Kursus Pemantapan Pengurusan Pejabat anjuran Pertubuhan Peladang Pahang pada 9 – 10 Mac 2023

Kursus Pemantapan Pengurusan Pejabat anjuran Pertubuhan Peladang Pahang pada 9-10 Mac 2023 di The Zenith Hotel, Cameron Highlands.

 

Terima kasih kepada Pertubuhan Peladang Pahang di atas peluang dan kepercayaan yang diberikan kepada Awaken Training & Consultancy Sdn Bhd untuk mengendalikan Kursus Pemantapan Pengurusan Pejabat yang telah berlangsung pada 9 Mac sehingga 10 Mac 2023. Kursus ini telah berlangsung di The Zenith Hotel, Cameron Highlands dan telah dihadiri oleh seramai 34 pegawai-pegawai Pertubuhan Peladang Pahang yang terdiri daripada Pengurus Unit Pentadbiran, Pengurus Unit Akaun, Penolong Bahagian Akaun & Kewangan, Pembantu Pengurusan Maklumat, Eksekutif Akaun, Pembantu Am Pejabat, dan Pembantu Tadbir.

 

Kursus Pemantapan Pengurusan Pejabat 

Penceramah memberikan yang terbaik. Berkongsi pengalaman dan ilmu dengan sepenuh hati. Terima kasih - Nor Amyrah binti Arelam Shah, Pembantu Pengurusan Maklumat
Penceramah memberikan yang terbaik. Berkongsi pengalaman dan ilmu dengan sepenuh hati. Terima kasih – Nor Amyrah binti Arelam Shah, Pembantu Pengurusan Maklumat

Di kebanyakan organisasi sama ada sektor swasta mahupun kerajaan, impak dari kemelut Pandemik Covid19 antaranya telah menyebabkan gangguan psikologi pekerja. Ini memberi kesan besar kepada budaya kerja sesebuah organisasi. Kursus ini dianjurkan bagi membantu peserta menambah baik fungsi serta tugas khususnya kakitangan di bahagian pentadbiran dan sumber manusia sekaligus menyiapkan mental dan emosi bagi jangka masa panjang agar dapat membantu kelestarian organisasi untuk melaksanakan khidmat untuk orang awam dengan sempurna.

Baik dan dapat memberi pendekatan yang baik jelas dan terang dalam menghuraikan setiap tajuk - Fauzita binti Ahmad, Pembantu Tadbir
Baik dan dapat memberi pendekatan yang baik jelas dan terang dalam menghuraikan setiap tajuk – Fauzita binti Ahmad, Pembantu Tadbir

Objektif utama Kursus Pemantapan Pengurusan Pejabat adalah untuk menyemak dan menambah baik fungsi dan tugas mereka di jabatan berkenaan. Selain itu juga untuk mengaplikasi beberapa pendekatan baru bagi meningkatkan produktiviti, mengurus konflik dan pekerja bermasalah dengan baik serta mewujudkan budaya persekitaran kerja yang kondusif dan efisyen.

Antara perkara-perkara yang dipelajari oleh para peserta dalam Kursus Pemantapan Pengurusan Pejabat  ini ialah:

  • Modul 1: Konsep Pengurusan Pejabat Efektif & Dinamik
  • Modul 2: Senarai Tugas & Fungsi Bahagian Pentadbiran (Mengikut Tatacara Kerajaan)
  • Modul 3: Pengurusan & Perancangan Sumber Manusia
  • Modul 4: Penyeliaan & Pemantauan Prestasi Kerja
  • Modul 5: Mengurus Konflik Di Pejabat Dan Pekerja Bermasalah
  • Modul 6: Membudayakan Persekitaran Kerja Yang Efisyen Dan Kondusif Tanggungjawab Bersama

Kursus Pemantapan Pengurusan Pejabat Awaken Training

Kursus Pemantapan Pengurusan Pejabat Awaken Training

Alhamdulillah kami bersyukur diatas sambutan serta maklumbalas yang amat memberangsangkan daripada para peserta terhadap konten dan penyampaian kami dalam Kursus Pemantapan Pengurusan Pejabat iniTahniah kepada semua peserta diatas penyertaan aktif dan komitmen yang hebat sepanjang kursus. Kami ucapkan selamat maju jaya dan kami mendoakan yang terbaik kepada semua peserta.

Kami kongsikan antara maklum balas dan pendapat daripada para peserta secara keseluruhan berkaitan Kursus Pemantapan Pengurusan Pejabat ini :

  1. Penceramah seorang yang mampu menarik minat peserta dan program ini secara keseluruhan sangat menyeronokkan dan memberi impak yang besar kepada pengurusan – Maziah binti Awang Omar, Pembantu Tadbir
  2. Penceramah memberikan yang terbaik. Berkongsi pengalaman dan ilmu dengan sepenuh hati. Terima kasih – Nor Amyrah binti Arelam Shah, Pembantu Pengurusan Maklumat
  3. Topik yang disampaikan ada yang jelas & kurang jelas. Secara keseluruhannya program ini dapat memberikan ilmu & kaedah-kaedah yang boleh digunakan di dalam organisasi – Nur Ayuni binti Zulkifli, Pembantu Tadbir HEK
  4. Program ini memberi banyak ilmu kepada saya dan cara penyampaian penceramah sangat jelas dan mudah difahami – Nur Syawalia binti Ab Rahim, Pembantu Akaun
  5. Penceramah memberi penyampaian yang baik – Rashidah binti Mohd Rasid, Pembantu Tadbir
  6. Dapat memberi penambahbaikan dalam pengurusan setiap bahagian – Hayati binti Jusoh, Pembantu Tadbir
  7. Pada pendapat saya penceramah pada hari ini sangat baik & berilmu – Zainuliza binti Jusoh, Pembantu Tadbir
  8. Baik dan dapat memberi pendekatan yang baik jelas dan terang dalam menghuraikan setiap tajuk – Fauzita binti Ahmad, Pembantu Tadbir
  9. Sangat bagus dan membantu peserta untuk faham topik yang dibincangkan – Nurul Shalina binti Abd Samad, Pembantu Akaun
  10. Sangat bagus dan membantu peserta untuk faham setiap topik yang dibincangkan – Tengku Nurul Madihah, Pengurus Unit Pentadbiran
  11. Sangat bagus dan membantu peserta untuk faham setiap topik yang dibincangkan – Illafifi binti Mohamad Ali, Pembantu Tadbir
  12. Sangat bagus dan membantu peserta untuk fahami topik yang dibincangkan – Nor Insan binti Zulkifli, Pembantu Tadbir

Anda berminat untuk mengadakan Kursus Pemantapan Pengurusan Pejabat ini di tempat anda? Klik di sini  untuk mendapatkan maklumat terperinci kursus ini berserta sebutharga!

Related posts

0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x