Kursus Pembantu Tadbir anjuran Jabatan Perkhidmatan Veterinar pada 4 Oktober 2022

Kursus Pembantu Tadbir anjuran Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia pada 4 Oktober 2022 di Wisma Tani, Putrajaya.

 

Terima kasih kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia, Putrajaya di atas peluang dan kepercayaan yang diberikan kepada Awaken Training & Consultancy Sdn Bhd untuk mengendalikan Kursus Pembantu Tadbir yang telah berlangsung pada 4 Oktober 2022. Kursus ini telah berlangsung di Bilik Tayangan, Wisma Tani, Putrajaya dan telah dihadiri oleh seramai 26 Pembantu Tadbir daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia.

 

Kursus Pembantu Tadbir
Kursus Pembantu Tadbir : “Penceramah cemerlang dan secara keseluruhan kursus ini telah mencapai objektif”, ~ Siti Ruhayu, Pembantu Tadbir

Penganjuran Kursus Pembantu Tadbir: Hebat Di Tempat Kerja ini adalah untuk membantu organisasi untuk memantapkan tahap pengurusan di pejabat, khususnya melibatkan aspek pengurusan am pejabat, asas pentadbiran sumber manusia berkesan, dan kemahiran interpersonal korporat serta komunikasi lisan dengan sistem yang lebih tersusun dan teratur bagi memastikan tahap pengurusan yang bertaraf antarabangsa dan setanding dengan negara maju.

Antara aspek yang diberikan tumpuan adalah keberkesanan penyampaian perkhidmatan, pengurusan organisasi yang cekap dan pengurusan integriti serta tahap komunikasi yang lebih tersusun dan berkesan. Pengurusan pejabat yang berkesan bermula dari pembahagian tugasan yang sistematik dan strategik. Sistem yang hebat perlukan kekuatan sumber manusia yang profesional dari segi penguasaan bidang kerja secara teknikal dan kekuatan nilai moral dan integriti. Kursus ini menekankan keseimbangan dan kecemerlangan kedua-dua aspek untuk mencapai kejayaan dan keberkesanan organisasi.

Objektif utama kursus ini adalah dapat mendedahkan asas-asas pengurusan kerja di pejabat yang sistematik dan berkualiti. Selain itu dapat membantu para peserta mengurus masa dan keutamaan dalam melaksanakan tugasan di pejabat, melatih pegawai dan staf organisasi supaya memiliki kemahiran komunikasi di pejabat yang berkesan bagi mengharmonikan suasana bekerja seterusnya memaksimumkan produktiviti dan keuntungan organisasi. Seterusnyan peserta mampu mengaplikasi pengurusan sumber manusia dan pengurusan emosi yang berkesan bagi kecemerlangan organisasi dan meningkatkan sahsiah diri dari aspek kerohanian, kepimpinan dan pengurusan

 

Kursus Pembantu Tadbir
Penceramah dan program yang best – Noraziati binti Abdul Rahim, Pembantu Tadbir (P/O).

Antara perkara-perkara yang dipelajari oleh para peserta dalam kursus  ini ialah:

  • Modul 1: Peningkatan Peribadi Di Tempat Kerja
  • Modul 2: Mengurus Tugasan dan Prioriti di Pejabat
  • Modul 3: Mengurus Emosi dan Konflik di Pejabat
  • Modul 4: Teknik Komunikasi Berkesan dan Interpersonal

 

Kursus Pembantu Tadbir

Alhamdulillah kami bersyukur diatas sambutan serta maklumbalas yang amat memberangsangkan daripada para peserta terhadap konten dan penyampaian kami dalam Kursus Pembantu Tadbir ini. Tahniah kepada semua peserta diatas penyertaan aktif dan komitmen yang hebat sepanjang kursus. Kami ucapkan selamat maju jaya dan kami mendoakan yang terbaik kepada semua peserta.

Kami kongsikan antara maklum balas dan pendapat daripada para peserta secara keseluruhan berkaitan kursus ini :

 

  1. Penceramah sangat berilmu dalam semua penerangan – Nur Amirah Afidah binti Hamdan, Pembantu Tadbir (P/O).
  2. Sangat profesional – Mohd Farid bin Amdan, Pembantu Tadbir N17.
  3. Penceramah cemerlang dan secara keseluruhan kursus ini telah mencapai objektif – Siti Ruhayu binti Md Arshad, Pembantu Tadbir (P/O) N22.
  4. Penceramah dan program yang best – Noraziati binti Abdul Rahim, Pembantu Tadbir (P/O).
  5. Penceramah dapat menyampaikan ceramah dengan baik dan berkesan – Norazila binti Mohd Zain, Pembantu Tadbir.
  6. Jelas, baik dan mantap – Muhammad Sabree bin Rosedi, Pembantu Tadbir (P/O) N19.
  7. Penceramah punyai pengalaman namun, masa/sesi yang singkat – Wan Muhammad Sharhan bin Ab Wahab, Pembantu Tadbir (P/O).
  8. Penyampaian sangat jelas dari penceramah – Muhammad Zulkhairie bin Abd Razak, Pembantu Tadbir (P/O) N19.

Anda berminat untuk mengadakan Kursus Pembantu Tadbir ini di tempat anda? Klik di sini  untuk mendapatkan maklumat terperinci kursus ini berserta sebutharga!

Related posts

0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x