Kursus Pengendalian Aduan Pelanggan.
Tim Perunding Imej Malaysia telah dilantik sebagai penyedia khidmat latihan oleh Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia (iDEC) untuk mengendalikan Kursus Pengendalian Aduan dan Kemahiran Perkhidmatan Pelanggan pada 8 hingga 9 Julai 2019, bertempat di Bilik Kuliah Pemasaran (UCG), Putra Mart, Taman Pertanian Universiti Putra Malaysia.
Seramai 32 orang peserta yang terdiri daripada pegawai perkhidmatan pelanggan berkumpul di sini selama 2 hari bagi mendapatkan ilmu dan teknik terbaru dalam perkhidmatan pelanggan profesional.
Kursus Pengendalian Aduan dan Kemahiran Perkhidmatan Pelanggan ini diadakan bertujuan untuk memantapkan kemahiran para peserta ketika berhadapan dan berurusan dengan aduan pelanggan, terutamanya pelanggan yang mencabar, meliputi aspek kemahiran dalam mempamerkan imej dan ketrampilan diri yang profesional, etiket dan tingkah laku yang menyenangkan serta kemahiran komunikasi yang mantap dan berkeyakinan, seterusnya akan meningkatkan persepsi positif pelanggan terhadap imej dan reputasi organisasi.
Perkhidmatan pelanggan termasuklah membina dan memastikan hubungan yang amat baik dengan para pelanggan. Kebolehan untuk mengendali aduan adalah bahagian penting di dalam perhubungan antara pelanggan dan organisasi. Proses perkhidmatan pelanggan tidak terhenti setakat pelanggan menerima produk atau perkhidmatan anda. Cabaran paling besar adalah tatkala pelanggan datang menyerang dan memerlukan bantuan anda untuk menyelesaikan masalah.
Pegawai yang berhadapan dengan pelanggan adalah petugas barisan hadapan yang merupakan wajah sesebuah organisasi, dan mereka adalah duta serta hero kepada organisasi tersebut. Kebolehan dan kemampuan petugas barisan hadapan ini berhadapan dan mengendalikan aduan pelanggan secara profesional merupakan aset bernilai kepada sesebuah organisasi. Personaliti, komunikasi dan tingkah-laku yang profesional bagi petugas barisan hadapan ketika berhadapan dengan pelanggan sangat penting kerana ia memberi kesan langsung terhadap kepuasan pelanggan, seterusnya memberi kesan besar kepada reputasi dan keuntungan sesebuah organisasi.
Semoga Kursus Pengendalian Aduan dan Kemahiran Perkhidmatan Pelanggan ini memberi semangat dan azam baru serta memantapkan lagi ilmu dan ketrampilan serta profesionalisme diri dalam menjalankan tanggungjawab kerja dengan penuh dedikasi.
Kami mengucapkan selamat maju jaya dan mendoakan yang terbaik untuk semua peserta.
Kami kongsikan antara maklum balas dan pendapat daripada para peserta secara keseluruhan berkaitan Kursus Pengendalian Aduan dan Kemahiran Perkhidmatan Pelanggan ini :
- Penceramah menunjukkan ciri profesional yang tinggi – Mohd Shafree – Jururtera
- Penceramah menyampaikan dengan penuh energy dan menarik – Fatimah Suria Mohd Shafie – Pen. Pegawai Teknologi Maklumat
- Penceramah professional – Maznah Karim – Juruteknik Komputer
- Penceramah profesional dan berinteraksi dengan peserta dengan cemerlang – Hamidah Maseran – Peg. Tek. Maklumat
- Terbaik – Syemsul Bahrim Abdul – Peg. Tek. Maklumat
- Sangat bagus, suara kuat dan jelas. Tidak membosankan – Mohd Faiz Mazlan – Pen. Peg. Teknologi Maklumat
- Cemerlang kedua-dua penceramah – Krishnan Mariappan – Peg. Teknologi Maklumat
- Awesome – Salwati Abdul Malid – Pen. Pendaftar Kanan
- Berpengetahuan luas. Pandai mengambil/ menarik perhatian audien – Noridayu Zainal – PTPO
- Baik – Mohd Zaidi bin Hassan – PPTM
- Semua dalam keadaan yang baik – Nurul Huda Yahya – Pen. Peg IT
- Excellence – Mohd Zul bin Mohd Yusof – Peg. IT
- Best – Sofiyatul Salmi Ismail – PPTM
- Terbaik – Mohd Shahril Ishak – Pen. Peg. Teknologi Maklumat
- Bagus – Normin Zakaria – Pen. Pegawai IT
- Mantap – Mohd Nabil Andul Hafiz – Penolong Pegawai IT
- Terbaik – Arman bin Kamari – Pen. Peg. IT
- Penyampaian komunikasi penceramah jelas dan mudah difahami – Mohd Shafarullah bin Jamahari – Pen. Jurutera
- Terbaik – Roshita binti Ramli – Pen. Peg. Teknologi Maklumat
Anda berminat untuk mengadakan bengkel ini di tempat anda? Klik di sini untuk mendapatkan maklumat terperinci bengkel ini beserta sebutharga!