial supaya dapat meningkatkan lagi kemahiran diri apabila terlibat dalam pengendalian majlis yang pelbagai bentuk.
- Mempraktikkan etiket sosial di meja makan dan aplikasi penggunaan peralatan dimeja makan dengan tertib.
- Mengenalpasti gaya personaliti diri dan bagaimana meningkatkan gaya personaliti profesional.
- Mengenalpasti kod pakaian dalam penampilan (korporat, formal, semi formal dan tidak formal), mengikut masa, majlis dan tempat.
- Mempraktikkan etiket sosial dalam menjalankan tugasan rasmi di antara rakan sekerja, tetamu, pelanggan dan orang kehormat untuk lebih bertatatertib dan disenangi dalam pergaulan dan urusan kerja.
Melalui Kursus Protokol Dan Etiket Sosial yang berlangsung selama tiga hari ini para peserta akan berpeluang mempelajari perkara berikut:
Modul 1: Pengenalan Kepada Protokol Dan Pengurusan Majlis
Modul 2: Pengurusan Jemputan, Sambutan Dan Persiapan Protokol Majlis
Modul 3: Pengurusan Majlis Dan Panggilan Hormat
Modul 4: Hierarki VVIP Majlis
Modul 5: Susunan Tempat Duduk Vvip Dalam Majlis
Modul 6: Pegawai Protokol Dan Penyambut Tetamu
Modul 7 : Etiket Di Meja Makan
Modul 8: Tatacara Berpakaian Dalam Majlis Rasmi
Modul 9: Etiket Sosial Dalam Majlis Dan Tugas Rasmi
Alhamdulillah kami bersyukur di atas sambutan serta maklumbalas yang amat memberangsangkan daripada para peserta terhadap konten dan penyampaian kami sepanjang tiga hari berlangsungnya Kursus Protokol Dan Etiket Sosial ini.
Tahniah kepada semua peserta diatas penyertaan aktif dan komitment yang hebat sepanjang Kursus Protokol Dan Etiket Sosial ini berlangsung. Kami ucapkan selamat maju jaya dan dan kami mendoakan yang terbaik kepada semua peserta.
Kami kongsikan antara maklum balas dan pendapat daripada para peserta secara keseluruhan berkaitan Kursus Protokol dan Etiket Sosial anjuran Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia:
- Penceramah mampu menyampaikan serta menerangkan sesuatu topik dengan jelas dan baik – Nur Aliya Natasha – Kerani
- Penampilan profesional yang disampaikan amat praktikal dan penceramah amat berpengalaman tetapi terlalu rush – Chin Yew Cheng – Pentadbir
- Bagus dan sangat jelas penyampaiannya – Muhammad Azwan Ali Bin Rosli – pembantu tadbir
- Baik, mampu menyampaikan maklumat secara bersahaja – Mohd Nazrol Bin Ibrahim – Pengerusi SBM Kedah.
- Sangat bagus dan penerangan sangat jelas – Shereen Azura binti Abdul Rahim – SBM Cawangan Pahang.
- Penyampaian jelas dan efektif – Nur Hidayah BInti Muhd Hisham – Pembantu Tadbir
- Berkarisma dan profesional – Roslina Binti Lah – Finance
- Penyampaian yang jelas – Nor Sagita – Penolong Tadbir
- Very good, nice information – Nur Ilmiah – Kerani
- Penyampaian yang jelas – Nurs Shuhaidah Binti Mohd Jailani – Pembantu Tadbir
- Baik dan mesra – Radziah binti Husain – Kerani AM
- Sangat jelas – Nur Shazwani Binti Jusoh – Staf Melaka
- Memukau – Bahar – Kerani SBM
- Memuaskan – Wong Yoon Long – Pemangku Pengarah
- Bagus – Pakhria binti Mohamed Daud – Pembantu Tadbir
Anda berminat untuk mengadakan Kursus Protokol Dan Etiket Sosial ini di tempat anda? Klik di sini untuk mendapatkan maklumat terperinci bengkel ini berserta sebutharga.