Kursus Transformasi Etiket dan Penampilan Dalam Imej Profesional anjuran KPF Niaga Sdn Bhd pada 10 hingga 11 Oktober 2023

Kursus Transformasi Etiket dan Penampilan Dalam Imej Profesional anjuran KPF Niaga Sdn Bhd pada 10 hingga 11 Oktober 2023.

 

Alhamdulillah dan bersyukur ke hadrat Ilahi kerana di atas keizinanNya, Awaken Training & Consultancy Sdn Bhd telah dilantik sebagai penyedia khidmat latihan oleh KPF Niaga Sdn Bhd untuk mengendalikan Kursus Transformasi Etiket dan Penampilan Dalam Imej Profesional selama dua hari bertempat di Dewan Perdana FELDA, Kuala Lumpur. Kursus ini dihadiri oleh 25 orang warga kerja KPF Niaga Sdn Bhd dari seluruh Malaysia iaitu dari KPF Niaga ibu pejabat, cawangan Kuantan, cawangan Serting, cawangan Mempaga, cawangan Triang, cawangan Jengka, cawangan Kota Tinggi dan cawangan Segamat. Para peserta terdiri daripada Eksekutif Agensi Insurans, Eksekutif Sumber Manusia, Eksekutif Pentadbiran, Eksekutif Kreatif Media, Eksekutif Bekalan dan Perkhidmatan dan Eksekutif Pengurusan Korporat dan Strategik.

Kursus Transformasi Etiket dan Penampilan Dalam Imej Profesional

 

Keterampilan diri dan personaliti seorang pekerja yang menarik merupakan aset bernilai kepada sesebuah organisasi. Reputasi pekerja akan meningkat dan berkembang apabila mempunyai personaliti yang profesional dari segi penampilan, etika dan komunikasi. Personaliti yang profesional bagi seorang pekerja sangat penting kerana ia memberi kesan langsung terhadap kepuasan pelanggan, seterusnya memberi kesan besar kepada reputasi dan  keuntungan sesebuah organisasi.  Personaliti bukan sahaja merujuk kepada cara berpakaian, paras rupa atau keadaaan fizikal seseorang. Dalam dunia profesional, personaliti adalah pakej diri yang mengandungi kualiti dan ciri-ciri seorang pekerja yang menggambarkan kompetensi dan karakternya semasa bekerja.

 

Kursus Transformasi Etiket dan Penampilan Dalam Imej ProfesionalKursus Transformasi Etiket dan Penampilan Dalam Imej Profesional

Keterampilan diri seorang pekerja juga menjadi kayu ukur ketika berurusan dengan pelanggan dan orang lain seperti pengurus, penyelia, rakan sekerja dan staf. Ini bermakna, personaliti diri pekerja yang baik bukan sahaja mewakili kredibiliti dirinya, malah melambangkan reputasi organisasinya. Program ini akan memberikan ilmu, kemahiran, panduan dan preskripsi yang spesifik membolehkan kemajuan peserta dalam memantapkan keterampilan diri dan personalitinya. Program ini berbentuk diagnos di mana setiap peserta terlibat akan dinilai dan diperiksa akan keadaan imej semasanya. Kemudian, diberikan panduan dan preskripsi yang spesifik membolehkan kemajuan peserta dalam meningkatkan imej dirinya.

Kursus Transformasi Etiket dan Penampilan Dalam Imej Profesional

Kursus Transformasi Etiket dan Penampilan Dalam Imej Profesional ini bertujuan untuk meningkatkan imej profesional organisasi dengan membantu para peserta memahami konsep dan mengaplikasikan etiket sosial dengan baik, berupaya memahami serta mengamalkan tatacara berpakaian formal, semi-formal dan tidak formal mengikut kesesuaian tempat dan majlis, memahami serta mengamalkan komunikasi dan perilaku yang profesional ketika berurusan dan berupaya mempraktikkan kaedah-kaedah bersesuaian untuk tampil hebat dan berkarisma.

Selain daripada itu, objektif kursus ini adalah seperti berikut:

  1. Mengetahui kesan langsung keterampilan diri terhadap reputasi dirinya dan reputasi organisasi di mana beliau bekerja.
  2. Menyedari kesilapan-kesilapan dalam keterampilan diri yang boleh memusnahkan reputasi profesional diri dan perniagaan/organisasi.
  3. Mengenalpasti kod pakaian dalam penampilan (korporat, formal, semi formal dan tidak formal), mengikut masa, majlis dan tempat.
  4. Mengenalpasti gaya personaliti diri dan bagaimana meningkatkan gaya personaliti profesional.
  5. Mempraktikkan etiket sosial dan adab perhubungan di antara rakan sekerja, tetamu, pelanggan dan orang kenamaan, untuk lebih bertatatertib dan disenangi dalam pergaulan dan urusan kerja. 

 

 Kursus Transformasi Etiket dan Penampilan Dalam Imej ProfesionalKursus Transformasi Etiket dan Penampilan Dalam Imej ProfesionalKursus Transformasi Etiket dan Penampilan Dalam Imej Profesional
Kami kongsikan maklumbalas daripada para peserta berkaitan pengendalian Kursus Transformasi Etiket dan Penampilan Dalam Imej Profesional ini:

 

1. Info dan ilmu yang diberikan sangat berguna – Mohd Fadhil bin Ahmad Zubir, Eksekutif
2. Handal – Muhammad Qayyum Bin Kamisan, Eksekutif Sumber Manusia
3. Penceramah mempunyai cara penyampaian dan pendekatan dengan jelas dan tersusun – Muhammad Rusydi bin Mohd Atan, Eksekutif Pentadbiran
4. Penyampaian yang jelas dan menarik – Nor Shafiqah Ezzatul binti Abd Manap, Eksekutif Pemasaran
5. Ilmu yang sangat relevan dengan perkembangan semasa – Mohd Fadzil Hakim Bin Naharudin, Eksekutif
6. Okey, menarik & banyak ilmu baru yang dipelajari – Atirah Binti Md Shamsuddin, Eksekutif sumber manusia
7. Penceramah bercakap dengan jelas dan nada yang bersesuaian. Alat pratikal lengkap dan mudah difahami – Nur Ain binti Khalid, EKsekutif
8. Sangat baik, ucapan yang jelas, aktiviti yang menyeronokkan – Nur Sila Asilah binti Salohi, Pengurus Cawangan
9. Sangat positif, ceria dan berilmu – Nor Fitrah Arshad, Kerani
10. Cara penyampaian sangat bagus dan menarik perhatian dengan pelbagai info/aktiviti – Nureen Najwa binti Baharuddin, Kerani Agensi Insurans
11. Baik dan ceria – Muhammad Fadlan Bin Abd Razak, Eksekutif Insurans
12. Lemah lembut, sopan dan mudah faham – Suzieyana Binti Mohd Amin, Kerani

Kursus Transformasi Etiket dan Penampilan Dalam Imej ProfesionalKursus Transformasi Etiket dan Penampilan Dalam Imej Profesional

Terima kasih di atas maklumbalas yang diberikan. Tahniah kepada semua peserta di atas komitmen. Kepada semua peserta dan semua pihak yang terlibat dalam menjayakan kursus ini, kami ucapkan jutaan terima kasih atas penyertaan dan komitmen anda yang hebat. Segala input dan semangat yang diperolehi dalam Kursus Transformasi Etiket dan Penampilan Dalam Imej Profesional ini semoga bermanfaat kepada semua peserta yang hadir agar terus berjaya dengan cemerlang dalam kerjaya dan kehidupan. Semoga segala ilmu yang disampaikan bermanfaat kepada semua peserta dan keseluruhan organisasi, in sha Allah amin.

Anda berminat untuk mengadakan Kursus Transformasi Etiket dan Penampilan Dalam Imej Profesional ini di tempat anda? Klik di sini untuk mendapatkan maklumat terperinci bengkel ini beserta sebutharga.

Related posts

0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x