Kursus Komunikasi Berkesan Madani Resources SB | 10 Februari 2018

Kursus Komunikasi Berkesan Madani Resources – Kelancaran sesuatu urusan dan kejayaan sesebuah organisasi dalam mencapai sasaran misi dan visinya banyak bergantung kepada keberkesanan komunikasi di kalangan kakitangan dalam organisasi tersebut. Keberkesanan komunikasi bukan sekadar perlu wujud dalam komunikasi sesama kakitangan, namun yang lebih kritikal dan diambil perhatian serius ialah keberkesanan komunikasi yang menyeluruh termasuklah komunikasi bersama pelanggan, pembekal, pihak atasan dan masyarakat.

Komunikasi yang berkesan bukan sekadar mampu menyampaikan mesej yang tepat, malah lebih daripada itu, ia mampu membuatkan seseorang pekerja itu diterima, disenangi, dikagumi dan akan menjadi inspirasi kepada orang lain di sekeliling seterusnya mampu melonjakkan kredibiliti dirinya dan reputasi organisasinya.

Kenapa proses komunikasi dalam sesebuah organisasi sangat penting? Antara kelebihannnya kerana ianya adalah medium utama untuk melakukan pekerjaan. Apabila komunikasi diamalkan dengan teknik dan ilmu yang tepat, ianya mampu melancarkan proses kerja dan menjadikan sesuatu urusan itu berjalan lancar, efisien dan mencapai objektif organisasi.

Kursus Komunikasi Berkesan Madani Resources

Kursus ini bukan sekadar memberikan kemahiran komunikasi berkesan, lebih daripada itu dalam kursus ini ditekankan adab-adab komunikasi ketika berurusan secara profesional, terutama berkomunikasi dengan pihak atasan, tetamu dan rakan sekerja.

Mungkin ramai yang mengambil mudah terhadap kepentingan mengaplikasi adab-adab atau etiket sosial dalam berkomunikasi. Tanpa kita sedar, adab yang diaplikasikan itulah yang menjadi faktor penting terhadap penerimaan mesej dalam proses sesebuah komunikasi, terutama komunikasi dalam urusan kerja dan urusan rasmi.

 

Setiap perkataan dan ayat yang dipilih dan dilontarkan, cara dan nada perkataan itu disebut serta tingkah-laku serta isyarat tubuh yang mengiringi mesej tersebut memberi kesan yang sangat besar dalam proses penerimaan mesej.  Ayat yang dilafazkan bukan sekadar ayat, namun ianya menunjukkan sikap dalaman diri, penghormatan kepada orang lain, cara berfikir dan niat seseorang.

Lupakan apa sahaja personaliti asal diri kita. Dalam adab komunikasi dan kemahiran komunikasi berkesan, nilai personaliti diri dan nilai profesionalisme dalam kerjaya adalah dua perkara yang perlu dibezakan. Apapun personaliti diri dan personaliti komunikasi kita, menjadi seorang yang beradab dan profesional dalam komunikasi adalah perkara yang sangat penting dan memberi kesan besar kepada suasana bekerja dan orang-orang di sekeliling kita. Kemahiran adab dalam komunikasi berkesan bagi seseorang pekerja pastinya akan mampu melancarkan urusan kerja, seterusnya mampu melonjakkan kredibiliti dirinya dan reputasi organisasi.

Kursus Komunikasi Berkesan Madani Resources

Pada 10 Februari 2018 baru-baru Tim Awaken Training & Consultancy telah dijemput dan diberikan amanah untuk mengendalikan Kursus Komunikasi Berkesan selama sehari kepada kakitangan Madani Resources Sdn Bhd bertempat di Ara Event Hall, The Atmosphere Seri Kembangan, Selangor.

Setinggi penghargaan kepada pihak penganjur yang memberi kepercayaan kepada TimAwaken Training & Consultancy untuk mengendalikan Kursus Komunikasi Berkesan ini. Tahniah kepada semua peserta atas komitmen anda yang hebat dan luar biasa. Kami mendoakan agar setiap peserta yang hadir mampu mengaplikasikan segala ilmu dan teknik yang dikongsikan dengan konsisten agar mampu menyumbang dan memantapkan produktiviti syarikat serta melonjakkan reputasi serta keuntungan syarikat. Selamat maju jaya!

Kursus Komunikasi Berkesan Madani Resources

Berminat untuk menjemput kami mengendalikan Kursus Komunikasi Berkesan ini ?

Mohon isikan borang di bawah untuk membantu kami mengemukakan proposal bagi memenuhi keperluan latihan anda.

Sila isikan borang ini dan kami akan menghubungi anda dengan kadar segera. Terima kasih.

 

Verification

Related posts

0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x