Kursus Perkhidmatan Pelanggan Profesional anjuran UTMSPACE pada 4 hingga 5 Oktober 2023

Kursus Perkhidmatan Pelanggan Profesional anjuran UTMSPACE pada 4 hingga 5 Oktober 2023.

Alhamdulillah dan bersyukur ke hadrat Ilahi kerana di atas keizinanNya, Awaken Training & Consultancy Sdn Bhd telah dilantik sebagai penyedia khidmat latihan oleh UTMSPACE Skudai Johor Bahru untuk mengendalikan Kursus Perkhidmatan Pelanggan dan Pengurusan Aduan selama dua hari bertempat di Bilik Kuliah 2, UTM SPACE Taman Universiti, Skudai Johor. Kursus ini dihadiri oleh 20 orang warga kerja dari UTM SPACE Johor dan UTM SPACE Kuala Lumpur.

 

Objektif utama Kursus Perkhidmatan Pelanggan dan Pengurusan Aduan ini diadakan adalah untuk memantapkan kemahiran peserta dalam kemahiran perkhidmatan pelanggan antaranya kemahiran ketika berhadapan dengan aduan pelanggan, cara berkomunikasi dengan pelanggan dan kemahiran pengurusan aduan pelanggan yang sistematik, selain daripada memantapkan lain-lain kemahiran asas dalam ilmu Perkhidmatan Pelanggan.

Kursus Perkhidmatan Pelanggan Profesional anjuran UTMSPACEKursus Perkhidmatan Pelanggan Profesional anjuran UTMSPACEKursus Perkhidmatan Pelanggan Profesional anjuran UTMSPACE

Antara modul yang dikongsikan dalam kursus ini adalah seperti berikut:

1.Konsep Perkhidmatan Pelanggan Alaf 21

2.Lima Tahap Perkhidmatan Pelanggan

3.Komunikasi Profesional Ketika Berurusan Dengan Pelanggan

4.Prosedur Layanan Pelanggan Yang Seragam

5.Cara Mengendalikan Aduan Pelanggan

6.Aktiviti Simulasi Kajian Kes Berhadapan Dengan Pelanggan Yang Sukar

 

Kursus Perkhidmatan Pelanggan Profesional anjuran UTMSPACEKursus Perkhidmatan Pelanggan Profesional anjuran UTMSPACE

 

Terima kasih kepada UTMSPACE di atas jemputan dan peluang untuk kami mengendalikan kursus ini. Tahniah kepada semua peserta di atas komitmen. Semoga bermanfaat kepada semua peserta dan keseluruhan organisasi, in sha Allah amin.

 

Anda berminat untuk mengadakan Kursus Perkhidmatan Pelanggan Profesional ini di tempat anda? Klik di sini  untuk mendapatkan maklumat terperinci kursus ini berserta sebutharga!

Related posts

0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x