Kursus Seni Dalam Komunikasi ini telah berlangsung selama dua hari pada 23 dan 24 Oktober 2018 bertempat di Pusat Pemprosesan Maklumat LHDNM Cawangan Bangi, Selangor Darul Ehsan.
Tim Perunding Imej Malaysia telah dilantik oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia untuk mengendalikan Kursus Seni Dalam Komunikasi ini kepada hampir 29 orang kakitangan Pusat Pemprosesan Maklumat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia. Tahniah kepada pihak penganjur atas usaha penganjuran kursus ini dan tahniah kepada semua peserta atas komitmen dan minat yang luar biasa untuk memantapkan pakej personaliti dan komunikasi diri yang hebat dengan mempelajari ilmu seni dalam komunikasi ini.
Perhubungan adalah asas kepada membina kerjaya yang hebat, dan seni komunikasi adalah tunjang kepada sesebuah perhubungan, terutama proses membina hubungan yang profesional dan berterusan dalam pendakian membina kerjaya dan kehidupan peribadi. Orang lain tidak akan sudi mengikut kita sekiranya mereka tidak sukakan kita. Jangan memandang rendah pada kuasa komunikasi, samaada secara visual dan lisan, kerana ia mampu menaikkan reputasi kita atau menghancurkan.
Seseorang individu yang mampu berkomunikasi dengan baik dan berkesan dapat menonjolkan kewibawaan diri dan organisasinya. Kemahiran komunikasi sangat penting kerana ia memberi kesan langsung terhadap kepuasan para pelanggan, pihak atasan, orang kenamaan, pekerja, rakan dan juga pihak media, seterusnya memberi kesan besar kepada reputasi dan keuntungan organisasinya.
Dalam dunia profesional, kemahiran komunikasi adalah pakej diri yang mengandungi kualiti dan ciri-ciri seorang individu berjaya yang menggambarkan kompetensi dan karakternya dalam menjalankan urusannya. Dengan memiliki kemahiran komunikasi, seorang individu akan mampu ‘menjual diri’, iaitu menjual nilai-nilai positif yang ada di dalam diri mereka, contohnya kepintaran, idea yang hebat, kreativiti, kejujuran, kesungguhan dan kewibawaan sebagai seorang kakitangan dan duta organisasi yang disegani.
Disamping itu, kursus ini dapat memberikan pendedahan, ilmu, teknik dan kemahiran kepada kakitangan bagaimana seni berkomunikasi secara halus, berkesan, beretika dan profesional dengan rakan sekerja, pihak atasan, ahli lembaga pengarah dan pelanggan.
Kursus Seni Dalam Komunikasi ini memberikan kesedaran terhadap kesilapan-kesilapan dalam komunikasi secara berkesan dan kesannya kepada reputasi diri dan kerjaya. Para peserta juga dibimbing untuk memahami kepentingan komunikasi dalam perhubungan profesional serta mengamalkan seni dalam menyusun laras bahasa dan skrip positif dalam berkomunikasi secara berkesan. Seterusnya, para peserta ditunjukkan bagaimana mengamalkan 12 etika, adab-adab dan seni protokol dalam berkomunikasi dengan pihak atasan, ahli lembaga pengarah, rakan sejawat dan pelanggan luaran. Peserta ditunjukkan cara mengamalkan ciri-ciri komunikasi yang efektif serta memahami 4 gaya komunikasi diri sendiri dan orang lain serta seni mengendalikannya.
Terima kasih kepada penganjur di atas jemputan untuk kami mengendalikan Kursus Seni Dalam Komunikasi LHDNM ini. Semoga ilmu yang dikongsikan beroleh nilai yang tinggi dan bermanfaat dalam melonjakkan kerjaya dan profesion setiap peserta, dan memperolehi kejayaan yang cemerlang dalam kehidupan di dunia dan akhirat.
Kami kongsikan antara maklum balas dan pendapat daripada para peserta secara keseluruhan berkaitan Kursus Seni Dalam Komunikasi LHDNM ini :
- Penceramah sangat berpengetahuan yang bijak mengajak audience untuk aktif dalam perbincangan (Norazliza Ishak – Penolong Eksekutif Hasil)
- Kursus ini sangat membantu! (Zukhaiza Binti Mohamad Radzi – Penolong Eksekutif Hasil Kanan II)
- Kursus ini adalah yang terbaik! (Rashidah Ahmad – Penolong Pegawai Hasil Kanan II)
- Bijak menarik minat dan penyampaian yang efektif! (Salwa Shaarani – Pembantu Am)
- Berpuas hati, penceramah menyampaikan ceramah dengan penuh intipati dan jelas serta difahami (Nur Hafiza Binti Mamat – Pembantu Am)
- Penceramah banyak idea dalam penyampaian, berinteraksi dengan peserta, eye contact yang bagus dan mesra, cantik sesuai dengan imej sebagai penceramah (Noor Aza Binti Lot – Pembantu Hasil NE4)
- Keseluruhan kursus amat baik, penerangan yang jelas! (Nurul Fitri Bt Mohd Kasrip)
- Penceramah mampu menyampaikan ceramah dengan jelas, idea yang bernas dan seorang yang efektif (Yusniza Yunus – Pembantu Hasil)
- Cara penyampaian yang jelas dan mudah difahami (Noor Aleza)
- Penceramah sangat bagus dan berpengalaman (Siti Marshita – Penolong Pegawai Eksekutif)
- Terbaik! (Wan Nor Azila Abdul Rahman – Pembantu Tadbir NE 4)
- Penceramah berpengalaman dan berpengetahuan. (Rosmah – Penolong Pegawai Tadbir)
- Cara penyampaian yang baik dan mudah difahami. (Mazlinah Binti Mohd Taib – NE 4)
- Amat memuaskan! (Zaleha Bt Ahamad – Penolong Eksekutif Hasil)
- Berpuas hati secara keseluruhan! (Wan Roslilah Binti Abas – Penolong Eksekutif Hasil)
- Kursus amat menarik! (Juzilawati Salleh – Pembantu Hasil NE4)
Anda berminat untuk mengadakan Kursus Etika Berkomunikasi ini di tempat anda? Klik di sini untuk mendapatkan maklumat terperinci kursus ini beserta sebutharga!