Kursus Perkhidmatan Pelanggan Profesional anjuran UTMSPACE pada 4 hingga 5 Oktober 2023.
Objektif utama Kursus Perkhidmatan Pelanggan dan Pengurusan Aduan ini diadakan adalah untuk memantapkan kemahiran peserta dalam kemahiran perkhidmatan pelanggan antaranya kemahiran ketika berhadapan dengan aduan pelanggan, cara berkomunikasi dengan pelanggan dan kemahiran pengurusan aduan pelanggan yang sistematik, selain daripada memantapkan lain-lain kemahiran asas dalam ilmu Perkhidmatan Pelanggan.
Antara modul yang dikongsikan dalam kursus ini adalah seperti berikut:
1.Konsep Perkhidmatan Pelanggan Alaf 21
2.Lima Tahap Perkhidmatan Pelanggan
3.Komunikasi Profesional Ketika Berurusan Dengan Pelanggan
4.Prosedur Layanan Pelanggan Yang Seragam
5.Cara Mengendalikan Aduan Pelanggan
6.Aktiviti Simulasi Kajian Kes Berhadapan Dengan Pelanggan Yang Sukar
Terima kasih kepada UTMSPACE di atas jemputan dan peluang untuk kami mengendalikan kursus ini. Tahniah kepada semua peserta di atas komitmen. Semoga bermanfaat kepada semua peserta dan keseluruhan organisasi, in sha Allah amin.
Anda berminat untuk mengadakan Kursus Perkhidmatan Pelanggan Profesional ini di tempat anda? Klik di sini untuk mendapatkan maklumat terperinci kursus ini berserta sebutharga!