Kursus Penyampaian Suara Dengan Berkesan Akademi Percukaian Malaysia, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) pada 20 – 21 Mei 2021.
Terima kasih kepada pihak Akademi Percukaian Malaysia, LHDN kerana telah melantik Awaken Training & Consultancy Sdn Bhd sebagai penyedia latihan untuk Kursus Penyampaian Suara Dengan Berkesan ini. Kursus selama dua hari ini berjaya disampaikan secara dalam talian dengan menggunakan platform online conferencing iaitu aplikasi Zoom dan aplikasi XSplit Broadcaster Live Streaming. Seramai 45 orang peserta terpilih yang terdiri daripada pensyarah-pensyarah kanan Akademi Percukaian Malaysia, LHDN telah menyertai kursus ini. Kursus ini disampaikan oleh dua orang Trainer bertauliah dan berkepakaran dalam bidang ini iaitu Puan Siti Hajar Ismail dan Puan Raihan Abdul Rahman.
Keberkesanan dalam pengucapan adalah terletak kepada tiga perkara asas, iaitu diri pengucap, bahan yang ingin diucapkan dan teknik pengucapan. Idea atau buah fikiran yang paling hebat sekalipun tidak mungkin akan diterima dan berkesan kepada para pendengar sekiranya idea dan buah fikiran itu tidak disampaikan dengan berkesan. Oleh itu, bagi memastikan para pendengar tertarik dan terpengaruh dengan ucapan yang disampaikan, maka amat penting seseorang pengucap mempelajari teknik pengucapan yang berkesan. Kursus ini diadakan untuk memindahkan teknik-teknik dan kemahiran pengucapan dan berkesan agar para peserta dapat memperhebatkan teknik pengucapan dan komunikasi mereka selepas tamat kursus ini.
Objektif Kursus Penyampaian Suara Dengan Berkesan anjuran Akademi Percukaian Malaysia, LHDN ini adalah seperti berikut:
- Memberi pendedahan kepada pensyarah Akademi Percukaian Malaysia (APM) bagaimana untuk mengawal kenyaringan suara.
- Memberi pendedahan kepada pensyarah di APM bagaimana untuk mendinamikkan lontaran suara ketika sesi pengajaran/pembelajaran yang panjang.
- Memberi latihan bagaimana pensyarah di APM dapat bercakap dengan intonasi suara yang berwibawa dan berkualiti secara dalam talian.
- Membangunkan kompetensi pensyarah di APM dari aspek penggunaan intonasi suara yang berkesan dalam pengajaran.
- Melatih pensyarah di APM bagaimana menggunakan keragaman suara agar dapat menarik minat pendengar; dan
- Memberi pendedahan kepada pensyarah di APM bagaimana untuk berada dalam keadaan tenang ketika mengajar, ketika bernafas dan latihan vokal yang mampu meningkatkan unjuran suara, kejelasan suara dan mengurangkan regangan suara.
- Meningkatkan kemahiran pengucapan awam dengan teknik mencipta ‘first impression’ yang memukau.
- Melatih pensyarah menggunakan teknik menyusun konten pengucapan yang menarik serta teknik penyampaian menggunakan ilmu NLP iaitu menggunakan audio, visual dan penggunaan props yang terancang dan teratur.
Antara perkara-perkara yang dipelajari oleh para peserta dalam kursus selama dua hari ini ialah:
- Modul 1: Pengenalan Suara Adalah Tubuh Badan Kita
- Modul 2: Warming Up dan Vocalization untuk Menghasilkan Ton, Intonasi dan Lontaran
- Modul 3: Latihan Pengucapan/Syarahan
- Modul 4: Menyampaikan Ucapan: Seni Bicara dan Kuasa ‘First Impression’
- Modul 5: Teknik Merangka Peta Presentasi (Menyusun Konten)
- Modul 6: Aplikasi Teknik NLP Dalam Penyampaian Berpengaruh
- Modul 7: Powerful Slides Presentation
Kami kongsikan antara maklum balas dan pendapat daripada para peserta secara keseluruhan berkaitan Kursus Penyampaian Suara Dengan Berkesan anjuran Akademi Percukaian Malaysia, LHDN ini:
- Brilliant – Fairulniza Binti Abdul Aziz
- Mereka adalah subject matter experts. Good – Hailenpajar Binti Osman
- Input yang menarik dan program yang sangat membantu kami sebagai penceramah – Wan Mohd Azli Bin Wan Dagang
- Program terbaik, penceramah profesional dan berpengalaman luas – Navinderpal Singh A/L Gurdip Singh
- Kursus yang menarik dan penceramah yang bertenaga – Najmiyah Binti Abdul Mutalib
- Program terbaik, penceramah profesional dan berpengalaman luas – Navinderpal Singh A/L Gurdip Singh
- The best – Fazlina Binti Abdul Mokti
- Terbaik dan berpengetahuan – Mohd Suffian Bin Razak
- Hebat dan profesional – Roszita Binti Ismail
- Awesome – Nasir Bin Hassan
- Hebat, excellent – Muna Liza Binti Janis
- Terbaik – Salwa Binti Asmoin
- Awesome – Norhafizan Binti Noh
- Terbaik – Dr. Nor Azizah Binti Che Musa
- Sangat berpengalaman – Noor Nisha Binti Mohideen Bacha
- Sangat berkaliber dalam memberikan bimbingan bagi topik yang disampaikan – Asrulnor Hazrin
- Awesome – Norlaila Binti Khalib
- Awesome – Abdul Rahman Bin A Kunhi Kammu
- Excellent – Zura Zuwan Bin Dolah Kamari
- Penyampaian yang menarik dan berkesan – Kamariah Binti Abd Rahman
- Penceramah sangat bagus dalam menyampaikan ilmu berkenaan topiknya – Mohd Fadzli Bin Rahim
- Hebat – Norazira Binti Abdul Wahab
- Bagus – Rosheila Binti Hanifa
- Penyampaian menepati keperluan kursus – Aszamee Binti Asmui
- Menarik dan membantu – Ilwan Bin Ahmad Nadzirin
- Terbaik – Mohd Azamuddin Bin Mustapa
- Sangat bagus – Ruhani Binti Awang
- Sangat bagus dan bersemangat – Che Mohd Zaradi Bin Ibrahim
- Sangat2 berinpirasi – Hasanah Binti Awang
- Terbaik – Noraziah Binti Jumaat
- Awesome – Raja Azhan Syah Bin Raja Wahab
- Memuaskan – Mohamad Nizar Bin Mokhtar
Terima kasih sekali lagi kami ucapkan kepada Akademi Percukaian Malaysia, LHDN di atas jemputan dan kepercayaan untuk kami mengendalikan kursus ini. Alhmdulillah kami bersyukur di atas peluang ini dan sambutan serta maklum balas yang amat memberangsangkan daripada para peserta terhadap konten dan penyampaian kami selama dua hari ini. Diharapkan ilmu yang diperoleh menerusi kursus ini dapat dikongsikan dengan mereka yang lain agar manfaatnya boleh membantu mereka yang lain. Semoga semakin maju dan cemerlang serta semoga segala usaha kerja kita diterima dan diganjari segala amal kebaikan dengan setinggi-tinggi ganjaran, in sha Allah. Kami mengucapkan selamat maju jaya dan mendoakan yang terbaik untuk semua peserta.
Anda berminat untuk mengadakan Kursus Penyampaian Suara Dengan Berkesan ini di tempat anda? Klik di sini untuk mendapatkan maklumat terperinci bengkel ini berserta sebutharga!