Kursus Persuading and Influencing for Better Approach Institut Penyiaran Dan Penerangan Tun Abdul Razak (IPPTAR) Pada 22-24 Mac 2022
Alhamdulillah dan bersyukur ke hadrat Ilahi kerana di atas keizinanNya, Awaken Training & Consultancy Sdn Bhd mengendalikan Kursus Persuading and Influencing for Better Approach anjuran Institut Penyiaran Dan Penerangan Tun Abdul Razak (IPPTAR) pada 22-24 Mac 2022. Terima kasih kepada pihak Institut Penyiaran Dan Penerangan Tun Abdul Razak (IPPTAR) kerana telah melantik Tim Perunding Imej Malaysia sebagai penyedia latihan untuk Kursus Persuading and Influencing for Better Approach ini. Kursus ini dilaksanakan dengan menggunakan platform online conferencing iaitu aplikasi Zoom dan Xsplit Broadcaster. Kursus yang berlangsung selama tiga hari ini telah disertai oleh 31 orang peserta yang terdiri daripada pelbagai jawatan seperti Pegawai Tadbir, Penerbit Rancangan, Penolong Pegawai Perikanan, Penerbit Rancangan, Penolong Pegawai Penerangan, Ketua Penolong Pengarah Rekabentuk, Pembantu Keselamatan, Pegawai Penerangan, Pegawai Penerangan, Penolong Pegawai Penerangan, Pegawai Perhubungan Awam, Penolong Pengarah, Pengajar Jururawat, Pembantu Penerangan, dan Ketua Media Sosial.
Kemahiran memujuk dan mempengaruhi orang lain dalam proses komunikasi adalah kemahiran yang perlu dimiliki oleh setiap pekerja di dalam organisasi. Di tempat kerja, kira-kira 75% daripada masa kerja adalah dalam situasi berkomunikasi sama ada secara bersemuka, melalui telefon, surat-menyurat atau emel dengan ketua, rakan sekerja serta pelanggan-pelanggan organisasi.
Pekerja-pekerja organisasi yang terlatih dan mahir berkomunikasi, akan dapat melaksanakan setiap tugas dan tanggungjawab dengan lancar dan berkesan. Sebaliknya, pekerja-pekerja kurang mahir berkomunikasi, bukan sahaja akan menghadapi kesukaran dalam menyampaikan atau menerima sesuatu mesej malah boleh menimbulkan pelbagai salah faham, pembaziran dan konflik yang merugikan.
Oleh itu, adalah amat penting setiap kakitangan terutamanya barisan hadapan organisasi diberikan latihan dan pendedahan yang sewajarnya tentang asas-asas dan kaedah-kaedah berkomunikasi secra berkesan dan profesional agar mereka akan dapat melaksanakan segala tugasan dengan lebih lancar, berkesan dan produktif.
Trenholm (1989) mengatakan pemujukan ialah satu proses yang berlaku apabila seseorang yang berucap berjaya mempengaruhi nilai, kepercayaan dan sikap pendengar.
Hovland, Janis & Kelley (1953) pula mentakrifkan pemujukan dalam konteks fungsi komunikasi sebagai suatu pengucapan berbentuk lisan yang kebiasaannya dilakukan dengan tujuan mengubah tingkah laku individu lain. Manakala Smith (1982) mengaitkan pengertian pemujukan dengan bidang psikologi bahawa pemujukan digunakan sebagai simbol untuk mempengaruhi aspek dalaman dan kesedaran kognitif seseorang secara sukarela setelah menerima dengan baik mesej yang disampaikan.
Objektif utama Kursus Persuading and Influencing for Better Approach adalah untuk memahami konsep-konsep dan asas-asas komunikasi serta kepentingan komunikasi yang berkesan dalam proses berhubungan dengan kakitangan dan orang ramai.
Antara perkara-perkara yang dipelajari oleh para peserta dalam Kursus Persuading and Influencing for Better Approach selama tiga hari ini ialah:
- Modul 1: Pengenalan Perundingan
- Modul 2: Kemahiran Memujuk
- Modul 3: Strategi Pemujukan Hard Ball
- Modul 4: Penggunaan NLP Dalam Perundingan
- Modul 5: Strategi Mengakhiri Perundingan
- Modul 6: Kemahiran Mendengar
- Modul 7: Bahasa Hipnotik
- Modul 8: Kemahiran Menyoal
- Modul 9: Etika Dalam Perundingan
Alhamdulillah kami bersyukur di atas peluang ini dan sambutan serta maklum balas yang amat memberangsangkan daripada para peserta terhadap konten dan penyampaian kami dalam Kursus Persuading and Influencing for Better Approach ini.
Tahniah kepada semua peserta diatas penyertaan aktif dan komitmen yang hebat sepanjang kursus. Kami ucapkan selamat maju jaya dan kami mendoakan yang terbaik kepada semua peserta
Kami kongsikan antara maklum balas dan pendapat daripada para peserta secara keseluruhan berkaitan Kursus Persuading and Influencing for Better Approach ini:
- Penceramah sangat bertenaga dan ceria – Khamisah Binti Ali – Penerbit Rancangan
- Good speaker – Arul Perumal – Pembantu Penerangan
- Excellent – Yeoh Muh Tyng – Pengajar Jururawat
- Berpengetahuan dan cepat respons – Mohd Zubairy Abdullah – Penerbit Rancangan
- Berpengetahuan dalam bidang berkaitan – Munirah Binti Arefin – Penerbit Rancangan
- Sangat aktif, bertenaga dan menarik – Iza Kasmiza Binti Kasmijan – Penolong Pengarah
- Penceramah best ilmu banyak … keseluruhan program seronok – Faridah binti Sapon – Penolong jurutera
- The best! – Muhammad Asyraf Bin Mohd Zuhairie – Penerbit Rancangan
- Penceramah yang ceria dan program yang menarik – Wan Norehan Binti Mohamed – Penolong Pengarah
- Sangat bagus dan baik – Mohamad Sahrizan Bin Putit – Pegawai Penerangan
- Bagus dan menarik – Norazlin Bt Jalik – Ketua Media Sosial
- Baik- Nuratirah Abdullah – Penolong Pegawai Penerangan
- Baik – Norhafeza Binti Ahmad Bastaman – Penerbit Rancangan
- Terbaik.- Siti Zawiyah binti Ab Rahman – Penolong Pegawai Penerangan
- Terbaik- Suhaime Bin Sahirul – Penolong Pegawai Penerangan
- Baik – Azlinda binti Kamal – Penerbit Rancangan
- Terbaik – Noor Haniza Binti Ghazali – Penerbit Rancangan
- Terbaik – Sharifah Zarina Syed Abd Ghani – Pengajar jururawat
- Menarik – Mohd Azim Abu Samah – Penolong Pegawai Penerangan
- Baik – Siti Salina Johari – Pegawai Perhubungan Awam
- Terbaik dan santai – Shaharuddin Bin Daud@Abu Hassan – Penolong Pegawai Penerangan
- Baik – Rekha Sevaloga Nathan – Penerbit Rancangan
Anda berminat untuk mengadakan Kursus Persuading and Influencing for Better Approach ini di tempat anda? Klik di sini untuk mendapatkan maklumat terperinci kursus ini berserta sebutharga.