Kursus Kemahiran Berkomunikasi & Interaksi Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia CIDB Negeri Perak pada 15-17 Mac 2019
Awaken Training & Consultancy Sdn Bhd telah dilantik oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia CIDB Negeri Perak untuk mengendalikan Kursus Kemahiran Berkomunikasi & Interaksi pada 15-17 Mac 2019 yang lalu bertempat di Nova Highland Hotel, Cameron Highlands.
Kursus kemahiran berkomunikasi dan interaksi dengan menggunakan kaedah minda strategik @ NLP merupakan kursus yang akan memantapkan minda dan produktiviti organisasi untuk berkhidmat secara efektif. Merupakan modul yang mendedahkan teknik-teknik dan rahsia penggunaan NLP dalam memantapkan MINDA, Komunikasi di tempat kerja dan Motivasi diri supaya peserta yang melalui kursus ini dapat menambah nilai pada diri mereka bagi menguasai Kaedah NLP secara Berstruktur.
Selain daripada itu, objektif Kursus Kemahiran Berkomunikasi & Interaksi CIDB Negeri Perak ini adalah seperti berikut :
- Mempertajamkan minda dalam mencipta kejayaan.
- Tahu bagaimana menggunakan teknik-teknik NPL dalam komunikasi.
- Membina keyakinan diri dan menyelesaikan masalah.
- Memahami asas andaian NLP dalam komunikasi seharian.
- Mengamalkan etiket bisnes dan adab-adab dalam berkomunikasi secara profesional dengan pelanggan, pihak atasan, pekerja, rakan dan juga pihak media.
- Berkomunikasi cara yang lebih berpengaruh dengan cara positif
- Mengetahui dan mengaplikasikan teknik melontarkan suara dan nada suara yang jelas dan difahami seterusnya mampu meningkatkan reputasi diri dan organisasi.
- Mengamalkan teknik NLP dalam komunikasi dan menyedari keperluannya dalam kerjaya.
Tahniah kepada pihak penganjur atas usaha penganjuran kursus ini dan tahniah kepada semua peserta atas komitmen dan minat yang luar biasa untuk memantapkan pakej kemahiran dalam berkomunikasi yang hebat dengan mempelajari ilmu etika berkomunikasi ini.
Terima kasih kepada penganjur di atas jemputan untuk kami mengendalikan Kursus Kemahiran Berkomunikasi & Interaksi CIDB Negeri Perak ini. Semoga ilmu yang dikongsikan beroleh nilai yang tinggi dan bermanfaat dalam melonjakkan kerjaya dan profesion setiap peserta, dan memperolehi kejayaan yang cemerlang dalam kehidupan di dunia dan akhirat.
Kami kongsikan antara maklum balas dan pendapat daripada para peserta secara keseluruhan berkaitan Kursus Kemahiran Berkomunikasi & Interaksi CIDB Negeri Perak ini :
- Penceramah yang sangat baik – Lilawati Zainuddin – Penolong Pengurus
- Pendapat saya, sangat bagus banyak saya belajar cara-cara pergerakan badan dan ilmu-ilmu lain seperti fungsi otak kiri dan kanan, saya boleh mengenalpasti individu tersebut. – Muhammad Helmi Bin Abu Hassan – Penolong Pengurus
- Baik – Mazwana Bt Sabri – Pembantu Tadbir
- Penerangan dan teknik penyampaian adalah sangat baik – Zurina Bt Shamlan – Pembantu Tadbir N22
- Terbaik – Nor Izzatul Husna – Penolong Pengurus
- Terbaik / Mesra – Khairunisa – Pembantu Tadbir N19
- Bagus, Pandai berkomunikasi – Mohd Azizol – Penolong Pengurus
- Pada pendapat saya, kedua-dua penceramah adalah bagus. Kedua-duanya ada daya tarikan yang dapat menarik minat saya sepanjang berkursus – Zairul Izwa – Penolong Akauntan
- Penceramah yang ceria dan penuh dengan ilmu pengetahuan berkaitan komunikasi – Nur Mastura Sahran – Pengurus
- Sangat baik dan efektif – Nadirah Hamid – PTK
- Bagus! – Nor Azlizah Mohd Husain – N19
- Meriah dan mampu menguasai program – Muhamad Nazri B. Zakaria – Pembantu Tadbir N19
- Penceramah yang berpengalaman dan mampu menarik minat peserta – Nur Syazrina t Abdul Raman – Pengurus Tadbir
- Baik dan terima kasih atas ilmu yang dikongsi – Mohd Hafiz – Penolong Pengurus
- Menarik – Mohamad Faizal Ismail Bahrin – Pemandu
Anda berminat untuk mengadakan Kursus Kemahiran Berkomunikasi & Interaksi ini di tempat anda? Klik di sini untuk mendapatkan maklumat terperinci kursus ini beserta sebutharga.