Kursus Kemahiran Interpersonal Dalam Dunia Perniagaan Penang Development Corporation (PDC) Pada 28 Oktober 2021.
Terima kasih kepada Penang Development Corporation (PDC) kerana telah memberi peluang dan kepercayaan kepada Awaken Training & Consultancy Sdn Bhd untuk mengendalikan Kursus Kemahiran Interpersonal Dalam Dunia Perniagaan yang telah berlangsung secara maya dengan menggunakan platform online conferencing iaitu aplikasi Zoom dan aplikasi XSplit Broadcaster Live Streaming . Seramai 116 orang peserta yang terdiri daripada usahawan-usahawan sekitar Pulau Pinang yang bernaung dibawah Penang Development Corporation (PDC) telah menyertai Kursus Kemahiran Interpersonal Dalam Dunia ini.
Bidang keusahawanan memerlukan seseorang individu yang mampu berkomunikasi dengan baik dan berkesan bagi menonjolkan kewibawaan diri dan perniagaannya. Kemahiran komunikasi bagi seorang usahawan sangat penting kerana ia memberi kesan langsung terhadap kepuasan para pelanggan, pihak atasan, orang kenamaan, pembekal, pekerja, rakan perniagaan dan juga pihak media, seterusnya memberi kesan besar kepada reputasi dan keuntungan perniagaannya.
Dalam dunia keusahawanan dan profesional, kemahiran komunikasi adalah pakej diri yang mengandungi kualiti dan ciri-ciri seorang usahawan berjaya yang menggambarkan kompetensi dan karakternya dalam menjalankan urusan perniagaannya. Dengan memiliki kemahiran komunikasi, seorang usahawan akan mampu ‘menjual diri’, iaitu menjual nilai-nilai positif yang ada di dalam diri mereka, contohnya kepintaran, idea yang hebat, kreativiti, kejujuran, kesungguhan dan kewibawaan sebagai seorang usahawan yang disegani, seterusnya sentiasa kekal relevan dalam arus industri.
Antara objektif utama perlaksanaan Kursus Kemahiran Interpersonal Dalam Dunia Perniagaan ini ialah:
Menyedari kesilapan-kesilapan dalam komunikasi keusahawanan dan kesannya
kepada reputasi diri dan perniagaannya.
Memahami kepentingan komunikasi dalam kerjaya keusahawanan dalam membina jenama diri dan perhubungan profesional.
Mengamalkan laras bahasa dan skrip positif dalam komunikasi perniagaan.
Mengamalkan etiket bisnes dan adab-adab dalam berkomunikasi secara profesional dengan
pelanggan, pihak atasan, pembekal, pekerja, rakan perniagaan dan juga pihak media.
Antara perkara-perkara yang dipelajari oleh para peserta dalam kursus ini ialah:
Modul 1 – Konsep Komunikasi Dan Kesilapan Dalam Komunikasi Keusahawanan
Modul 2 – Mengenal 4 Gaya Komunikasi Usahawan
Modul 3 – Laras Bahasa Dan Skrip Dalam Komunikasi Bisnes
Modul 4 –Etiket Bsines Dalam Komunikasi Bisnes
Alhamdulillah kami bersyukur di atas sambutan serta maklumbalas yang amat memberangsangkan daripada para peserta terhadap konten dan penyampaian kami sepanjang berlangsungnya Kursus Kemahiran Interpersonal Dalam Dunia Perniagaan.
Tahniah kepada semua peserta diatas penyertaan aktif dan komitment yang hebat sepanjang Kursus Kemahiran Interpersonal Dalam Dunia Perniagaan ini berlangsung. Kami ucapkan selamat maju jaya dan kami mendoakan yang terbaik kepada semua peserta.
Kami kongsikan antara maklum balas dan pendapat daripada para peserta secara keseluruhan berkaitan Kursus Kemahiran Interpersonal Dalam Dunia Perniagaan anjuran Penang Development Corporation (PDC) :
1.Program yang sangat bermanfaat, sesuatu yang baru untuk dipelajari oleh usahawan selain sales dan marketing. – Mazrul Naim Bin Abdul Jalil- Mazim Preneur Enterprise
2.Kursus ini amat bermanfaat kepada usahawan. – Saridah Binti Abdul Razak -Natasha Cyc Venture
3.Sangat memberi manfaat dan banyak perkara yang saya belajar. – Siti Aishah Binti Md Zain – Pengurus Pusat Kecantikan & Kesihatan
4.Puan Raihan seorang penceramah yang sangat best. – Nur Aimi Binti Razak -FnC Kola Enterprise
5.Kursus ini sangat bagus dan membantu usahawan. – Masiran Bin Zakaria – Natural Desire Resources
6.Program ini dapat memberi lagi keyakinan pada diri saya. – Mohammad Fazlyhamizi Bin Idris-Terompah Spa
7.Alhamdulillah terbaik dan santai serta tidak membosankan malah penceramah bijak gunakan bahasa badan dan riaksi muka ketika berceramah.- Mohd Roshaidi Yusof – Miracle Medallion Centre
8.Sangat menarik gaya penyampaian dan tidak membosankan. Setiap topik disampaikan dengan jelas dan terang dan mudah difahami. – Mohamad Hatta Bin Omar – Pengurus
9.Sangat baik. Ilmu, bahasa dan contoh yang disampaikan sangat mudah difahami. Terima kasih Puan Raihan. – Norshaheda Bt Sharin – TES Consultancy Sdn.Bhd
10.Penceramah sangat menekankan tentang tajuk kursus dan ianya sangat membantu.- Mohamad hatta bin omar- Artcon Enterprise
11.Program ini dapat memberi pengetahuan tentang cara komunikasi. – Noorlizawati Binti Jarlill – Shaliza Bumi Enterprise
12. Kursus yang terbaik. – Nor Hidayah Binti Muhamad – Nhwaulia Enterprise
13.Penyampaian yang sangat bagus dan mudah difahami- Rafidah Binti Mansor-
14.Penceramah sangat interaktif dan mesra. -Noranizawati Binti Ismail-Wirda Izzara Food
35.Menarik perhatian- Noridahwatty Mohammad Nawi – Aynuf Enterprise
Anda berminat untuk mengadakan Kursus Kemahiran Interpersonal Dalam Dunia Perniagaan ini di tempat anda? Klik di sini untuk mendapatkan maklumat terperinci bengkel ini berserta sebutharga.
Awaken Training & Consultancy delivers practical consulting and learning solutions to individuals and groups, government and agencies. Contact our experts for more information on how we can help you.