Kursus ‘Persuading And Influencing For Better Approach’ anjuran Jabatan Tanah dan Survei Sarawak pada 23-25 Februari 2023

Kursus ‘Persuading And Influencing For Better Approach’ anjuran Jabatan Tanah dan Survei Sarawak pada 23-25 Februari 2023 di Hotel Premier, Sibu, Sarawak.

 

Terima kasih kepada Jabatan Tanah dan Survei Sarawak di atas peluang dan kepercayaan yang diberikan kepada Awaken Training & Consultancy Sdn Bhd untuk mengendalikan Kursus ‘Persuading And Influencing For Better Approach’ yang telah berlangsung pada 23 Februari sehingga 25 Februari 2023. Kursus ini telah berlangsung di Hotel Premier, Sibu Sarawak dan telah dihadiri oleh seramai 32 warga kerja Jabatan Tanah dan Survei Sarawak terdiri daripada Pegawai Tadbir, Penolong Pegawai Tadbir, Penolong Pegawai Tanah, Penolong Jurukur, Pegawai Penilaian, Penolong Pegawai Penilaian, Penolong Pegawai Perancang Bandar dan Pembantu Tadbir.

Perundingan dapat ditakrifkan sebagai satu proses tawar-menawar dalam usaha untuk mengurangkan perbezaan atau mencapai satu penyelesaian masalah. Lazimnya, dalam sesuatu perundingan, individu yang terlibat akan cuba bertolak-ansur tentang isu yang dirundingkan dalam usaha untuk mencapai persetujuan. Dalam keadaan ini, tawar-menawar akan lebih banyak berlaku sekiranya seseorang itu percaya apa yang akan mereka peroleh daripada sesuatu perundingan itu lebih buruk berbanding dengan keadaan yang lebih baik. Jesteru perundingan digunakan untuk mengatasi konflik dan merungkai isu, maka keperluan seni mempengaruhi penting untuk mencapai apa yang dihajatkan oleh pihak-pihak yang berunding tersebut.

Kursus Persuading And Influencing For Better Approach

Objektif Utama Kursus ‘Persuading And Influencing For Better Approach’ ini adalah peserta dapat mempraktikkan kaedah membina rapport, mengetahui tentang tatacara perundingan yang berkesan, menjadi seorang perunding yang baik, mengaplikasikan konsep dan kaedah pengurusan perundingan dengan berkesan. Selain itu, peserta juga dapat menggunakan komunikasi perundingan secara berkesan dalam aspek bahasa bukan lisan, menyoal dan mendengar serta mengamalkan bahasa hipnotik untuk mempengaruhi.

Kursus Persuading And Influencing For Better Approach

Antara perkara-perkara yang dipelajari oleh para peserta dalam kursus ini ialah:

  • Modul 1: Pengenalan Rundingan
  • Modul 2: Kemahiran Memujuk Dan Push & Pull Strategy
  • Modul 3: Strategi Pembujukan Hard Ball
  • Modul 4: Penggunaan NLP Dalam Perundingan
  • Modul 5: Strategi Mengakhiri Rundingan
  • Modul 6: Bahasa Hipnotik
  • Modul 7: Kemahiran Mendengar
  • Modul 8: Kemahiran Menyoal
  • Modul 9: Etika Dalam Perundingan

Kursus Persuading And Influencing For Better Approach

Alhamdulillah kami bersyukur diatas sambutan serta maklumbalas yang amat memberangsangkan daripada para peserta terhadap konten dan penyampaian kami dalam Kursus ‘Persuading And Influencing For Better Approach’ ini. Tahniah kepada semua peserta diatas penyertaan aktif dan komitmen yang hebat sepanjang kursus. Kami ucapkan selamat maju jaya dan kami mendoakan yang terbaik kepada semua peserta.

Kami kongsikan antara maklum balas dan pendapat daripada para peserta secara keseluruhan berkaitan kursus ini :

  1. Penceramah jelas memberi penerangan dan kursus ini banyak mengajar saya mengatasi banyak masalah yang dihadapi hari-hari – Letycia Sima anak Linang, Pembantu Tadbir (P/O), N19
  2. Keseluruhannya bagus dan boleh dipertimbangkan untuk diteruskan dan dianjurkan another session in future. Penceramah very knowledgeable and well verse dalam topik-topik yang dirangkum – Sediah anak Duat, Penolong Pegawai Tadbir, N29
  3. Penceramah menyampaikan topik secara keseluruhannya dengan bagus – Mohammad Iswandi bin Maili, Penolong Pegawai Tadbir N29
  4. Mempunyai pengetahuan dalam bidang tersebut, menarik dan tidak bosan – Jennifer anak Jamil, Penolong Pegawai Perancang Bandar, JA29
  5. Gaya penyampaian penceramah menarik dan menghiburkan – Maslinie binti Mat, Penolong Pegawai Perancang Bandar, JA29
  6. Penceramah berjaya mencapai matlamat kursus. mudah difahami – Christopher Elwyn anak Unggit, Penolong Juruukur JA29
  7. Berpengalaman dalam topik yang dibincangkan / disampaikan, suasana kursus yang menghiburkan dan meriah – Rachel anak James, Penolong Juruukur, JA29
  8. Penceramah amat mesra dan sepanjang sesi kursus penceramah melibat peserta untuk terlibat sesi soal jawab – Mohd Marwan bin Yusup, Pegawai Penilaian, W41
  9. Penceramah merupakan seorang individu yang berpengetahuan luas dan banyak nasihat dan kaedah untuk apa-apa situasi – Muhammad Azizi bin Salleh, Penolong Pegawai Tadbir, N29
  10. Penceramah memberikan ceramah dengan menarik dan berjaya menarik perhatian peserta kursus – Olivia Egi bint Johnson, Penolong Pegawai Tadbir, N29

 

Anda berminat untuk mengadakan Kursus ‘Persuading And Influencing For Better Approach’ ini di tempat anda? Klik di sini  untuk mendapatkan maklumat terperinci kursus ini berserta sebutharga!

Related posts

0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x