Kursus Perkhidmatan Pelanggan Cemerlang anjuran Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) Pada 23 hingga 24 Mei 2023

Kursus Perkhidmatan Pelanggan Cemerlang anjuran Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) pada 23 hingga 24 Mei 2023 bersama para usahawan Felda bertempat di Felda Residence Kuala Terengganu, Terengganu.

 

Alhamdulillah berjalan lancar selama dua hari Kursus Perkhidmatan Pelanggan Cemerlang bersama para usahawan Felda. Para Usahawan yang hadir terdiri daripada usahawan daripada pelbagai bidang dan industri antaranya perusahaan kedai makan, madu kelulut, kek lapis, songket, pes masakan, makanan ringan, kuih raya, jahitan, makanan sejuk beku, pasar segar, kerepek, ais krim dan Promoter Sawari.

Kursus Perkhidmatan Pelanggan Cemerlang
“Secara keseluruhannya penceramah adalah profesional”. – Normah Binti Safie                        “Harap kursus ini dapat dipanjangkan lagi masa dan waktu, setiap modul amat berguna dan tak sedar masa sudah tamat”. – Puan Raihana
Kursus Perkhidmatan Pelanggan Cemerlang
“Penceramah dapat membimbing peserta dengan baik, harap kursus ini dapat diadakan lagi”. – Noriza Binti Abd Lateh

Perkhidmatan pelanggan sesebuah syarikat/perniagaan adalah satu aspek yang amat penting yang akan menaikkan jenama perniagaan dan yang membezakan sesebuah jenama perniagaan dengan jenama perniagaan dari yang lain. Perkhidmatan pelanggan yang cemerlang melibatkan komitmen untuk menyediakan pengalaman positif kepada pelanggan, meningkatkan kepuasan pelanggan, dan memastikan bahawa pelanggan kembali semula untuk mendapatkan perkhidmatan lagi.

 

Antara ciri-ciri perkhidmatan pelanggan yang cemerlang adalah seperti berikut :

  1. Responsif : Syarikat/Organisasi yang memberikan perkhidmatan pelanggan cemerlang adalah segera dalam bertindak balas terhadap pertanyaan, keperluan, rungutan dan aduan pelanggan. Mereka menyediakan cara mudah untuk pelanggan menghubungi mereka dan memberikan respon dan jawapan yang cepat.
  2. Komunikasi yang berkesan : Syarikat yang cemerlang sentiasa meningkatkan kemahiran komunikasi yang baik di kalangan pekerja dalam berinteraksi dengan pelanggan. Staf perkhidmatan pelanggan yang cemerlang perlu mempunyai kemahiran berkomunikasi secara profesional seperti tahu menggunakan laras bahasa/pemilihan perkataan yang bersesuaian mengikut keadaan pelanggan, menggunakan nada suara yang menyenangkan pelanggan, berkomunikasi dengan menggunakan bahasa badan/body language yang tepat dan menyebabkan pelanggan rasa dihormati dan selesa, perlu juga memiliki kemahiran mendengar dengan teliti, kemahiran memberi tumpuan kepada masalah pelanggan, serta bagaimana memberikan maklumbalas yang jelas dan meyakinkan pelanggan.
  3. Mesra pelanggan : Perkhidmatan pelanggan yang cemerlang adalah bagaimana membuatkan pelanggan merasa dialu-alukan dan dihargai setiap kali mereka berurusan dengan syarikat/organisasi. Staf perkhidmatan pelanggan perlulah membangunka/memantapkan personaliti yang mesra, sopan, dan membantu mencipta pengalaman yang positif kepada pelanggan.
  4. Kebolehpercayaan : Pelanggan datang kepada syarikat/organisasi kerana mereka percaya, maka  perkhidmatan pelanggan yang cemerlang perlulah boleh dipercayai dan konsisten untuk terus dipercayai dan diyakini perkhidmatan mereka oleh pelanggan.
Kursus Perkhidmatan Pelanggan Cemerlang
“Penyampaian jelas terang dan tidak membosankan”. -Azrina Binti Non
Kursus Perkhidmatan Pelanggan Cemerlang
“Pencermah sangat bagus dan bersemangat”. – Che Badrul Amin Bin Che Manan

Tahniah kepada semua peserta di atas komitmen yang hebat dan luar biasa. Semoga bermanfaat kepada semua peserta dan dapat dimanfaatkan kepada keseluruhan team syarikat, dan semoga terus maju dan berjaya dalam perniagaan yang diceburi, in sha Allah amin.

 

Kami kongsikan antara maklum balas dan pendapat daripada para peserta secara keseluruhan berkaitan Kursus Perkhidmatan Pelanggan Cemerlang ini:

  1. Penceramah menyampaikan topik dengan amat cemerlang di samping mempamerkan keterampilan yang berkaitan dengan topik kursus. – Asnawi Binti Jafer
  2. Kursus ini sangat membantu dalam urusan perniagaan. – Mohd fauzi Bin Othman
  3. Best penceramah ever. – Norizan Binti A. Ghani
  4. Penceramah yang bagus dan cara penyampaian mudah difahami. – Siti Nur Ain Binti Ismail
  5. Secara keseluruhannya penceramah adalah profesional. – Normah Binti Safie
  6. Harap kursus ini dapat dipanjangkan lagi masa dan waktu, setiap modul amat berguna dan tak sedar masa sudah tamat. – Puan Raihana
  7. Penceramah dapat membimbing peserta dengan baik, harap kursus ini dapat diadakan lagi. – Noriza Binti Abd Lateh
  8. Penyampaian jelas terang dan tidak membosankan. -Azrina Binti Non
  9. Penceramah sangat bagus dan bersemangat. – Che Badrul Amin Bin Che Manan
  10. Ceria, padat dan praktikal. – M.Zulkhairi Bin Zulfefli
  11. Amat berpuas hati. – Wan Faiz Ikram
  12. Jelas dan mudah difahami.- Ahmad Irfan Jamil
  13. Penceramah yang menyampaikan maklumat dengan jelas dan sangat mesra. – Noredayu binti Muhammad.
  14. Amat berpuas hati. – Muhamammad Shahin Arfan
  15. Efektif dan idea yang bagus. – Seri Kandi Jarkasi
  16. Sangat baik. – Badrudin Bin kasim
  17.  Amat berpuas hati dengan ilmu yang disampaikan. – Norhatini
  18. Penceramah adalah orang yang baik dan mesra. – Muhammad Hisam Bin Md Jamal
  19. Sangat memuaskan.
  20. Sangat sporting dan baik. – Azliana

Alhamdulillah kami bersyukur di atas sambutan serta maklumbalas yang amat memberangsangkan daripada para peserta terhadap konten dan penyampaian kami dalam Kursus Perkhidmatan Pelanggan Cemerlang iniTahniah kepada semua peserta diatas penyertaan aktif dan komitmen yang hebat sepanjang kursus. Semoga ilmu yang disampaikan bermanfaat kepada semua peserta dan dapat dimanfaatkan kepada keseluruhan team syarikat, dan semoga terus berjaya dalam perniagaan yang diceburi, in sha Allah amin. Kami ucapkan selamat maju jaya dan kami mendoakan yang terbaik kepada semua peserta.

 

Jutaan penghargaan  kepada Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) di atas jemputan dan peluang untuk kami mengendalikan kursus ini.

 

 

“Penceramah menyampaikan topik dengan amat cemerlang di samping mempamerkan keterampilan yang berkaitan dengan topik kursus,” – Asnawi Binti Jafer

 

Anda berminat untuk mengadakan Kursus Perkhidmatan Pelanggan Cemerlang ini di tempat anda? Klik di sini  untuk mendapatkan maklumat terperinci kursus ini berserta sebutharga!

#kursusperkhidmatanpelanggancemerlang
#KursusPengurusanPerkhidmatanPelangganBerkualiti
#KursusKhidmatPelanggan
#CustomerFeedbackAndComplaintHandling

Related posts

0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x