Kursus Complaints Management : Customer Feedback & Complaint Handling anjuran Koperasi Polis Diraja Malaysia Berhad pada 8-9 Mac 2023

Kursus Complaints Management – Customer Feedback & Complaint Handling anjuran Koperasi Polis Diraja Malaysia Berhad Pada 8-9 Mac 2023 di Dewan KPDRM, Tingkat 5, Kuala Lumpur.

 

Terima kasih kepada Koperasi Polis Diraja Malaysia Berhad di atas peluang  dan kepercayaan yang diberikan kepada Awaken Training & Consultancy Sdn Bhd untuk mengendalikan Kursus Complaints Management – Customer Feedback & Complaint Handling yang telah berlangsung pada 8 Mac sehingga 9 Mac 2023. Kursus ini telah berlangsung di Dewan KPDRM, Tingkat 5, Kuala Lumpur dan telah dihadiri oleh seramai 15 pegawai-pegawai daripada Cawangan Industri Khusus Koperasi Polis Diraja Malaysia Berhad.

 

Kecemerlangan sesebuah organisasi banyak bergantung kepada sejauh mana penerimaan dan kepuasan yang diperolehi oleh pelanggan terhadap perkhidmatan yang disediakan. Oleh yang demikian, penilaian tahap kecemerlangan dan keberkesanan sesebuah organisasi hanya akan bermakna jika faktor kepuasan pelanggan diambilkira serta menjadikan setiap ketidakpuasan sebagai asas-asas untuk melaksanakan tindakan penambahbaikan bagi kesinambungan organisasi secara menyeluruh dan berterusan. Pengurusan perkhidmatan pelanggan yang cekap dan baik meliputi keseluruhan aspek iaitu penampilan, tingkah-laku dan komunikasi, yang akan memberikan gambaran yang positif terhadap imej dan reputasi organisasi. Melalui kursus ini para pekerja akan dapat mempertingkatkan lagi kecemerlangan perkhidmatan yang selaras dengan standard yang telah ditetapkan oleh organisasi.

Kursus ini dianjurkan khusus untuk kakitangan yang rutin kerja mereka adalah kerap berhubung dengan pelanggan, samaada luaran atau dalaman, samaada secara bersemuka, atau secara dalam talian iaitu melalui telefon, emel atau whats app. Kursus ini dianjurkan untuk memberikan/memantapkan kemahiran penting yang diperlukan dalam mewujudkan perhubungan pelanggan yang berkonsepkan service partnership yang membawa kepada kepuasan kepada kedua-dua pihak iaitu pelanggan dan kakitangan/syarikat.

Objektif utama Kursus Complaints Management – Customer Feedback & Complaint Handling adalah bertujuan untuk memantapkan kemahiran para pekerja ketika berhadapan dan berurusan dengan pelanggan, meliputi aspek kemahiran dari segi bagaimana menguruskan tindakbalas dan aduan pelanggan secara, berkomunikasi dengan berilmu dan berkeyakinan, tatacara penampilan diri yang profesional dan kemahiran dalam mempamerkan etiket dan tingkah laku yang menyenangkan serta bagaimana mengendalikan situasi dan karenah pelanggan yang agak mencabar.

Alhamdulillah kami bersyukur diatas sambutan serta maklumbalas yang amat memberangsangkan daripada para peserta terhadap konten dan penyampaian kami dalam Kursus Complaints Management – Customer Feedback & Complaint Handling ini. Tahniah kepada semua peserta diatas penyertaan aktif dan komitmen yang hebat sepanjang kursus. Kami ucapkan selamat maju jaya dan kami mendoakan yang terbaik kepada semua peserta.

Kami kongsikan antara maklum balas dan pendapat daripada para peserta secara keseluruhan berkaitan kursus ini :

  1. Baik, jelas. – Rohaidah Ramli, Kerani
  2. Overall penceramah ini bagus. – Mohamad Shahizat bin Samsudin, despatch
  3. Bersemangat dan mudah difahami, ceria. – Siti Nur Atikah bt Hamizi, Eksekutif Rendah
  4. – Noordalila Mohamad Rosli, Kerani.
  5. Baik, peramah dan maklumat yang disampaikan jelas dan senang difahami. – Nurul Atiqah Bt Zainuddin, Eksekutif rendah
  6. Mudah difahami berkomunikasi. – Mohd Hazizi Bin Omar, Driver
  7. Pembentangan yang sangat jelas, baik dan mudah difahami. – Muhammad Ashmal Shamzy bin Mohd Arianta, kerani.
  8. Bagus dan pengisian yang menarik. – Muhammad Arif Bin Sabri, Kerani

Anda berminat untuk mengadakan Kursus Complaints Management – Customer Feedback & Complaint Handling ini di tempat anda? Klik di sini  untuk mendapatkan maklumat terperinci kursus ini berserta sebutharga!

Related posts

0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x