Kursus Komunikasi Dalam Urus Niaga Anjuran Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Pada 7 Disember 2023.
Alhamdulillah dan bersyukur ke hadrat Ilahi kerana di atas keizinanNya, Awaken Training & Consultancy Sdn Bhd telah dijemput oleh Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia untuk mengendalikan Kursus Asas Keusahawanan bertajuk Komunikasi Dalam Urus Niaga yang disertai oleh para usahawan di bawah Skim Inkubator Pengeluaran Kraf dan Komuniti Kraf dari seluruh Malaysia. Kursus ini berlangsung secara dalam talian melalui platform Zoom Meeting dan XSplit Broadcaster.
Kemahiran komunikasi dalam urus niaga adalah aspek kritikal yang menyumbang kepada kejayaan seseorang usahawan. Usahawan yang mahir dalam berkomunikasi dapat membina hubungan yang kukuh, meningkatkan jualan, menyelesaikan masalah dengan efektif dan mampu mengukuhkan imej, jenama dan reputasi perniagaan mereka.
Berikut adalah objektif Kursus Komunikasi Dalam Urus Niaga untuk para usahawan Skim Inkubator Pengeluaran Kraf dan Komuniti Kraf ini:
Usahawan perlu berterusan memantapkan kemahiran komunikasi mereka serta pasukan mereka kerana komunikasi yang efektif memainkan peranan yang amat penting dalam kejayaan perniagaan. Berikut adalah perkara-perkara yang perlu ditingkatkan dalam kemahiran komunikasi di kalangan para usahawan:
- Negosiasi: Kemahiran komunikasi yang baik mampu membantu dalam proses negosiasi yang merupakan aspek yang amat penting dalam perniagaan. Usahawan perlu mahir dan bijak dalam berkomunikasi ketika proses perbincangan harga, mengemukakan syarat-syarat kontrak, bagaimana menyatakan tidak bersetuju atau menolak namun masih mengekalkan hubungan yang baik dan tidak melukakan emosi mana-mana pihak serta mampu meneruskan kerjasama yang memenangkan semua pihak dalam urusniaga. Kemahiran komunikasi yang efektif dapat membantu mencapai persetujuan yang saling menguntungkan.
- Pemasaran dan Promosi: Untuk menjual dan memasarkan produk atau perkhidmatan, usahawan perlu mahir cara berkomunikasi dengan pelanggan dan mampu mempengaruhi pelanggan potensial. Usahawan perlu memantapkan kemahiran dalam mencipta konten yang kreatif, menyampaikan kelebihan produk dan perkhidmatan dalam aktiviti pemasaran, serta kemahiran dalam memujuk dan meyakinkan pelanggan.
- Pengurusan Pasukan: Usahawan perlu mengurus pasukan pekerja dan perlukan kemahiran komunikasi yang profesional dalam menyampaikan arahan kerja, memotivasi pasukan, dan membangun serta mengekalkan hubungan kerja yang positif.
- Hubungan Pelanggan: Komunikasi yang efektif adalah kunci untuk membina dan mengekalkan hubungan yang baik dengan pelanggan. Usahawan perlu dapat berkomunikasi dengan pelanggan secara profesional, seperti menjawab pertanyaan dengan berkesan, menerima dan menangani aduan pelanggan, dan menjaga imej serta reputasi perniagaan.
- Pertumbuhan Perniagaan: Dalam perniagaan, seseorang usahawan bukan sahaja juga perlu berkomunikasi dan menjalinkan hubungan dengan pelanggan, namun tetdapat pihak lain untuk para usahawan berkomunikasi dan mengekalkan hubungan yang baik, iaitu pihak pembekal, rakan kongsi, pelabur kepada perniagaan, pemegang saham, usahawan-usahawan lain terutamanya yang berkait rapat dengan aktiviti perniagaan, dan jangan dilupakan dunia yang wujud dalam persekitaran perniagaan iaitu orang awam dan netizen. Kemahiran komunikasi yang baik dapat membantu dalam mengukuhkan keyakinan dan kepercayaan terhadap produk dan perkhidmatan kita, membina jaringan, mencari peluang baru dan mengembangkan perniagaan.
- Penyelesaian Masalah: Usahawan sering dihadapkan dengan cabaran dan masalah. Kemahiran komunikasi yang baik membantu dalam berunding dan mencari penyelesaian masalah dengan baik, terutama dalam konteks perundingan kontrak, penyelesaian konflik, atau pemecahan masalah operasi perniagaan.
- Keberkesanan Komunikasi Dalam Talian: Dalam era digital dan pesatnya kemajuan teknologi yang berlaku sekarang, amatlah penting bagi para usahawan untuk mahir berkomunikasi secara dalam talian. Usahawan perlu mengetahui cara berkomunikasi yang berkesan dengan menggunakan alat komunikasi dalam talian seperti emel, platform mesyuarat/pertemuan maya, media sosial dan telefon untuk berkomunikasi dengan pelanggan, pasukan, pembekal dan pihak berkepentingan lainnya.
Kami kongsikan maklumbalas daripada para peserta kursus terhadap penyampaian kami dalam kursus ini ;
- Sangat baik dan ilmu mudah difahami. Banyak yang kita buat sebelum ini kita tersilap dalam berurusniaga. Banyak benda baru kita belajar terutamanya dalam cara komunikasi, skill ,perbuatan dan perkataan yang seharusnya ada bagi seorang usahawan yang profesional – Noor Hidayah Binti Shamsudin, Usahawan Kraftangan
- Sangat berpuas hati, banyak input yang diterima dan diharapkan ada kesinambungan kursus ini di masa akan datang – Mohd Firdaus Bin Kamaruzzaman, Usahawan Tekstil Jahitan
- Penceramah amat teliti dan bagus dalam setiap perkara yang disampaikan – Fahittah Binti Masa, Komuniti Kraf Kangar
- Terbaik cara penyampaian langsung tidak membosankan, penuh energy dan rasa bersemangat dari awal sehingga habis – Mazlinah Binti Abas @ Ali, Usahawan Batik
- Penceramah yang expert tentang tajuk yang disampaikan, membantu kami para komuniti kraf untuk lebih engaged dengan pelanggan selepas ni. Keseluruhan program ini adalah bagus dan sangat membantu kami. Kami harap kursus seperti ini boleh diadakan lagi selepas ini (mungkin ada fasa lain). Jutaan terima kasih kepada penceramah, pihak kraftangan & syarikat konsultan yang telah menjayakan program ini – Rabiatul Adawiyah Binti Muslim, Komuniti Kraf
- Amat memuaskan, Penceramah mesra dan sentiasa bersedia dengan jawapan2 yang amat mudah difahami – Habibah Zainuddin, Komuniti Usahawan
- Penceramah sangat mendalami dalam menerangkan sesuatu – Jessie chu, Usahawan Kraf
- Seorang penceramah yang hebat – Rohaidah Binti Samai, PPKK Manik Loom Lawas
- Memuaskan, kursus yang terbaik dan bersesuaian – Naiemah Abidin, Usahawan Kraf
- Penceramah memberikan penerangan dan contoh yang sangat mudah difahami – Aini Nurwana Binti Affrini, Usahawan Kraftangan Penerangan
- Sangat berpuas hati, banyak input yang diterima dan diharapkan kursus ini ada kesinambungan di masa akan datang – Mohd Firdaus Bin Kamaruzzaman, Usahawan Tekstil Jahitan
- Penceramah sangat bagus dan memberi respon yang baik kepada peserta. Program sangat baik dan bermanafaat – Salawati Binti Makhtar, Usahawan Kraf Batik
- Penceramah terbaik, penjelasan sangat bagus dan pogram hari ni sangat menarik – Norazian bt Ibrahim, Usahawan Kraf batik
- Terbaik – Salina Binti Ismail, Komuniti kedawang
- Terbaik… terima kasih pada penceramah…dapat ilmu yang bermanfaat dan cara2 berkomunikasi dengan pelanggan – Norhayati Binti Kamis, Komuniti Kraf
- Sangat bermanfaat dan terbaik dalam penyampaian ilmu – Sahariza Binti Mohamed @ Safiee, Komuniti Kraf
- Penerangan penceramah jelas, slide yang digunakan menarik, cuma masa agak singkat dengan jumlah peserta yang ramai – Nur Amalina Azman, Komuniti Kraf
- Alhamdulillah penceramah bagus…bagi pencerahan sangat terperinci – Muhamad Azan Ikhwan, Usahawan Kraf
- Bagus – Aziela bt Abd Aziz, Komuniti Kraf Terbaik – Che Puteh Binti Osman, PPKK Kraf Anyaman Buluh
- Memang terbaik, cara penyampaian sangat best – Auni Binti Azmi, Komuniti Kraf
- Sangat sporting, ilmu yang diajar mudah difahami – Norain Binti osaman @othman, Usahawan Jahitan
- Peramah, dan sangat mahir dalam topik kursus hari ini – Nurul Ashikin Lewi Abdullah, Usahawan Manik
- Bagus dan penceramah menggunakan bahasa yang mudah difahami – Surina Binti Pison, PPKK Mengkuang Langkawi
- Penceramah mesra alam – Wan Hassahrul Khairi Bin Wan Hassan, Komuniti Kraf
- BAGUS- Nur Nabihah Binti Zakaria, Usahawan Kraf
- Efektif dan komunikatif- Norzalifah Zainudin, Usahawan Jahitan dan kraf
- Terbaik – Hasnah Ismail, Usahawan Jahitan dan kraf batik
- Terbaik- Farah Adibah Binti Ahmad, PPKK kraf anyaman buluh
- Baik – Zarah Hanim binti Hikeman Hakim, PPKK kraftangan Langkawi
- Penceramah bagus, program pun bagus – Aziela bt Abd Aziz, Komuniti Kraf
- Jelas dan faham topik yang diterangkan – Norhayati binti Ramli, PPKK KRAFTANGAN
- Jelas dan memuaskan – Rozita Binti Chitwan, ppkk kraf anyaman buluh
- Memuaskan – Ruzi Yati Haji Said, Usahawan Jahitan batik
- MENARIK DAN ADA 2 WAY COMMUNICATION – Baizurah Binti Abdul Karim, Usahawan Jahitan
- baik dan pencerahan mengenai topik dibincangkan jelas – Noor Fadhilah binti Ramadzan, Usahawan Kraftangan
- SANGAT MEMUASAKAN – Zaleha Binti Hasan, Usahawan Batik Clay
- Baik – Asim Moi Binti Chin, Usahawan Komuniti
- BAIK KESELURUHAN – Sazaimira Binti Mat Said, Usahawan Kraf
- Semua yang disampaikan sangat memuaskan- Nur Ezzati Binti Ahmad Fikri, PPKK Batik Clay Kuah
- Sangat memuaskan – Che Ramlah Binti Saaban, PPKK kraf anyaman buluh
- Nyata dan jelas – Nurul Nadia Ashra Binti Ishak, Usahawan Batik
- Terbaik – Rushila Binti Rahani, Komuniti Kraft
- Penyampaian sangat jelas – Rose Anak Ingok, Komuniti PPKK
- Sangat baik – Nor Maisarah Binti Yahaya, Komuniti kraf
- TERBAIK – Nur Zubaidah Binti Hassan, Usahawan Anyaman Rotan
- Terbaikkkkk – Abdul Wahab bin Ayup@Rabinus anak Samen, PPKK
- Terbaik – Khairulnizam Bin Rosli, Komuniti Kraf
- Terbaik, dan mudah difahami tapi Line slow – Siti Nur Eliana Binti Rosli, Usahawan batik
- Terbaik – Ahmad Khairuddin, Inkubator
- Baik – Zuriani Bt Ishak, Usahawan Jahitan
- Penyampaian mudah faham dan disampaikan dengan baik – Nur Athirah Binti Mohd Noor, Komuniti Kraf
- Alhamdulillah sangat memuaskan – Norsafariny binti Mat Saad, Komuniti Kraf
- Bagus – Fazliyaton Binti Daud, Komuniti Kraf
- Semua bagus, saya suka – Fatimah Binti Awang, Komuniti Kraf
- Mantap dan ceria – Muhammad Ilham bin Lukman, Usahawan Logam perak
- Terbaik – Ahmad Nasrullah B Mohd Sukardi, Inkubator Batik
- PENYAMPAIAN YANG JELAS SERTA MAKLUMAT YANG JELAS – Nor Siah Binti Aman Shah, Usahawan Kraf
- BAIK – ArevalyA/P Madura, Usahawan Kraf
- Sangat berilmu – Rohayu binti ahmad, Komuniti kraf
- Bagus – Nur Nabihah Binti Zakaria, Inkubator Usahawan Batik Perak
- Bagus – Marjan Bte Mukhtar, Usahawan Batik
- Sangat membantu – Ahmad Tajudin Bin Ali, Komuniti Kraf
- Sangat Setuju – Siti Noraien Shahrir, Komuniti Kraf
- Sangat mesra dan ramah..sangat puashati – Evellynah binti Binjin, Usahawan Anyaman ribu-ribu
- Kursus yang sangat membantu dan penceramah menyampaikan dengan jelas dan baik – Wan Nur Akmal Binti Wan Ibrahim, Komuniti Kraf
- Sangat bagus – Normila binti Mohamad, Usahawan Hasil Rimba
- sangatbaik – Nor Fazlina Binti Zainal Rashid, Usahawan kraf
- Sangat baik – Lika Anak Riba, Usahawan Manik loom
- TERBAIK – Azuani Binti Abdul Mutalib, Usahawan Kraf
- Terbaik – Azmeer Zaharin, Komuniti kraf tekstil
- Sangat baik – Normila binti Mohamad, Usahawan Hasil Rimba
- Bagus – Nur Hafizah Binti Merzuki, Usahawan Kraf Logam Blok Batik
- Baik sekali dan Komunikasi dalam 2 hala – Hamdan bin Ibrahim, Penyelaras program komuniti
Terima kasih kepada semua peserta di atas maklumbalas . Jutaan terima kasih kepada Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Selangor dan Wilayah di atas jemputan dan peluang untuk kami mengendalikan Kursus Komunikasi Dalam Urus Niaga ini. Tahniah kepada semua peserta di atas komitmen. Semoga segala yang disampaikan dalam kursus ini memberikan bermanfaat kepada semua peserta dan semoga semakin maju dan cemerlang dalam perniagaan, in sha Allah amin.
Anda berminat untuk mengadakan Kursus Komunikasi Dalam Urus Niaga ini di tempat anda? Klik di sini untuk mendapatkan maklumat terperinci kursus ini berserta sebutharga!