Kursus Budaya Korporat & Keterampilan Diri anjuran Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan, Kementerian Kesihatan Malaysia pada 16 Oktober 2023.
Alhamdulillah dan bersyukur ke hadrat Ilahi kerana di atas keizinanNya, Awaken Training & Consultancy Sdn Bhd telah dilantik sebagai penyedia khidmat latihan oleh Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan, Kementerian Kesihatan Malaysia untuk mengendalikan Kursus Budaya Korporat & Keterampilan Diri bertempat di Hotel Marina Putrajaya.
Kursus ini dihadiri oleh 26 orang pegawai daripada Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan, Kementerian Kesihatan Malaysia. Para peserta kursus ini terdiri daripada Ketua Penolong Pengarah Kanan, Ketua Penolong Pengarah, Penolong Pengarah Kanan dan Penolong Pengarah.
Budaya korporat amatlah perlu dititikberatkan kerana ia merupakan sebahagian daripada imej atau identiti serta keunikan bagi sesebuah organisasi. Ia membezakan sebuah organisasi daripada organisasi yang lain dan membentuk sebuah imej yang meyakinkan di mata para pekerja, pelanggan, pembekal dan masyarakat umum. Budaya korporat amat penting bagi sesebuah organisasi kerana ianya mempengaruhi dan melandasi bagaimana cara para pekerja di situ mempersembahkan diri mereka, termasuk cara berinteraksi, bekerjasama dan menjalankan tugas untuk mencapai matlamat organisasi. Budaya korporat membentuk norma dan nilai-nilai yang memandu cara bekerja, cara keterampilan diri, cara berkomunikasi dan perilaku individu di dalam organisasi dan seterusnya memberi panduan bagi warga kerja di situ membuat keputusan dan bertindak. Budaya korporat yang positif dan profesional dapat mempengaruhi reputasi dan imej organisasi di mata pelanggan serta meningkatkan kepuasan pelanggan melalui pemberian perkhidmatan yang lebih baik.
Kursus Budaya Korporat & Keterampilan Diri ini juga bertujuan untuk meningkatkan imej profesional organisasi dengan membantu para peserta memahami konsep dan mengaplikasikan etiket sosial dengan baik, berupaya memahami serta mengamalkan tatacara berpakaian formal, semi-formal dan tidak formal mengikut kesesuaian tempat dan majlis, memahami serta mengamalkan komunikasi dan perilaku yang profesional ketika berurusan dan berupaya mempraktikkan kaedah-kaedah bersesuaian untuk tampil yakin dan berkarisma.
Selain daripada itu, objektif kursus ini adalah seperti berikut:
-
Menyedari elemen dalam pembentukan pandangan dan persepsi pertama serta impaknya terhadap kebolehpercayaan dan keyakinan pelanggan/orang lain
- Mengetahui cara membina pesona diri dan bagaimana membangunkan jenama diri yang bertepatan dengan keperluan kerjaya dan organisasi seterusnya menaikkan reputasi profesional diri dan perniagaan/organisasi.
- Mengenalpasti kod pakaian dalam penampilan (korporat, formal, semi formal dan tidak formal), mengikut masa, majlis dan tempat.
- Mengenalpasti nilai personal diri dan nilai profesional kerjaya, menganalisa gaya personaliti diri dan mengetahui bagaimana memantapkan gaya personaliti dan keyakinan diri.
- Mempraktikkan cara berkomunikasi secara profesional dan etiket sosial serta adab perhubungan di antara rakan sekerja, tetamu, pelanggan dan orang kenamaan.
Terima kasih kepada Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan, Kementerian Kesihatan Malaysia di atas jemputan dan peluang untuk kami mengendalikan kursus ini. Tahniah kepada semua peserta di atas komitmen. Semoga bermanfaat kepada semua peserta dan keseluruhan organisasi, in sha Allah amin.
Anda berminat untuk mengadakan Kursus Budaya Korporat & Keterampilan Diri ini di tempat anda? Klik di sini untuk mendapatkan maklumat terperinci bengkel ini beserta sebutharga.