Webinar Groom Well, Unleash Your Potential Politeknik Merlimau Melaka secara dalam talian pada 14 dan 15 Jun 2021.
Alhamdulillah, pada 14 dan 15 Jun 2021 yang lalu, Tim Perunding Imej Malaysia telah dilantik oleh Politeknik Merlimau Melaka untuk mengendalikan Webinar Groom Well, Unleash Your Potential yang diadakan secara dalam talian dengan menggunakan platform online conferencing iaitu Cisco Webex, FB Live dan aplikasi XSplit Broadcaster Live Streaming. Seramai hampir 1000 orang peserta yang merupakan kakitangan dan pelajar daripada 31 buah Politeknik dan 36 buah Kolej Komuniti dari seluruh Malaysia serta wakil daripada beberapa buah IPT dan agensi-agensi dari seluruh Malaysia telah menghadiri Webinar peringkat Kebangsaan selama dua hari ini. Mereka yang menyertai Webinar ini terdiri daripada pengarah-pengarah Politeknik dan Kolej Komuniti, para pensyarah, kakitangan serta pelajar pelbagai bidang daripada Politeknik dan Kolej Komuniti seluruh Malaysia.
Anders Ericsson, pengasas kajian prestasi elit, menyimpulkan bahawa 80% orang yang bekerja pada masa ini menggunakan sebaiknya masa untuk mempelajari pekerjaan mereka dengan cukup baik pada tahun-tahun permulaan kerjanya, agar tidak dipecat. Namun selepas itu, mereka tidak akan menjadi bertambah baik. Mereka tidak berusaha untuk menjadi bertambah baik. Sepuluh tahun setelah mereka memulakan pekerjaan, mereka tidak bertambah produktif dari tahun ke tahun. Menurut Anders Ericsson perkara ini dilihat berlaku kepada 80 peratus orang yang bekerja hari ini.
Mereka yang tergolong dalam 20 peratus pula adalah pelajar sepanjang hayat. Mereka terus menambah nilai profesional diri dengan menambah pengetahuan dan kemahiran mereka dengan membaca, mengkaji, berfikir dan mempraktikkan idea baru. Mereka tidak berhenti untuk meningkatkan nilai profesional diri dan berkembang.
Seperti yang dikatakan oleh CEO Fortune 500 baru-baru ini, “Satu-satunya sumber kelebihan daya saing kami yang berkesinambungan adalah kemampuan kami untuk belajar dan menerapkan idea baru dengan lebih cepat berbanding pesaing kami.”
Kata-kata ini adalah untuk kita. Satu-satunya aset peribadi kita dalam industri atau di pasaran yang paling berharga adalah nilai profesional diri kita, atau ‘earning ability’. Aset kewangan yang paling berharga adalah kemampuan diri kita dalam menjana pendapatan. Ini ditakrifkan sebagai kemampuan kita untuk mendapatkan hasil yang akan dibayar oleh orang lain. Orang lain mungkin boleh merampas semua harta yang kita usahakan dan kumpul, namun satu-satunya aset yang tidak mampu dirampas oleh orang lain adalah nilai profesional kita atau ‘earning ability’.
Selagi kita mempunyai nilai profesional atau kemampuan menjana pendapatan, kita mampu kembali ke ruang pasaran dan mendapatkan segala-galanya semula. Inilah yang dilakukan oleh banyak orang yang berjaya sepanjang hayat mereka.
Keupayaan menjana pendapatan adalah berdasarkan kesediaan kita daripada awal karier untuk berusaha mengoptimakan keseluruhan potensi diri, iaitu dengan mempelajari ilmu dan kemahiran, menimba pengalaman, bekerja keras dan terus berkembang meningkatkan nilai profesional sepanjang hidup dan kerjaya kita.
Webinar Groom Well, Unleash Your Potential ini telah memberikan pendedahan dan pengetahuan kepada setiap peserta untuk mengcungkil potensi diri dalam membina nilai profesional, serta mengenali hala tuju membina ‘personal branding’ yang unggul dalam pasaran, termasuklah membantu para peserta memantapkan tatacara penampilan diri secara profesional, serta meningkatkan personaliti diri dengan ilmu komunikasi profesional dan kecerdasan emosi (EQ). Para peserta turut diberi pendedahan bagaimana untuk menjenamakan diri bagi memiliki pakej yang diidamkan oleh majikan sekaligus membolehkan mereka memperbaiki imej diri dan meningkatkan profesionalisme dalam kerjaya dan keperibadian serta memberi lebih keyakinan berkomunikasi dengan pelbagai peringkat dalam organisasi serta pelanggan.
Webinar Groom Well, Unleash Your Potential ini memberikan pendedahan mengenai penampilan diri secara terperinci kepada pelajar sebelum menceburi alam kerjaya, beserta contoh-contoh pakaian kerja bagi bakal graduan lelaki dan wanita yang memenuhi kriteria penampilan yang diinginkan oleh majikan. Antara pendedahan teknik berpakaian yang kami kongsikan dengan para peserta ialah jenis, warna dan fabrik kemeja, seluar, baju kurung dan suit, jenis dan warna tali leher, jenis dan warna kasut, jenis dan warna stokin, jenis, saiz dan bilangan aksesori, jenis dan warna beg, gaya, warna dan jenis tudung (wanita) serta kombinasi ton warna yang tepat bagi calon lelaki dan wanita. Kriteria penting yang perlu ada pada setiap graduan ialah keterampilan diri yang profesional, etika kerja yang baik dan kualiti komunikasi yang membolehkan mereka memikat hati serta meyakinkan bakal majikan bahawa mereka berupaya bersaing dan sama-sama memajukan organisasi.
Kesemua kriteria ini adalah pakej diri yang menggambarkan kompetensi dan karakternya sebagai persediaaan untuk alam kerjaya atau persediaan sebagai seorang pekerja atau usahawan profesional dan relevan dalam industri. Selain daripada pengisian berkenaan pakaian lelaki dan wanita, para peserta juga didedahkan dengan ilmu komunikasi dan pengucapan awam secara profesional dan etiket sosial yang akan melonjakkan nilai pasaran diri.
Berikut adalah senarai modul yang dipelajari oleh para peserta dalam Webinar Groom Well, Unleash Your Potential selama dua hari ini:
Modul 1: Pengenalan Kepada Imej dan Penjenamaan
Modul 2: Teknik dan Tips Penampilan untuk Temuduga: Membina Penampilan yang Rapi dan Profesional
Modul 3: Pengucapan Awam ‘Speak Like A Pro’
Modul 4: Kecerdasan Emosi Dalam Kecemerlangan Kerjaya
Biarpun seminar ini dijalankan secara dalam talian, namun modul-modul yang kami sediakan adalah bersesuaian dengan kaedah pembelajaran sebegini bagi memenuhi keperluan Webinar Groom Well, Unleash Your Potential ini agar semua peserta yang terlibat dapat menimba ilmu yang disampaikan dengan efektif. Penyertaan aktif dan komitmen hebat daripada para peserta membuatkan kami yakin bahawa seminar secara dalam talian walaupun diadakan secara skala besar di peringkat kebangsaan namun ia bukanlah penghalang di kala era pandemik ini. Ini secara tidak langsung dapat melatih peserta untuk terus positif dengan keadaan semasa di samping terus meningkatkan kualiti kerja dengan lebih bersemangat dan bermotivasi.
Kami sangat bersyukur dan berbesar hati dengan jemputan dan kepercayaan yang diberikan oleh pihak Politeknik Merlimau untuk Webinar peringkat Kebangsaan ini disampaikan oleh Tim Perunding Imej Malaysia. Semoga semua peserta Webinar Groom Well, Unleash Your Potential ini dapat memanfaatkan segala ilmu yang diperolehi untuk berjaya dalam kehidupan sekarang dan pada masa akan datang. Diharapkan ilmu yang diperoleh menerusi kursus ini dapat dikongsikan dengan mereka yang lain agar manfaatnya boleh membantu ramai orang. Kami doakan agar kesemua peserta yang hadir semoga semakin maju dan cemerlang serta semoga segala niat, usaha dan pekerjaan kita diterima dan diganjari dengan setinggi-tinggi ganjaran, in sha Allah.
Kami mengucapkan selamat maju jaya dan mendoakan yang terbaik untuk semua peserta.
Alhamdulillah kami sangat bersyukur dengan sambutan yang sangat memberangsangkan daripada para peserta yang hadir. Kami kongsikan antara maklum balas dan pendapat daripada para peserta secara keseluruhan berkaitan Webinar Groom Well, Unleash Your Potential Potential anjuran Politeknik Merlimau Melaka ini:
1.Penceramah yang sangat bagus dan memberi semangat untuk semua pelajar supaya lebih bersemangat dan lebih berkeyakinan pada diri sendiri untuk menghadapi masyarakat di luar sana. Selain itu penceramah ini juga telah meningkatkan jati diri saya untuk menempuh alam dewasa. Saya juga telah belajar tentang tatatertib untuk datang bertemuduga, selain itu penampilan juga boleh mempengaruhi seseorang ketika bertemuduga – Nurnajihah Farhana Binti Mohammad Jamil
2.It is truly inspiring, and it helps me to achieve a better myself as well as sharing a lot of new ideas for the youth. I hope this programme will be implemented again in the future. – Finniemelda Anak Bobby
3.Pada pendapat saya, program ini bagus dan perlu diteruskan untuk akan datang. Penceramah menyampaikan dengan jelas dan saya dapat bermacam pengetahuan tentang penampilan serta etika yang perlu diterapkan dalam diri – Nur Aima Binti Johar
4.Pada pendapat saya, ceramah ini memberi saya banyak info tentang keperibadian dan kehidupan bekerja pada masa akan datang. Saya harap program sebegini dapat dijalankan lagi dengan lebih meluas – Raja Nur Syahirah Binti Raja Azman
5.Sangat jelas dan mudah faham. Semakin banyak lagi pengetahuan yang saya dapat tentang cara bagaimana nak pergi ke temuduga – Nur Farah Natasha Binti Mohamad Fauzi
6.Penyampaian yang sangat luas dan banyak memberi manfaat kepada saya untuk lebih bersedia dan perbaiki diri untuk melangkah ke alam kerja pada masa akan datang – Nurin Hannani Binti Morni
7.Pada pendapat saya, penceramah sangatlah bagus dalam penyampaian beliau dimana segala ilmu dan tips yang disampaikan amat berguna pada masa akan datang bila kita menghadapi alam pekerjaan nanti – Muhammad Naim Bin Ramli
8.Penceramah seorang yang sangat berinspirasi. Pengetahuan beliau yang sangat mendalam sangat membantu saya dalam persediaan ke alam pekerjaan – Ainun Jamilah Binti Sulaini
9.Penceramah sangat berbakat untuk menarik minat peserta untuk terus kekal dalam webinar ini dari awal hingga akhir – Siti Aishah Binti Mohamad Sis
10.Penceramah yang sangat bagus, mempunyai aura yang positif dan menyampaikan topik dengan sangat bagus – Siti Nur Shafiqa Binti Ali
11.Penceramah hebat dalam menyampaikan konten, konten juga padat dan penuh dengan ilmu yang patut masyarakat tahu – Nur Yusma Amira Binti Mohd Yusof
12.Ilmu yang dikongsikan oleh penceramah amat berguna dan memberi manfaat untuk kegunaan di alam bekerja pada masa hadapan – Cynthia Mayang Anak Bali
13.Program ini sangat berguna dan memberikan input yang sangat berguna supaya dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian – Yuniza Binti Mohamad
14.Program ini sangat bagus dan memberi kesan kepada saya dalam meningkatkan keyakinan diri – Nur Hafiza Binti Mohd Selasaberi
15.Penceramah sangat cerdas dan kreatif semasa memberi motivasi – Nurul Athirah Farhanah Binti Shamsul
16.Sangat memberi motivasi, input dan inspirasi. Tahniah! – Maisharah Binti Osman
Penyampaian penceramah sangat menarik, jelas dan berjaya memberi impak kepada saya – Mohd Dzulkafli Bin Ali
17.Penceramah yang sangat berpengalaman dan mempunyai aura dan personaliti yang amat baik – Ida Sariani Binti Mohd Isa
18.Penceramah amat professional dan menyampaikan isi dengan menarik. Jika diberi peluang saya ingin join ke seminar beliau sekali lagi – Nurul Faten Tasneem Binti Noornarzari
19.Saya suka cara penyampaian penceramah. Sangat menarik dan berjaya memberi impak kepada saya sebagai peserta – Shahida Binti Mohamed
20.Kaedah penyampaian penceramah sangat berkesan dengan ilmunya yang pelbagai dan luas – Nurull Hayati Binti Latif
21.Seorang yang sangat berilmu pengetahuan luas tentang perkara yang disampaikan – Aida Binti Tukiran
22.Sangat berpengetahuan dan bersemangat dalam menyampaikan kandungan bengkel – Muhammad Helmi Bin Abu Bakar
23.Sangat banyak perkongsian dan info bermanfaat yang di kongsikan oleh penceramah. Terima kasih puan penceramah – D-Lai-La Binti Nurdin
24.Mempunyai personaliti yang menarik dan penyampaian sangat jelas dan mudah difahami – Muhamad Zulfakar bin Zuber
25.Pada pendapat saya ilmu yang diberikan sangat bertetapan dengan tajuk sejurus saya dapat memperoleh ilmu baharu – Abdul Muhaimin Bin Mohd El Zurin
26.Penceramah adalah seorang sangat profesional dan berpengetahuan dalam bidangnya – Mohamad Azmi Bin Md Haniffa
27.Penceramah menyampaikan isi program dengan jelas dan sangat membantu peserta – Siti Nazwin Izani Binti Sulaiman
28.Saya sangat suka puan Raihan kerana beliau menjelaskan kursus ini dengan jelas dan terbaik. – Imanina Aliah Binti Zainal Abidin
29.Penceramah terbaik. Mempunyai pengalaman dan pengiktirafan serta pandai berinteraksi bersama peserta. – Nurul Hamimah Binti Jamaludin
30.Penceramah menyampaikan maklumat dengat sangat baik mengenai Etika pemakaian yang penting ketika kita bekerja – Kumuthavaani A/P Valathi Vellu
31.Berpengalaman luas serta berpengetahuan tinggi dalam etika dan peraturan penjawat awam – Suria Binti Mohd Samdin
32.Penceramah mempunyai pengetahuan yang luas dalam bidang yang diperkatakan. Jelas dan terang penjelasannya – Norhamizah Binti Tamat
33.Sangat mudah untuk difahami dan boleh menggunakan ilmu ini untuk masa depan – Yeow Chiew Lee
34.Sporting dan memberikan ilmu yang sangat bermanfaat dengan kerjaya saya – Evasadtrianah Binti Lepi
35.Penceramah sangat komited dan perkongsian ilmu yang sangat bermanfaat kepada semua peserta – Nurul Asyikin Binti Azemey
36.Seorang berpengalaman dan penampilan menarik, jelas dan mudah faham penyampaiannya – Murni Suriyanti Binti Jaaffar
37.Penceramah menyampaikan input dengan sangat menarik dan ilmu yang diterangkan sangat jelas – Ahmad Nur Syammim Bin Azaharuddin
38.Penceramah mengendalikan kursus dengan cemerlang serta memberi peluang untuk peserta-peserta untuk bertanya soalan – Najihah Binti Abd Aziz
39.Penceramah menyampaikan ceramah dengan baik dan mempunyai pengetahuan yang luas mengenai topik yang dibincangkan – Zaimilatun Laila Binti Zainal Abidin
40.Penerangan yang diberikan oleh penceramah amat baik dimana banyak pengetahuan yang dikongsikan. Topik-topik yang dikongsikan juga amat berguna untuk individu yang akan keluar untuk bekerja – Siti Norafifah Binti Noor Azmi
41.Pengetahuan yang sangat luas dalam bidang – Rohayatul Akma Binti Abu Bakar
Penceramah faham dan jelas dengan topik yang disampaikan serta mampu menjawab soalan2 dari peserta dengan sempurna – Muhammad Syahmi Hafizi Bin Mohd Zain
42.Penceramah sangat berkaliber dan berpengetahuan dalam bidang – Nur Hasyyati Binti Md Ghafar
43.Penceramah menyampai banyak ilmu dan info yang sangat berguna dengan kepakaran yang beliau ada – Nurzaima Binti Mahmod
44.Penceramah yang sangat berilmu dan pandai menarik perhatian peserta untuk mendengar ceramah sehingga habis – Hamidah Bt Mohamed
45.Sangat bermanfaat dan banyak ilmu yang saya pelajari. Syabas – Nur Aiman Hakim Bin Mohd Rosli
46.Penceramah merupakan seorang yang berpengetahuan tinggi terhadap topik yang dibincangkan dan mendengar setiap pendapat peserta lain juga – Claudia Jane Japari
47.Penceramah menerangkan tentang penampilan temuduga dengan meletakkan sesuatu pada tempatnya, sabar, mempunyai pengetahuan yang baik. Tarikan ceramah banyak terletak pada penceramah yang baik, gaya dan menunjukkan harga diri penceramah yang tinggi pada pandangan masyarakat. – Nur Aishah Binti Firdaus
Anda berminat untuk mengadakan Webinar Groom Well, Unleash Your Potential ini di tempat anda? Klik di sini untuk mendapatkan maklumat terperinci kursus ini berserta sebutharga!
Awaken Training & Consultancy delivers practical consulting and learning solutions to individuals and groups, government and agencies. Contact our experts for more information on how we can help you.