Kursus Strategy Negotiation and Persuasion Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak (IPPTAR) pada 15 – 17 Jun 2021

Kursus Strategy Negotiation and Persuasion Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak (IPPTAR) pada 15 – 17 Jun 2021.

Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana di atas keizinanNya, Awaken Training & Consultancy Sdn Bhd telah berjaya mengendalikan Kursus Strategy Negotiation and Persuasion anjuran Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak (IPPTAR). Terima kasih kepada pihak IPPTAR di atas peluang dan jemputan untuk kami kursus ini. Kursus ini dilaksanakan dengan menggunakan platform online conferencing iaitu aplikasi Zoom dan aplikasi XSplit Broadcaster Live Streaming. Kursus yang berlangsung selama tiga hari ini telah disertai oleh 15 orang peserta yang terdiri daripada Penerbit Rancangan, Penolong Pegawai Penerangan, Pegawai Sales & Marketing dan Pereka.

 

Perundingan dapat ditakrifkan sebagai satu proses tawar-menawar dalam usaha untuk mengurangkan perbezaan atau mencapai satu penyelesaian masalah. Lazimnya, dalam sesuatu perundingan, individu yang terlibat akan cuba bertolak-ansur tentang isu yang dirundingkan dalam usaha untuk mencapai persetujuan. Dalam keadaan ini, tawar-menawar akan lebih banyak berlaku sekiranya seseorang itu percaya apa yang akan mereka peroleh daripada sesuatu perundingan itu lebih buruk berbanding dengan keadaan yang lebih baik. Jesteru perundingan digunakan untuk mengatasi konflik dan merungkai isu, maka keperluan seni mempengaruhi penting untuk mencapai apa yang dihajatkan oleh pihak-pihak yang berunding tersebut. 

Mengambil kira cabaran semasa krisis pandemik yang melanda secara global dan turut mengikuti perkembangan industri berasaskan kepada penyampaian secara digital dan dalam talian, syarikat kami telah menyahut cabaran ini dengan merintis dan menerokai kaedah penyampaian modul kami secara digital dan dalam talian. Atas inisiatif ini kami telah membangunkan modul-modul serta kaedah penyampaian bersesuaian dengan cabaran era digital dan dalam talian.

Objektif kursus ini adalah untuk membolehkan para peserta memahami tentang teknik teori dan teknik sesuatu perundingan yang berkesan sekaligus akan menjadikan mereka sebagai seorang perunding yang baik. Para peserta turut dapat memahami dan menilai pengetahuan dan kemahiran pegawai dalam mengurus konflik di samping mengaplikasikan konsep dan kaedah pengurusan perundingan dengan berkesan.

Antara perkara-perkara yang dipelajari oleh para peserta dalam kursus selama tiga hari ini ialah:

  • Modul 1: Pengenalan Perundingan
  • Modul 2: Kemahiran Memujuk
  • Modul 3: Strategik Pembujukan Hard Ball
  • Modul 4: Penggunaan NLP Dalam Perundingan
  • Modul 5: Startegik Mengakhiri Rundingan
  • Modul 6: Bahasa Hipnotik
  • Modul 7: Kemahiran Mendengar
  • Modul 8: Kemahiran Menyoal
  • Modul 9: Etika Dalam Perundingan

Besar harapan kami agar ilmu yang disampaikan dapat dimanfaatkan sebaiknya dalam membantu meningkatkan kualiti kerja setiap peserta yang menyertai kusus ini. Semoga para peserta terus komited dengan tugasan yang telah diamanahkan dan memperoleh sebaik-baik keberkatan dariNya, in sha Allah. Kami mengucapkan selamat maju jaya dan mendoakan yang terbaik untuk semua peserta.

Kami kongsikan antara maklum balas dan pendapat daripada para peserta secara keseluruhan berkaitan Kursus Strategy Negotiation and Persuasion anjuran IPPTAR ini:

 

 

  1. Terima kasih menganjurkan topik yang baik ni. Terima kasih memilih penceramah yang banyak berpengalaman dalam topik ni, dan yang penting sekali beliau tahu cara menyampaikannya kepada peserta supaya peserta lebih senang faham dan ikut. Terima kasih kerana membentangkan kandungan kursus yang komprehensif (well-designed). Urusetia dan penceramah tepat pada masa during break time = kudos! Penceramah stay bertenaga dan interaktif throughout the day = good example to learn from. Thank you. Penceramah is ready and welcome questions = this is important to help the participant understand and absorb better throughout the course. Not every penceramah welcome questions. Penyampaian interaktif penceramah menggunakan slide, video, lagu, exercise individu dan berkumpulan banyak membantu peserta senang menyerap kandungan kursus – Yip Jui Yeo – Sales and Marketing2. Sangat sangat bagus – Mohd Fitri Bin Azmi – Penolong Pegawai Penerangan3. Ceria dan berpengetahuan – Norasmahani Binti Shaari – Penerbit Rancangan4. Mempunyai pengetahuan yang luas dalam bidang ini – Fauziah Binti Mohd Sidek – Penerbit Rancangan

    5. Penceramah memang sempoi. Mudah faham – Khairullizam Bin Selamat – Pereka

    6. Secara keseluruhan program ini menarik dan boleh dianjurkan lagi pada masa akan datang dan penceramah yang mengendalikan kursus ini pun tidak kurang hebatnya. – Aminah Binti Serin – Penerbit Rancangan

    7. Excellent – Kartina Bte Saruni – S40

Anda berminat untuk mengadakan Kursus Strategy Negotiation and Persuasion ini di tempat anda? Klik di sini untuk mendapatkan maklumat terperinci bengkel ini berserta sebutharga!

 

Related posts

0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x