Kursus Setiausaha Awesome & Ideal anjuran Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) pada 28 hingga 29 Ogos 2023.
Alhamdulillah berjalan lancar selama dua hari Kursus Setiausaha Awesome & Ideal bersama para Setiausaha MPOB bertempat di Bilik Seminar Aras 2, Bangunan Inovasi, Ibu Pejabat MPOB, Bandar Baru Bangi. Kursus Setiausaha Awesome & Ideal telah berlangsung selama 2 hari iaitu pada 28 hingga 29 Ogos 2023 di Bangunan Inovasi, Ibu Pejabat MPOB, Bandar Baru Bangi.
Awaken Training & Consultancy Sdn Bhd sangat berbesar hati apabila kami dijemput oleh Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) untuk mengendalikan Kursus Setiausaha Awesome & Ideal di sini. Terima kasih kepada MPOB di atas jemputan dan peluang untuk kami mengendalikan kursus ini.
Seorang setiausaha pejabat adalah individu yang bekerja dalam pentadbiran sesebuah organisasi atau syarikat dan mempunyai tanggungjawab utama memberikan sokongan kepada pejabat atau pengurus. Menjadi seorang setiausaha pejabat yang berkesan memerlukan kombinasi keterampilan, nilai-nilai profesional, sikap, kemahiran dan tindakan tertentu. Seorang setiausaha pejabat yang profesional harus memiliki sejumlah nilai profesional yang penting untuk menjalankan peranannya dengan baik dan memberi impak kepada organisasi/syarikat.
Selain daripada tugas hakiki yang melibatkan pelbagai aspek seperti pentadbiran, pengurusan masa, pengawalan maklumat, dan penyelarasan, sangat penting seorang setiausaha pejabat meningkatkan mutu perkhidmatan dan pakej interpersonal diri mereka secara menyeluruh, merangkumi kemahiran dalam ketrampilan diri, komunikasi profesional, etiket sosial dan bisnes dan nilai-nilai profesional setiausaha pejabat.
Peranan setiausaha pejabat boleh berbeza-beza bergantung kepada jenis organisasi dan syarikat, namun peranan mereka secara keseluruhannya adalah untuk memastikan bahawa mereka dapat menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka dengan cekap dan efektif, dan sentiasa meningkatkan kemahiran kerja serta kemahiran interpersonal agar dapat memberikan perkhidmatan yang berkesan sesuai dengan perkembangan teknologi dan industri semasa.
Antara perkara-perkara yang dipelajari oleh para peserta dalam Kursus Pemantapan Pengurusan Pejabat ini ialah :
Modul 1: Tugas Dan Tanggungjawab Seorang Setiausaha
Modul 2: Bagaimana Menjadi Setiausaha Berfikiran Kreatif, Inovatif Dan Produktif Dalam Menjalankan Tugasan
Modul 3: Kemahiran Mengaplikasikan Keutamaan Kerja Dan Pengurusan Stres
Modul 4: Pemantapan Imej Dan Ketrampilan Diri Setiausaha
Modul 5: Berkredibiliti Dengan Kemahiran Interpersonal Dan Komunikasi Berkesan
Modul 6: Etiket Dalam Membina Perhubungan Profesional
Kami kongsikan antara maklum balas dan pendapat daripada para peserta secara keseluruhan berkaitan Kursus Setiausaha Awesome & Ideal ini:
1. Penceramah sangat berpengalaman, selalu engaged dengan peserta, tidak membosankan – Nur Ayuni binti Mohd Noor
16. Mantap! – Wan Nur Syaza Dhaniyah
Tahniah kepada semua peserta di atas komitmen. Semoga bermanfaat kepada semua peserta dan keseluruhan organisasi, in sha Allah amin.
Anda berminat untuk mengadakan Kursus Setiausaha Awesome & Ideal ini di tempat anda? Klik di sini untuk mendapatkan maklumat terperinci kursus ini berserta sebutharga!