Kursus Perkhidmatan Pelanggan anjuran eDaran IT Services Sdn Bhd pada 27-28 Februari 2023.

Kursus Perkhidmatan Pelanggan anjuran eDaran IT Services Sdn Bhd pada 27-28 Februari 2023 di Bilik Latihan Edaran, Kuala Lumpur.

 

Terima kasih kepada eDaran IT Services Sdn Bhd di atas peluang dan kepercayaan yang diberikan kepada Awaken Training & Consultancy Sdn Bhd untuk mengendalikan Kursus Perkhidmatan Pelanggan yang telah berlangsung pada 27 Februari sehingga 28 Februari 2023. Kursus ini telah berlangsung di Bilik Latihan, Edaran, Kuala Lumpur dan telah dihadiri oleh seramai 14 orang warga kerja eDaran IT Services Sdn Bhd.

Kursus Perkhidmatan Pelanggan
“Program sangat jelas dan mudah difahami, cara penyampaian ceramah sentiasa menarik minat dan sangat efektif”, – Aizu Azrin binti Azmi, Customer Care Assistant

Kecemerlangan sesebuah organisasi banyak bergantung kepada sejauh mana penerimaan dan kepuasan yang diperolehi oleh pelanggan terhadap perkhidmatan yang disediakan. Oleh yang demikian, penilaian tahap kecemerlangan dan keberkesanan sesebuah organisasi hanya akan bermakna jika faktor kepuasan pelanggan diambilkira serta menjadikan setiap ketidakpuasan sebagai asas-asas untuk melaksanakan tindakan penambahbaikan bagi kesinambungan organisasi secaramenyeluruh dan berterusan. Pengurusan perkhidmatan pelanggan yang cekap dan baik meliputi keseluruhan aspek iaitu penampilan, tingkah-laku dan komunikasi, yang akan memberikan gambaran yang positif terhadap imej dan reputasi organisasi. Melalui kursus ini para pekerja akan dapat mempertingkatkan lagi kecemerlangan perkhidmatan yang selaras dengan standard yang telah ditetapkan oleh organisasi.

Kursus Perkhidmatan Pelanggan
“Fun/ happening/funny”, – Nuurazlinawati binti Azmi, Account Assistant
Kursus Perkhidmatan Pelanggan
“Idea & knowledge”, – Chin Thien Vun, System Integration Sales Account Manager

Objektif utama Kursus Perkhidmatan Pelanggan adalah peserta dapat :

  1. Memahami perubahan dan transformasi dalam perkhidmatan pelanggan abad ke 21 dan memahami kepentingan pelanggan.
  2. Mengetahui kesan langsung imej diri (Appearance, Behaviour, Communication) terhadap reputasi dirinya dan reputasi organisasi.
  3. Menyedari kesilapan-kesilapan dalam imej yang boleh memusnahkan reputasi profesional diri dan organisasi.
  4. Mahir berkomunikasi secara positif dan profesional dengan menggunakan nada suara dan laras bahasa yang positif serta menyenangkan hati pelanggan ketika berurusan di kaunter.
  5. Berkeyakinan dan beretika dalam tingkah laku semasa melayani pelanggan dan berurusan dengan pelanggan di kaunter.
  6. Menambahkan pengetahuan peserta untuk mengurus tekanan diri dengan berkesan melalui pemantapan kaedah pengurusan emosi.
  7. Mahir dan yakin dalam mengendalikan aduan dan rungutan pelanggan dengan lebih berkesan.
  8. Menguasai 5 jangkaan umum pelanggan apabila berurusan dan bagaimana memenuhi tuntutan pelanggan.
  9. Mempraktikkan etiket sosial dan adab perhubungan di antara rakan sekerja, tetamu, pelanggan dan orang kenamaan, untuk lebih bertata tertib dan disenangi dalam pergaulan dan urusan kerja.

Kursus Perkhidmatan Pelanggan

Alhamdulillah kami bersyukur diatas sambutan serta maklumbalas yang amat memberangsangkan daripada para peserta terhadap konten dan penyampaian kami dalam Kursus Perkhidmatan Pelanggan ini. Tahniah kepada semua peserta diatas penyertaan aktif dan komitmen yang hebat sepanjang kursus. Kami ucapkan selamat maju jaya dan kami mendoakan yang terbaik kepada semua peserta.

Kami kongsikan antara maklum balas dan pendapat daripada para peserta secara keseluruhan berkaitan kursus ini :

  1. Program sangat jelas dan mudah difahami, cara penyampaian ceramah sentiasa menarik minat dan sangat efektif – Aizu Azrin binti Azmi, Customer Care Assistant
  2. Idea & knowledge – Chin Thien Vun, System Integration Sales Account Manager
  3. Excellent – Noor Aziah binti Hashim, Customer Relationship Executive
  4. Mesra dan mudah difahami – Muhammad Azim bin Adnan, Executive, Budget & Finance
  5. Sangat bernas dan berdedikasi – Wan Norzila binti Wan Nawi, Senior Executive, Customer Care
  6. Sangat baik – Nur Alliah Athierah binti Abdullah, Sales Administrative Assistant
  7. Fun/ happening/funny – Nuurazlinawati binti Azmi, Account Assistant
  8. Sangat bagus – Edzwan Hafidz bin Ahmad, Despatch

Kursus Perkhidmatan Pelanggan

Anda berminat untuk mengadakan Kursus Perkhidmatan Pelanggan ini di tempat anda? Klik di sini  untuk mendapatkan maklumat terperinci kursus ini berserta sebutharga!

Related posts

0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x