Kursus Powerful Customer 1st Strategy Jabatan Pendaftaran Negara Negeri Sembilan Pada 28 hingga 30 Jun 2021

Kursus Powerful Customer 1st Strategy Jabatan Pendaftaran Negara Negeri Sembilan pada 28 – 30 Jun 2021.

Alhamdulillah berjalan lancar Kursus Powerful Customer 1st Strategy selama tiga hari anjuran Jabatan Pendaftaran Negara Negeri Sembilan. Terima kasih kepada pihak Jabatan Pendaftaran Negara Negeri Sembilan kerana telah melantik Awaken Training & Consultancy Sdn Bhd sebagai penyedia latihan untuk Kursus Powerful Customer 1st Strategy ini. Kursus ini disampaikan dengan menggunakan platform online conferencing iaitu aplikasi Zoom dan XSplit Broadcaster Live Streaming. Peserta terdiri daripada  46 orang peserta yang terpilih daripada JPN seluruh daerah Negeri Sembilan. Mereka terdiri daripada Setiausaha Pejabat, Penolong Pegawai Teknologi Maklumat, Penolong Pegawai Pendaftaran dan Pembantu Pendaftaran Jabatan Pendaftaran Negara.

 

Kursus Powerful Customer 1st Strategy Jabatan Pendaftaran Negara
“Alhamdulillah, semua intipati kursus ini sangat menepati peranan Jabatan kami yang mana kami berhadapan dengan orang ramai. Akan kami terapkan nilai-nilai murni ini dalam gerak kerja kami seharian. Terima kasih diucapkan,” – Syairul Khairi Bin Mahaod – Pembantu Pendaftaran/KP19
Kursus Powerful Customer 1st Strategy Jabatan Pendaftaran Negara
“Penceramah yang berpengalaman dan penyampaian yang mudah difahami serta program yang terbaik,” – Remli Rais Bin Ali Hassan – Pembantu Pendaftaran/KP22
Kursus Powerful Customer 1st Strategy Jabatan Pendaftaran Negara
“Secara keseluruhan program adalah sangat cemerlang,” – Mohd Nazrin Bin Razali – Pembantu Pendaftaran/KP22
Kursus Powerful Customer 1st Strategy Jabatan Pendaftaran Negara
“Penceramah memberi banyak maklumat dan sangat membantu untuk kami berhadapan dengan pelanggan – Adibah Binti Hamid,” – Pembantu Pendaftaran/KP19

Kecemerlangan sesebuah organisasi banyak bergantung kepada sejauh mana penerimaan dan kepuasan yang diperolehi oleh pelanggan terhadap perkhidmatan yang disediakan. Pengurusan perkhidmatan pelanggan yang cekap dan baik meliputi keseluruhan aspek iaitu komunikasi, sistem dan suasana ketika berurusan, penampilan dan tingkah-laku pekerja dan yang akan memberikan gambaran yang positif terhadap imej dan reputasi organisasi. Melalui kursus ini para pekerja akan dapat mempertingkatkan lagi kecemerlangan perkhidmatan yang selaras dengan standard yang telah ditetapkan oleh organisasi.

 

Kursus ini bertujuan untuk memantapkan kemahiran para pekerja ketika berhadapan dan berurusan dengan pelanggan, meliputi aspek kemahiran dari segi komunikasi yang mantap dan berkeyakinan, tatacara penampilan diri yang profesional dan kemahiran dalam mempamerkan etiket dan tingkah laku yang menyenangkan serta terkawal seterusnya akan meningkatkan persepsi positif pelanggan terhadap imej dan reputasi organisasi.

Kursus ini telah mendedahkan strategi berhadapan dengan pelanggan terutamanya dalam era digital dan suasana pandemik yang melanda negara dan secara global, antaranya ialah :
1. Bagaimana menangani aduan dan karenah pelanggan, terutamanya menangani aduan yang tidak berasas dan memburukkan imej serta reputasi jabatan.
2. Menguasai perkara asas dalam melayani pelanggan, termasuk strategi berhadapan dan bertindakbalas kepada pelanggan yang selalu ‘provoke’ petugas kaunter serta pelanggan yang bercakap kasar dan menengking frontliner.
3. Bagaimana membentuk minda dan budaya kerja kelas pertama dalam perkhidmatan pelanggan, termasuklah bagaimana membina keterampilan dan kecerdasan intelektual, emosi dan spiritual.
4. Menguasai kemahiran berkomunikasi secara profesional dengan pelanggan meliputi aspek nada suara, body language dan pemilihan ayat/perkataan.
5. Bagaimana untuk konsisten dalam mengekalkan kredibiliti dan professionalisme diri serta jabatan walaupun berhadapan dengan pelbagai ragam dan emosi pelanggan terutamanya di era pandemik.
6. Mempelajari cara terbaik mengendalikan panggilan telefon dengan cekap dan berkualiti
7. Mempelajari kaedah terbaik menyantuni dan melayani pelanggan dengan tertib, mesra dan profesional.
Semoga kursus yang akan berlangsung selama 3 hari ini akan berjalan lancar dan mencapai objektif, in sha Allah.

Kursus ini juga mendedahkan kepada para peserta tentang cabaran perkhidmatan komunikasi pelanggan dalam talian dan kebiasaan baru (new norm), serta bagaimana kemahiran berurusan dan berkomunikasi dalam cabaran semasa era digital dan krisis pandemik.

Kursus Powerful Customer 1st Strategy Jabatan Pendaftaran Negara
“Cemerlang dan pengetahuan tinggi,” – Nurul Nurhuda Bt Mohd Nasir – Pembantu Tadbir N19

 

Kursus Powerful Customer 1st Strategy Jabatan Pendaftaran Negara
“Penceramah menyampaikan maklumat dengan jelas dan bersemangat sepanjang program,” – Nur Azura Binti Yusrizal – Pembantu Pendaftaran/KP19
Kursus Powerful Customer 1st Strategy Jabatan Pendaftaran Negara
“Penceramah sangat ceria. Informasi dan isi sepanjang kursus sangat berguna,” – Nurulain Binti Jaafar – Pembantu Pendaftaran/KP19

 

Antara perkara-perkara yang dipelajari oleh para peserta dalam kursus selama tiga hari ini ialah:

  • Modul 1: Konsep Perkhidmatan Pelanggan Alaf 21
  • Modul 2: Sikap dan Psikologi Pelanggan dan Jangkaan Pelanggan
  • Modul 3: Personaliti & Profesionalisme
  • Modul 4: Mengenali 4 Gaya Komunikasi Pelanggan
  • Modul 5: Komunikasi Profesional Ketika Berurusan Dengan Pelanggan
  • Modul 6: Pengurusan Emosi Berhadapan Dengan Pelanggan
  • Modul 7: Tatacara Mengendalikan Panggilan Telefon Secara Berkesan
  • Modul 8: Sistem dan Suasana Semasa Berurusan Dengan Pelanggan
  • Modul 9: Memberi Tindakbalas Apabila Pelanggan Mengadu dan Merungut

Terima kasih kepada Jabatan Pendaftaran Negara Negeri Sembilan di atas lantikan dan kepercayaan untuk kami mengendalikan kursus ini. Alhamdulillah kami bersyukur di atas peluang ini dan sambutan serta maklum balas yang amat memberangsangkan daripada para peserta terhadap konten dan penyampaian kami selama tiga hari ini. Kami mengucapkan selamat maju jaya dan mendoakan yang terbaik untuk semua peserta.

 

Kursus Powerful Customer 1st Strategy Jabatan Pendaftaran Negara
“Saya berpuashati dengan isi kandungan program ini padat tepat dan menyeluruh,” – Nor Azizah Binti Othman – Pembantu Pendaftaran/KP22

 

Kursus Powerful Customer 1st Strategy Jabatan Pendaftaran Negara
“Penceramah dan program yang amat menarik serta amat bermanfaat,” – Zakiah Binti Kedai – Pembantu Pendaftaran/KP19

 

Kursus Powerful Customer 1st Strategy Jabatan Pendaftaran Negara
“Penceramah yang sporting dan menyenangkan. Terbaik ????,” – Siti Azura Binti Samsudin – Pembantu Pendaftaran/KP22

 

Kursus Powerful Customer 1st Strategy Jabatan Pendaftaran Negara
“Penceramah yang mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang ini. Tahniah,” – Aida Binti Jaafar – Pembantu Tadbir/N22

 

Kami kongsikan antara maklum balas dan pendapat daripada para peserta secara keseluruhan berkaitan Kursus Powerful Customer 1st Strategy anjuran Jabatan Pendaftaran Negara Negeri Sembilan ini:

  1. Penceramah yang berpengalaman dan penyampaian yang mudah difahami serta program yang terbaik – Remli Rais Bin Ali Hassan – Pembantu Pendaftaran/KP22
  2. Alhamdulillah, semua intipati kursus ini sangat menepati peranan Jabatan kami yang mana kami berhadapan dengan orang ramai. Akan kami terapkan nilai-nilai murni ini dalam gerak kerja kami seharian. Terima kasih diucapkan – Syairul Khairi Bin Mahaod – Pembantu Pendaftaran/KP19
  3. Secara keseluruhan program adalah sangat cemerlang – Mohd Nazrin Bin Razali – Pembantu Pendaftaran/KP22
  4. Penceramah memberi banyak maklumat dan sangat membantu untuk kami berhadapan dengan pelanggan – Adibah Binti Hamid – Pembantu Pendaftaran/KP19
  5. Penceramah sangat ceria. Informasi dan isi sepanjang kursus sangat berguna. – Nurulain Binti Jaafar – Pembantu Pendaftaran/KP19
  6. Penceramah menyampaikan maklumat dengan jelas dan bersemangat sepanjang program – Nur Azura Binti Yusrizal – Pembantu Pendaftaran/KP19
  7. Saya berpuashati dengan isi kandungan program ini padat tepat dan menyeluruh – Nor Azizah Binti Othman – Pembantu Pendaftaran/KP22
  8. Penceramah dan program yang amat menarik serta amat bermanfaat – Zakiah Binti Kedai – Pembantu Pendaftaran/KP19
  9. Penceramah yang sporting dan menyenangkan. Terbaik ???? – Siti Azura Binti Samsudin – Pembantu Pendaftaran/KP22
  10. Penceramah yang Ceria Dan Kelakar – Jamaliah Binti Musa – Pembantu Pendaftaran/KP22
  11. Penceramah yang mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang ini. Tahniah – Aida Binti Jaafar – Pembantu Tadbir/N22
  12. Cemerlang dan pengetahuan tinggi – Nurul Nurhuda Bt Mohd Nasir – Pembantu Tadbir N19
  13. Berilmu – Asruzien Zuraida Binti Asnan – Penolong Pegawai Pendaftaran/KP32
  14. Hebat – Nurkhairunnissa Binti Abd Razak – Pembantu Pendaftaran/KP19
  15. Sangat bersemangat dan terbaik – Khairun Syafiqah Binti Kamarudin – Pembantu Pendaftaran/KP19
  16. Bagus – Juridah Goh Kam – Penolong Pegawai Pendaftaran/KP29
  17. Bagus – Mohd Zaki Bin Hamzah – Pembantu Pendaftaran/KP19
  18. Terbaik – Nor Azlin Binti Auzir – Pembantu Pendaftaran/KP19
  19. Terbaik – Parthiban A/L Rajah – Pembantu Pendaftaran/KP19
  20. Terbaik – Kavita Vartharajee – Pembantu Pendaftaran/KP19
  21. Terbaik!! Tidak bosan – Norzarina Binti Zakariah – Pembantu Pendaftaran/KP19
  22. Alhamdulillah semuanya baik – Ernisucfiza Binti Adnan – Pembantu Pendaftaran KP19
  23. Terbaik – Atiqah Binti Deraman – Setiausaha Pejabat/N29
  24. Terbaik – Siti Hadjar Binti Mazlan – Pembantu Pendaftaran/KP22(Kup)
  25. Bagus – Mohd Hafiz Bin Zainudin – Penolong Pegawai Teknologi Maklumat/FA29

Anda berminat untuk mengadakan Kursus Powerful Customer 1st Strategy ini di tempat anda? Klik di sini untuk mendapatkan maklumat terperinci bengkel ini berserta sebutharga!

Related posts

0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x