Bengkel Pengurusan Majlis Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia Pada 28-30 September 2018

Bengkel Pengurusan Majlis Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia

Setinggi tahniah diucapkan kepada semua peserta yang menyertai Bengkel Pengurusan Majlis, Etiket Sosial dan Penampilan Diri bagi Warga Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia pada 28-30 September 2018 baru-baru ini.

Kekurangan yang ada bukanlah halangan untuk mempelajari ilmu serta kemahiran seterusnya memikul amanah mengendalikan majlis rasmi. Tahniah kepada semua warga  Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia yang komited untuk hadir dan mengambil bahagian dengan aktif dalam Bengkel Pengurusan Majlis Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia ini. Sesungguhnya anda semua adalah inspirasi bagi ramai orang di luar sana untuk percaya dan yakin dengan diri dengan memaksimumkan segala potensi yang ada untuk menjalankan tanggungjawab yang diberikan dengan penuh dedikasi dan komitmen.

Bengkel Pengurusan Majlis Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia  

Tahniah kepada pihak penganjur yang mengambil inisiatif mengadakan Bengkel Pengurusan Majlis Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia   ini. Anda semua sangat hebat dan luar biasa!

Bengkel Pengurusan Majlis Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia   ini bertujuan untuk menyediakan warga Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia yang berilmu dan berpengetahuan untuk menjalankan tugas-tugas di setiap majlis yang dianjurkan dengan lancar, kemas dan tersusun.

Bengkel Pengurusan Majlis, Etiket Sosial dan Penampilan Diri Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia  Bengkel Pengurusan Majlis Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia  

Pengetahuan dan kemahiran mengenai protokol, etiket sosial dan imej profesional bukan sahaja melibatkan aplikasi semasa menganjurkan majlis, program dan keramaian tetapi juga turut digunakan dalam kerja-kerja dan tugasan seharian. Para peserta yang memahami dan mempraktikkan ilmu protokol, etiket sosial dan imej profesional akan lebih berketerampilan dan berkeyakinan dalam melaksanakan tugas seterusnya menaikkan reputasi organisasi dan pertubuhan.

Antara objektif Bengkel Pengurusan Majlis Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia    ini adalah seperti berikut :

  • Memberi pengetahuan dan kefahaman tentang teori dan amalan protokol serta kemahiran sosial dalam urusan pengendalian majlis rasmi di Malaysia
  • Memberi panduan dan bimbingan tentang kaedah dan hala cara pengurusan pelbagai majlis berasaskan konsep dan amalan protokol sejagat
  • Menerapkan nilai-nilai kemahiran sosial supaya dapat meningkatkan lagi kemahiran diri apabila terlibat dalam pengendalian majlis yang pelbagai bentuk
  • Mengetahui tugas dan tanggungjawab urusetia iaitu pegawai protokol dan penyambut tetamu dalam mengendalikan majlis rasmi
  • Mengaplikasi pengurusan majlis rasmi melalui simulasi majlis rasmi di akhir kursus

Bengkel Pengurusan Majlis Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia  Bengkel Pengurusan Majlis Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia  

Bengkel Pengurusan Majlis Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia  

Bengkel Pengurusan Majlis Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia    ini berorientasikan pemindahan ilmu dan kemahiran kepada para peserta. Peserta akan diminta untuk melakukan sendiri secara berkumpulan dan individu setiap gerak kerja yang diperlukan. Bagi memantapkan penguasaan ilmu dan kemahiran, peserta perlu melakukan aktiviti secara ‘hands on’ dengan beberapa latihan dan simulasi yang dirangka khusus berasaskan kumpulan dan individu dalam menganjurkan dan mengendali majlis rasmi.

Selama 3 hari kursus berlangsung, terdapat lapan modul pembelajaran yang dikongsikan secara teori dan praktikal kepada semua peserta yang hadir dalam Bengkel Pengurusan Majlis Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia ini. Antaranya ialah Modul Pengenalan Kepada Protokol Dan Majlis, Modul Aplikasi Protokol Dalam Majlis, Modul Heirarki Tetamu Dalam Majlis, Modul Susunan Tempat Duduk Tetamu Dan VVIP Dalam Majlis, Etiket Sosial Tetamu Ketika Menghadiri Majlis Rasmi, Penampilan Dan Pemilihan Pakaian Yang Sesuai Mengikut Jenis Majlis dan lain-lain modul.

Bengkel Pengurusan Majlis Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia  Bengkel Pengurusan Majlis Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia  

Kami kongsikan antara maklum balas dan pendapat daripada para peserta secara keseluruhan berkaitan Bengkel Bengkel Pengurusan Majlis Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia   ini :

  1. Sangat baik. Penceramah melakukan tugas yang sangat sempurna. (Wan Mohd Firdaus Bin Kamahalin, Pembantu Tadbir).
  2. Penceramah sangat detail dan maklumat disampaikan sangat jelas. (Loo Soon Nyong, Juru Urut).
  3. Penceramah menjalankan tugas dengan baik. (Ahmad Shamsuri Bin Muhamad, Exco SBM).
  4. Sangat baik dan jelas cara penyampaian. (Abdul Latif Bin Mat Hussin, Pengerusi SBM Kelantan).
  5. Bagus. (Hasnah @ Norfadilah Binti Yunos, AJK Kesenian, Kebudayaan Sosial).
  6. Sangat bagus. (Catherine Ringegon, Pengerusi SBM).
  7. Bagus. (Lim Yew Yi, Guru IT).
  8. Sangat memuaskan. (Zuhan Bin Zakaria, Bendahari).
  9. Penceramah mempunyai penampilan yang tersendiri untuk mengendalikan peserta kursus OKU penglihatan. (Nazri Bin Sahmad, Pegawai Pendidikan Perkhidmatan).
  10. Penyampaian penceramah adalah efektif. (Jamiah Binti Mat Nor, Receptionist).
  11. Menambahkan lagi ilmu pengetahuan saya. (Nurfarahin Binti Jaafar, Setiausaha Eksekutif).
  12. Mesra, mudah difahami. (Syafiq Bin Jamil, Pegawai Pembantu Khidmat Penerangan).
  13. Senang dufahami. (Muhammad Akmal Hafizudin Bin Khiarudin, Sukarelawan).
  14. Bagus & memuaskan. (Rosnah Binti Ahmad, Telephone Operator).
  15. Sungguh memuaskan. (Zalehs Binti Mat Ali, Telephone Operator).
  16. Terbaik. (Mohd Nazrol Bin Ibrahim, Setiausaha).
  17. Menarik dan sangat memuaskan. (Zabariah Binti Zakaria, JPMI & JPE Cawangan Perak).
  18. Sangat bagus. (Cheah Kam Lin, Pengerusi).
  19. Semua bagus. (Awang Bin Mamat, Pengerusi).
  20. Sangat bagus. (Mohd Mokhtar Bin Soon, JPMI).
  21. Sangat bagus. (Una Wan, Pengerusi).
  22. Pandai approach. Program bagus. ((Fariza Hiezua Binti Abd Rahman, Setiausaha).

Anda berminat untuk mengadakan Bengkel Pengurusan Majlis Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia  ini di tempat anda? Klik di sini untuk mendapatkan maklumat terperinci bengkel ini beserta sebutharga!

Related posts

Leave your comment Required fields are marked *