Kursus Pengurusan Pejabat : Hebat Di Tempat Kerja Siri 1 dan Siri 2
Alhamdulillah, pada 12-15 Julai 2020 yang lalu kami telah diberi amanah oleh pihak UTM Space untuk mengendalikan Kursus Pengurusan Pejabat : Hebat Di Tempat Kerja Siri 1 dan 2 kepada warga kerja Majlis Bandaraya Johor Bharu.
Penganjuran Kursus Pengurusan Pejabat : Hebat Di Tempat Kerja ini adalah untuk membantu organisasi untuk memantapkan tahap pengurusan di pejabat, khususnya melibatkan aspek pengurusan am pejabat, asas pentadbiran sumber manusia berkesan dan strategik, serta kemahiran komunikasi dan interpersonal serta etika kerja korporat dengan sistem yang lebih tersusun dan teratur bagi memastikan tahap pengurusan yang bertaraf antarabangsa.
Antara aspek yang diberikan tumpuan adalah keberkesanan penyampaian perkhidmatan yang profesional, pengurusan organisasi yang cekap dan pengurusan integriti serta tahap komunikasi dan etika kerja yang lebih profesional dan berkesan.
Pengurusan pejabat yang berkesan bermula daripada asas pengurusan sumber manusia yang berkesan dan pembahagian tugasan yang sistematik dan strategik. Sistem yang hebat dan canggih tetap memerlukan kekuatan sumber manusia yang profesional dari segi penguasaan bidang kerja secara teknikal dan juga kekuatan dalam pengamalan nilai-nilai moral, etika dan integriti. Kursus ini menekankan keseimbangan dan kecemerlangan kedua-dua aspek kemahiran teknikal serta aspek kekuatan kerohanian untuk mencapai kejayaan dan keberkesanan organisasi.
Objektif kursus ini adalah seperti berikut:
- Mendedahkan asas-asas pengurusan kerja di pejabat yang sistematik dan berkualiti.
- Membantu para peserta mengurus masa dan keutamaan dalam melaksanakan tugasan di pejabat.
- Melatih pegawai dan staf organisasi supaya memiliki kemahiran komunikas dan etika korporat di pejabat yang berkesan bagi mengharmonikan suasana bekerja seterusnya memaksimumkan produktiviti dan keuntungan organisasi.
- Peserta mampu mengaplikasi pengurusan sumber manusia, pengurusan konflik dan emosi yang berkesan bagi mencapai kecemerlangan organisasi.
Antara modul yang disampaikan dalam kursus ini adalah :
- PENINGKATAN PERIBADI DI TEMPAT KERJA
- MENGURUS TUGASAN DAN PRIORITI DI PEJABAT
- PENGURUSAN MASA: MENGURUS KEUTAMAAN
- MENGURUS EMOSI & KONFLIK DI PEJABAT
- ETIKET SOSIAL DAN ETIKET BISNES DI PEJABAT
Anda berminat untuk mengadakan Kursus Pengurusan Pejabat : Hebat Di Tempat Kerja ini di tempat anda? Klik di sini untuk mendapatkan maklumat terperinci bengkel ini beserta sebutharga.