Kursus Ketrampilan Diri Dan Imej Profesional GESB | 7 Mac 2018

Kursus Ketrampilan Diri Dan Imej Profesional GESB | 7 Mac 2018 : Reputasi dan kredibilIti syarikat banyak bergantung kepada profesionalisme pekerja, termasuk penampilan diri dan personaliti komunikasi.

Pada 07 Mac 2018 baru-baru ini, Awaken Training & Consultancy Sdn. Bhd dilantik sebagai konsultan oleh pihak Genting Etika Sdn. Bhd Malaysia untuk mengendalikan Kursus Ketrampilan Diri Dan Imej Profesional GESB bertempat di pejabat urusan mereka di Lumut, Perak. Kursus yang berbentuk rundingan imej personal dalam kumpulan kecil ini sangat istimewa kerana kami dapat fokus kepada proses diagnosis imej dan ketrampilan setiap orang peserta. Program ini berbentuk diagnos di mana kesemua enam orang peserta telah dinilai dan diperiksa tentang keadaan imej semasa mereka.

Ketrampilan Diri Dan Imej Profesional GESB

 

Para peserta yang terpilih menghadiri Kursus Ketrampilan Diri Dan Imej Profesional GESB ini adalah terdiri daripada staf baru syarikat yang akan sentiasa mewakili syarikat untuk berurusan dengan para pelanggan dan pembekal daripada pelbagai agensi kerajaan dan swasta. Maka di samping kemahiran dan kepakaran mereka dalam bidang kerja, ketrampilan diri dan personaliti yang menarik semestinya sangat diperlukan untuk berhadapan dan berkomunikasi dengan para pelanggan, pembekal, pihak atasan dan sesiapa sahaja yang berurusan dengan syarikat.

Reputasi dan kredibilIti syarikat banyak bergantung kepada profesionalisme mereka, termasuk penampilan diri dan personaliti komunikasi. Menjadi seorang yang profesional dan berketrampilan merupakan perkara yang sangat penting kerana ia memberi kesan langsung terhadap kepuasan pelanggan, seterusnya memberi kesan besar kepada reputasi dan keuntungan syarikat.

Ketrampilan Diri Dan Imej Profesional GESB

Imej ketrampilan dan personaliti yang menarik merupakan aset bernilai kepada sesebuah syarikat. Reputasi pekerja dan syarikat akan meningkat dan berkembang apabila setiap pekerja yang menjadi wajah syarikat mempunyai personaliti yang profesional dari segi penampilan, etiket tingkah-laku dan komunikasi.

Personaliti dan imej ketrampilan diri bukan sahaja merujuk kepada cara berpakaian, paras rupa atau keadaaan fizikal seseorang. Dalam dunia profesional, personaliti adalah pakej diri yang mengandungi kualiti dan ciri-ciri seorang pekerja yang menggambarkan kompetensi dan karakternya semasa bekerja. Keterampilan diri seorang pekerja juga menjadi kayu ukur ketika berurusan dengan pelanggan dan orang lain seperti pengurus, penyelia, rakan sekerja dan staf.

Ketrampilan Diri Dan Imej Profesional GESB

Kursus Ketrampilan Diri Dan Imej Profesional GESB ini memberikan 4 modul utama dalam ilmu ketrampilan dan personaliti diri. Para peserta bukan sekadar diberikan kemahiran, panduan dan preskripsi yang spesifik untuk membolehkan kemajuan mereka dalam memantapkapkan ketrampilan diri dan personalitinya, malah para peserta disuntik motivasi dalaman diri untuk membenihkan rasa perlu kepada penambahbaikan imej dan personaliti demi masa hadapan mereka serta melonjakkan pakej dan nilai diri mereka dan syarikat agar kekal relevan dan berkredibiliti dalam industri.

Kami Tim Awaken Training & Consultancy Sdn. Bhd berharap agar setiap peserta yang hadir dapat mengaplikasikan segala ilmu yang dikongsikan dalam Kursus Ketrampilan Diri Dan Imej Profesional ini demi masa hadapan mereka dan syarikat. Kami juga mendoakan agar para peserta mampu menggunakan seluruh kelebihan dan potensi diri melalui ilmu yang diperolehi daripada kursus ini demi keuntungan dan reputasi syarikat, in sha Allah.

Anda berminat untuk mengadakan bengkel ini di tempat anda? Klik di sini untuk mendapatkan maklumat terperinci bengkel ini beserta sebutharga!

Related posts

0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x