Kursus Peningkatan Perkhidmatan Kepuasan Pelanggan Suruhanjaya Tenaga Pada 19-20 Oktober 2022

Kursus Peningkatan Perkhidmatan Kepuasan Pelanggan anjuran Suruhanjaya Tenaga pada 19-20 Oktober 2022 di Lot Komersial A, Suruhanjaya Tenaga, Putrajaya.

 

Terima kasih kepada Suruhanjaya Tenaga, Putrajaya di atas peluang  dan kepercayaan yang diberikan kepada Awaken Training & Consultancy Sdn Bhd untuk mengendalikan Kursus Peningkatan Perkhidmatan Kepuasan Pelanggan yang telah berlangsung pada 19 Oktober sehingga 20 Oktober 2022. Kursus ini telah berlangsung di Lot Komersial A, Suruhanjaya Tenaga, Putrajaya dan telah dihadiri oleh seramai 16 orang warga kerja Suruhanjaya Tenaga daripada Cawangan Industri Khusus Suruhanjaya Tenaga. Para peserta terdiri daripada Penolong Pentadbiran Kanan, Penolong Pentadbiran, Setiausaha dan Pemandu.

Kecemerlangan sesebuah organisasi banyak bergantung kepada sejauh mana penerimaan dan kepuasan yang diperolehi oleh pelanggan terhadap perkhidmatan yang disediakan. Oleh yang demikian, penilaian tahap kecemerlangan dan keberkesanan sesebuah organisasi hanya akan bermakna jika faktor kepuasan pelanggan diambilkira serta menjadikan setiap ketidakpuasan sebagai asas-asas untuk melaksanakan tindakan penambahbaikan bagi kesinambungan organisasi secara menyeluruh dan berterusan. Pengurusan perkhidmatan pelanggan yang cekap dan baik meliputi keseluruhan aspek iaitu penampilan, tingkah-laku dan komunikasi, yang akan memberikan gambaran yang positif terhadap imej dan reputasi organisasi. Melalui kursus ini para pekerja akan dapat mempertingkatkan lagi kecemerlangan perkhidmatan yang selaras dengan standard yang telah ditetapkan oleh organisasi.

 

Objektif utama Kursus Peningkatan Perkhidmatan Kepuasan Pelanggan adalah :

  1. Memahami perubahan dan transformasi dalam perkhidmatan pelanggan abad ke 21 dan memahami kepentingan pelanggan.
  2. Mengetahui kesan langsung imej diri (Appearance, Behaviour, Communication) terhadap reputasi dirinya dan reputasi organisasi.
  3. Menyedari kesilapan-kesilapan dalam imej yang boleh memusnahkan reputasi profesional diri dan organisasi.
  4. Mahir berkomunikasi secara positif dan profesional dengan menggunakan nada suara dan laras bahasa yang positif serta menyenangkan hati pelanggan ketika berurusan di kaunter.
  5. Berkeyakinan dan beretika dalam tingkah laku semasa melayani pelanggan dan berurusan dengan pelanggan di kaunter.
  6. Menambahkan pengetahuan peserta untuk mengurus tekanan diri dengan berkesan melalui pemantapan kaedah pengurusan emosi.
  7. Mahir dan yakin dalam mengendalikan aduan dan rungutan pelanggan dengan lebih berkesan
  8. Menguasai 5 jangkaan umum pelanggan apabila berurusan dan bagaimana memenuhi tuntutan pelanggan.
  9. Mempraktikkan etiket sosial dan adab perhubungan di antara rakan sekerja, tetamu, pelanggan dan orang kenamaan, untuk lebih bertatatertib dan disenangi dalam pergaulan dan urusan kerja.

 

 

Antara perkara-perkara yang dipelajari oleh para peserta dalam Kursus Peningkatan Perkhidmatan Kepuasan Pelanggan  ini ialah:

  • Modul 1: Konsep Perkhidmatan Pelanggan Alaf 21
  • Modul 2Sikap Dan Psikologi Pelanggan Dan Jangkaan Pelanggan
  • Modul 3: Komunikasi Pelanggan
  • Modul 4: Pengurusan Emosi Berhadapan Dengan Pelanggan
  • Modul 5: Sistem Dan Suasana Semasa Berurusan Dengan Pelanggan
  • Modul 6 : Memberi Tindakbalas Apabila Pelanggan Mengadu Dan Merungut

 

 

Alhamdulillah kami bersyukur di atas sambutan serta maklumbalas yang amat memberangsangkan daripada para peserta terhadap konten dan penyampaian kami dalam Kursus Peningkatan Perkhidmatan Kepuasan Pelanggan ini. Tahniah kepada semua peserta di atas penyertaan aktif dan komitmen yang hebat sepanjang kursus. Kami ucapkan selamat maju jaya dan kami mendoakan yang terbaik kepada semua peserta.

Kami kongsikan antara maklum balas dan pendapat daripada para peserta secara keseluruhan berkaitan Kursus Peningkatan Perkhidmatan Kepuasan Pelanggan :

 

  1. Sangat bagus dan mudah difahami – Roslinar binti Zulkarnaini, Penolong Pentadbiran Kanan.
  2. Penceramah pandai memberikan contoh yang baik – Sharinah binti Abdul Kadir, Penolong Pentadbiran Kanan.
  3. Sangat bagus !! – Noraziera binti Md Isa, Setiausaha.
  4. Penceramah bagus dalam penyampaiannya – Tajulariffen bin Ahmad, Pemandu Kanan.
  5. Sangat berkebolehan – Farah Wahida binti Ismail, Penolong Pentadbiran Kanan.
  6. Terang dan mudah difahami – Mohd Suhairy bin Sulong, Pemandu.
  7. Mudah difahami dan jelas – Jefrezen bin Saidin, Pemandu Kanan.
  8. Boleh di terima dengan baik – Sarbani bin Madnoor, Penolong Pentadbiran Kanan.
  9. Sangat bagus tetap bersopan dan cantik – Julia binti Abd Talib, Penolong Pentadbiran.
  10. Terbaik – Duramit bin Awang, Pemandu Kanan.
  11. Bagus – Azmi bin Khamis, Pemandu Kanan.

 

 

Anda berminat untuk mengadakan Kursus Peningkatan Perkhidmatan Kepuasan Pelanggan ini di tempat anda? Klik di sini  untuk mendapatkan maklumat terperinci kursus ini berserta sebutharga!

Related posts

0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x