Kursus Online Khidmat Pelanggan MOTAC – Kementerian Pelancongan, Seni Dan Budaya Malaysia pada 1 Julai 2020.
Awaken Training & Consultancy Sdn Bhd amat berbesar hati apabila dilantik sebagai konsultan pertama yang mengendalikan kursus online kepada warga kerja Kementerian Pelancongan, Seni Dan Budaya Malaysia (MOTAC) pada 1 Julai baru-baru ini.
Terima kasih kepada Bahagian Latihan Kementerian Pelancongan, Seni Dan Budaya Malaysia (MOTAC) di atas peluang dan kepercayaan untuk kami mengendalikan Kursus Online Khidmat Pelanggan MOTAC ini bersama dengan 26 peserta dari seluruh Malaysia.
Platform online conferencing Kursus Online Khidmat Pelanggan ini adalah menggunakan aplikasi Zoom dan aplikasi XSplit Broadcaster live streaming.
Kursus Online Khidmat Pelanggan MOTAC ini bertujuan untuk memantapkan kemahiran para pekerja ketika berhadapan dan berurusan dengan pelanggan, sama ada secara bersemuka iaitu ketika pelanggan datang berurusan di kaunter atau pejabat, dan secara atas talian iaitu apabila berurusan dan berkomunikasi dengan pelanggan melalui whats app, telefon, facebook dan lain-lain media sosial.
Kursus ini juga turut memberikan ilmu dan kemahiran berkomunikasi dengan pelanggan dalaman iaitu bos dan rakan sekerja, bagi memastikan suasana bekerja sentiasa dalam keadaan yang harmoni seterusnya mampu memaksimakan produktiviti dan keuntungan organisasi.
Ilmu yang disampaikan meliputi aspek kemahiran dari segi komunikasi yang mantap dan berkeyakinan, tatacara penampilan diri yang profesional dan kemahiran dalam mempamerkan etiket dan tingkah laku yang menyenangkan serta terkawal seterusnya akan meningkatkan persepsi positif pelanggan terhadap imej dan reputasi organisasi.
Kursus Online Khidmat Pelanggan MOTAC ini juga antaranya turut mendedahkan kepada para peserta tentang cabaran perkhidmatan komunikasi pelanggan atas talian dan kebiasaan baru (new norm), serta bagaimana kemahiran berurusan dan berkomunikasi dalam cabaran semasa era digital dan krisis pandemik.
Kejayaan dan reputasi sesebuah organisasi banyak bergantung kepada sejauh mana penerimaan dan kepuasan yang diperolehi oleh pelanggan terhadap produk dan perkhidmatan yang disediakan. Pengurusan perkhidmatan pelanggan yang cekap dan baik meliputi keseluruhan aspek yang dipersembahkan oleh setiap pekerja syarikat kepada pelanggan iaitu aspek komunikasi, sistem dan suasana ketika berurusan, aspek penampilan dan tingkah-laku pekerja, yang akan memberikan gambaran yang positif terhadap imej dan reputasi organisasi.
Melalui Kursus Online Khidmat Pelanggan MOTAC ini para pekerja syarikat akan dapat mempertingkatkan lagi kecemerlangan perkhidmatan yang selaras dengan standard yang telah ditetapkan oleh organisasi.
Semoga kursus ini memberi semangat dan azam baru kepada setiap peserta, serta dapat memantapkan lagi ilmu dan keterampilan serta profesionalisme diri untuk menjalankan tanggungjawab kerja dengan penuh dedikasi. Kami mengucapkan selamat maju jaya dan mendoakan yang terbaik untuk semua peserta dan keseluruhan pasukan warga kerja Kementerian Pelancongan, Seni Dan Budaya Malaysia.
Anda berminat untuk mengadakan Kursus Online Khidmat Pelanggan ini di tempat anda? Klik di sini untuk mendapatkan maklumat terperinci bengkel ini beserta sebutharga!