Kursus Khidmat Pelanggan 2017 | MARA | 29 November 2017

Pada 29 November 2017, Pihak Awaken Training & Consultancy Sdn Bhd berkongsi ilmu dan memindahkan kemahiran kepada 23 orang kakitangan Mara dalam Kursus Khidmat Pelanggan 2017.

Kursus Khidmat Pelanggan

Kursus ini bertujuan untuk memantapkan kemahiran para peserta ketika berhadapan dan berurusan dengan pelanggan, meliputi aspek kemahiran dari segi tatacara penampilan diri yang profesional, kemahiran dalam mempamerkan etiket dan tingkah laku yang menyenangkan serta kemahiran komunikasi yang mantap dan berkeyakinan, seterusnya akan meningkatkan persepsi positif pelanggan terhadap imej dan reputasi organisasi.

Kursus Khidmat Pelanggan

Antara hasil pembelajaran yang akan diperolehi oleh peserta adalah memahami perubahan dan transformasi dalam perkhidmatan pelanggan abad ke 21 dan memahami kepentingan pelanggan, menguasai 5 jangkaan umum pelanggan apabila berurusan dan bagaimana memenuhi tuntutan pelanggan, mengetahui kesan langsung imej diri (Appearance, Behaviour, Communication) terhadap jangkaan pelanggan, menyedari kesilapan-kesilapan dalam amalan perkhidmatan pelanggan yang boleh memusnahkan reputasi profesional diri dan organisasi. 

Kursus Khidmat Pelanggan

Selain daripada itu para peserta didedahkan dengan kemahiran berkomunikasi secara positif dan profesional dengan menggunakan nada suara dan laras bahasa yang positif serta menyenangkan hati pelanggan ketika berurusan di kaunter, serta didedahkan juga dengan kemahiran mengendalikan aduan dan rungutan pelanggan dengan berkesan. Hasilnya para beserta akan berkeyakinan dalam melayani pelanggan dan berurusan dengan pelanggan di kaunter, termasuklah menangani secara profesional pelayan yang bermasalah dan marah-marah.

  Kursus Khidmat PelangganKursus Khidmat PelangganKursus Khidmat Pelanggan

Semoga para peserta akan lebih bersemangat dan berkeyakinan untuk kembali menjalani rutin melayani dan mengendalikan pelanggan mereka selepas ini dan menyumbang kepada kecemerlangan prestasi dan reputasi diri dan organisasi, in sha Allah.

Kursus Khidmat Pelanggan

Kami kongsikan antara maklum balas dan pendapat daripada para peserta secara keseluruhan berkaitan kursus ini :

  1. “Penceramah kursus khidmat pelanggan ini sangat baik dan berpengetahuan”. – Lina Mastura Jasmawi (Pegawai Pengarah)
  2. “Program yang sangat bagus dan penceramah menyampaikan maklumat jelas”. – Aisyah Abdul Rashid (Pembantu Tadbir)
  3. Kursus Khidmat Pelanggan 2017 ini sangat berkesan dan memuaskan hati saya”. – Laili Suriati Ab.Rahman (Pembantu Tadbir)
  4. “Penceramah yang sangat ceria dan kursus ini sangat relevan dijalankan”. – Zahemi Azul Islami (Penolong Pengarah)
  5. “Kursus yang diadakan sangat baik dan sangat memuaskan”. – Faiza (Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi)
  6. “Keseluruhan Kursus Khidmat Pelanggan 2017 ini sangat baik”. – Norhaiza Ismail (Penolong Pegawai)
  7. “Tajuk kursus ini sangat tepat dan sangat jelas penyampaian ceramah”. – Hapipah Abd Wali (PTK)
  8. “Sangat menarik kursus ini diadakan”. – Shaiful Bahrin (Timbalan Pengarah)
  9. “Content dan cara penyampaian oleh penceramah sangat menarik”. – Marlina (Penolong Pengarah)

Anda berminat untuk mengadakan bengkel ini di tempat anda? Klik di sini untuk mendapatkan maklumat terperinci bengkel ini beserta sebutharga!

Related posts

0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x