Kursus Profesionalisme Setiausaha Pejabat KPWKM telah berlangsung selama 2 hari iaitu pada 25 dan 26 April 2019 di Bilik Pujangga 1, Hotel Puri Pujangga, UKM Bangi. Awaken Training & Consultancy Sdn Bhd sangat berbesar hati apabila kami dijemput oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat untuk mengendalikan Kursus Profesionalisme Setiausaha Pejabat KPWKM di sini.
Setiausaha adalah kerjaya yang memerlukan pakej diri yang hebat. Seorang Setiausaha seringkali menjadi tumpuan utama di dalam sesebuah organisasi, disebabkan mereka adalah orang yang paling hampir dengan pengurusan tertinggi. Mereka menguruskan bos-bos yang mempunyai jawatan tinggi, yang terdiri daripada kalangan VIP dan VVIP, yang mempunyai kedudukan dan pengaruh besar dalam hierarki sesebuah organisasi.
Setiausaha juga merupakan front liner, atau barisan hadapan dan WAJAH sesebuah jabatan atau organisasi. Jawatan seorang Setiausaha boleh dikategorikan sebagai ‘high profile’, disebabkan lebih 70% tugasan mereka berurusan dengan pelanggan, tetamu, orang kenamaan dan juga staf dalaman daripada pelbagai peringkat.
Oleh kerana itu, sangat penting seorang Setiausaha sentiasa melonjakkan mutu perkhidmatan dan pakej interpersonal diri mereka secara menyeluruh, merangkumi kemahiran dalam ketrampilan diri, komunikasi profesional dan etiket sosial dan bisnes.
Di samping perlu cekap menjalankan tugasan harian mereka menguruskan majikan, amat penting untuk seorang Setiausaha memiliki kemahiran menguruskan masa dan mengetahui prioriti kerja, sentiasa positif dalam menunaikan amanah dan memikul tanggungjawab yang diberikan, serta memiliki kemahiran menguruskan dalaman diri dan mengawal stres dengan baik.
Terima kasih kepada pihak Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat di atas kepercayaan yang diberikan dan setinggi penghargaan juga kepada semua peserta yang hadir dari seluruh Malaysia. Modul-modul yang disampaikan adalah pengisian terkini berkaitan kemahiran pengurusan kerja seorang Setiausaha profesional, merangkumi kemahiran komunikasi dengan bos, VIP, staf, tetamu dan pelanggan. Mereka juga didedahkan dengan etiket sosial dan bisnes dalam membawa diri sebagai Duta organisasi dan bos, serta motivasi dalaman diri dalam melonjakkan mutu perkhidmatan serta mendepani cabaran kerja.
Semoga segala ilmu yang diperolehi sepanjang bengkel ini menjadi satu titik tolak untuk memantapkan kemahiran menguruskan kerjaya dan melonjakkan ketrampilan diri agar sentiasa mencapai kecemerlangan. Semoga segala perkongsian dalam bengkel ini bermanfaat kepada semua peserta yang hadir, in sha Allah.
Kami kongsikan antara maklum balas dan pendapat daripada para peserta secara keseluruhan berkaitan Kursus Profesionalisme Setiausaha Pejabat KPWKM ini :
-
- Penceramah menyampaikan input dengan baik. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan menarik – Yusra – Setiausaha
- Sebutan jelas dan berkomunikasi baik dengan peserta – Mashita – Setiausaha
- Sangat bagus dengan penerangan yang jelas – Nor Izma Bt Mustapha – Setiausaha
- Excellent! – Nor Ezadatul Fazlina – Setiausaha
- Penceramah mahir dalam modul / tajuk yang diberi – Juliyana Binti Johari – Setiausaha
- Penceramah mahir di dalam modul yang digunakan di dalam program – Yana – Setiausaha
- Penceramah hebat dan profesional!– Puan Siti – Setiausaha
- Penyampaian yang baik – Suziani Shamsudin – Setiausaha
- Kursus yang baik dan menarik – Normala Mazlan – Setiausaha
- Kursus best! – Sarini Hazlin Abdul Rahman – Setiausaha
Anda berminat untuk mengadakan Kursus Profesionalisme Setiausaha Pejabat ini di tempat anda? Klik di sini untuk mendapatkan maklumat terperinci bengkel ini beserta sebutharga!