Kursus Komunikasi Berkesan Jabatan Audit Negara
Tim Perunding Imej Muslimah telah dijemput dan diberikan amanah untuk mengendalikan Kursus Komunikasi Berkesan pada 8 Oktober 2019, bertempat di Dewan Serbaguna Aras G, Jabatan Audit Negara, Presint 2, Putrajaya.
Kelancaran sesuatu urusan dan kejayaan sesebuah organisasi dalam mencapai sasaran misi dan visinya banyak bergantung kepada keberkesanan komunikasi di kalangan kakitangan dalam organisasi tersebut.
Komunikasi yang berkesan bukan sekadar mampu menyampaikan mesej yang tepat, malah lebih daripada itu, ia mampu membuatkan seseorang pekerja itu diterima, disenangi, dikagumi dan akan menjadi inspirasi kepada orang lain di sekeliling seterusnya mampu melonjakkan kredibiliti dan reputasi organisasinya. Komunikasi yang berkesan ialah apabila kita mendapat respon/maklumbalas yang diingini. dalam melaksanakan sesuatu urusan kerja, apabila orang lain tidak jelas, tersalah faham atau tidak dapat menerima mesej dari komunikasi kita, bermaksud ada sesuatu yang tidak kena dan perlu diperbaiki dalam komunikasi tersebut.
Kenapa proses komunikasi dalam sesebuah organisasi sangat penting? Komunikasi yang berkesan dan harmoni dalam sesebuah organisasi sangat penting kerana ia mampu melancarkan proses kerja seterusnya sesuatu urusan akan menjadi efisien dan mencapai objektif organisasi.
Kursus ini bukan sekadar memberikan kemahiran komunikasi berkesan, lebih daripada itu dalam kursus ini ditekankan adab-adab komunikasi ketika berurusan secara profesional, terutama berkomunikasi dengan pihak atasan, tetamu dan rakan sekerja. Kaedah penyampaian dalam kursus ini lebih kepada aktiviti-aktiviti latihan dan ‘role play’ malalui ‘study case’ yang diberi agar para peserta lebih memahami dan dapat terus mengaplikasikan segala teknik komunikasi yang disampaikan oleh penceramah.
Mungkin ramai yang mengambil mudah terhadap kepentingan mengaplikasi adab-adab atau etiket sosial dalam berkomunikasi. Tanpa kita sedar, adab yang diaplikasikan itulah yang menjadi faktor penting terhadap penerimaan mesej dalam proses sesebuah komunikasi, terutama komunikasi dalam urusan kerja dan urusan rasmi.
Setiap perkataan dan ayat yang dipilih dan dilontarkan, cara dan nada perkataan itu disebut serta tingkah-laku serta isyarat tubuh yang mengiringi mesej tersebut memberi kesan yang sangat besar dalam proses penerimaan mesej. Ayat yang dilafazkan bukan sekadar ayat, namun ianya menunjukkan sikap dalaman diri, penghormatan kepada orang lain, cara berfikir dan niat seseorang.
Lupakan apa sahaja personaliti asal diri kita. Dalam adab komunikasi dan kemahiran komunikasi berkesan, personaliti dan profesionalisme adalah dua perkara yang perlu dibezakan. Apapun personaliti diri dan personaliti komunikasi kita, menjadi seorang yang beradab dan profesional dalam komunikasi adalah perkara yang sangat penting dan memberi kesan besar kepada suasana bekerja dan orang-orang di sekeliling kita. Kemahiran adab dalam komunikasi berkesan bagi seseorang pekerja pastinya akan mampu melancarkan urusan kerja, seterusnya mampu melonjakkan kredibiliti dirinya dan reputasi organisasi.
Setinggi penghargaan kepada pihak Jabatan Audit Negara yang memberi kepercayaan kepada Tim Perunding Imej Malaysia untuk mengendalikan Kursus Komunikasi Berkesan ini. Tahniah kepada semua peserta atas komitmen anda yang hebat dan luar biasa. Kami mendoakan agar setiap peserta yang hadir mampu mengaplikasikan segala ilmu dan teknik yang dikongsikan dengan konsisten agar mampu menyumbang dan memantapkan produktiviti syarikat serta melonjakkan reputasi serta keuntungan syarikat.
Kami mengucapkan selamat maju jaya dan mendoakan yang terbaik untuk kesemua peserta. Disini kami kongsikan antara pendapat peserta mengenai Kursus Komunikasi Berkesan Jabatan Audit Negara ini :
- Berkesan dan mudah difahami – Nor’aishah – Setiausaha Pejabat
- Excellent – Annaletchumi – Setiausaha Pejabat
- Sangat baik – Suzana – Setiausaha
- Terbaik – Hazwani – Setiausaha Pejabat
- Keseluruhan amat baik – Baidura – Setiausaha Pejabat
- Baik – Mariam – Setiausaha Pejabat
- Sangat bagus, penuh dengan ilmu dan maklumat – Salwana – Setiausaha Pejabat
- Semua topik disampaikan dengan jelas – Suzilah – Setiausaha Pejabat
- Sangat baik – Huwaida – Setiausaha Pejabat
- Bagus dan bertenaga – Rabiatul – Pembantu Setiausaha Pejabat
- Best! kursus ini boleh dilaksanakan juga kepada staf lain – Nur Afiza – Personal Asisstant
Anda berminat untuk mengadakan Kursus Komunikasi Berkesan Jabatan ini di tempat anda? Klik di sini untuk mendapatkan maklumat terperinci bengkel ini beserta sebutharga!