Kursus Pemantapan Perkhidmatan Barisan Hadapan anjuran Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) pada 4 November 2023.
Alhamdulillah dan bersyukur ke hadrat Ilahi kerana di atas keizinanNya, Awaken Training & Consultancy Sdn Bhd telah dilantik sebagai penyedia khidmat latihan oleh Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) untuk mengendalikan Kursus Pemantapan Perkhidmatan Barisan Hadapan bertempat di Parkview Ballroom, Hotel Pulse Grande, Putrajaya. Kursus ini dihadiri oleh 25 orang pegawai, penolong pegawai dan pembantu Harta Intelek daripada Bahagian Komunikasi Korporat, Bahagian Formaliti Cap Dagangan & Pendaftaran Antarabangsa, Bahagian Khidmat Pengurusan (Penyambut Tetamu/Operator), Bahagian Formaliti Paten dan Pendaftaran Antarabangsa, Bahagian Kewangan (Kaunter), Bahagian Reka Bentuk Perindustrian & Susun Atur Litar Bersepadu, Pejabat Cawangan Zon Tengah (Melaka), Pejabat Cawangan Sabah, Pejabat Cawangan Sarawak dan Pejabat Cawangan Zon Utara (Pulau Pinang).
Objektif utama Kursus Pemantapan Perkhidmatan Barisan Hadapan ini diadakan adalah untuk memantapkan kemahiran peserta dalam kemahiran perkhidmatan pelanggan antaranya kemahiran berkomunikasi secara profesional dengan pelanggan, cara penampilan diri yang kemas, berpadanan dan rapi dan kemahiran pengurusan aduan pelanggan yang sistematik, sistem layanan pelanggan yang seragam dan terkini, kemahiran ketika berhadapan dengan aduan pelanggan, selain daripada memberikan motivasi dalam memberi perkhidmatan yang baik secara konsisten serta memantapkan lain-lain kemahiran asas dalam ilmu Perkhidmatan Pelanggan.
Kami kongsikan maklumbalas daripada para peserta kursus;
1. Best Giler. Tak ngantuk dengar. 5 bintang! – Kamalrufadilah bin Sutling, Penolong Pegawai Komunikasi Korporat
2. Penceramah yang berpengalaman dan pandai menarik perhatian peserta yang terlibat – Mohamad Lokmanhakim bin Saberam, Penolong Pegawai Harta Intelek
3. Penceramah yang energetic, bersemangat dan kelakar. Ceramah yang diberikan sangat jelas dan tepat – Haryatie binti Basir, Pembantu Harta Intelek
4. Penceramah menyampaikan kursus dengan berkesan dan program ini amat berkesan – Siti Norra binti Razali, Pembantu Harta Intelek
5. Banyak membantu dan memberi pandangan yang tepat untuk menangani masalah – Sudiana binti Mohamad – Pembantu Pegawai Harta Intelek
6. Penceramah sangat berpengalaman. Boleh diadakan lagi program seperti ini dengan masa yang lebih lama – Ashaari bin Ab. Rahman, Penolong Pegawai Komunikasi Korporat
7. Penceramah sangat bagus dan menerangkan semua topik dengan jelas – NoorilyNI Arif binti Harun, Pembantu Harta Intelek
8. Mesra, mudah difahami info yang disampaikan – Nor Shazwani binti Ibrahim, Pembantu Harta Intelek
9. Saya suka dengan penyampaian dan idea yang diberikan – Samsuliana binti Samad, Pembantu Harta Intelek
10. Penceramah menyampaikan topik dengan baik. Program ini sangat berguna untuk frontliner – Megrit Ling, Pembantu harta Intelek
11. Sangat baik – Mohd Hafidzee bin Hazami, Penolong Pegawai Harta Intelek
12. Sangat bagus – Nur Huda binti Jamni, Pembantu Harta Intelek
13. Terbaik – Noor Hezzelynn Merican binti Mohamed Roslan Merican, Penolong Pegawai Komunikasi Korporat
14. Baik – Mohd Najib bin Hisamuddin, Pegawai Harta Intelek
15. Secara keseluruhannya Thank You – Mohd Hafezie Shahril bin Hanapiah, Pegawai Komunikasi Korporat
16. Sangat menarik dan mudah difahami – Shazalina binti Shahril, Pembantu Harta Intelek
17. Baik – Mohd Fadhil bin Daud, Pembantu Akauntan
18. Baik dan jelas – Ahmad Faizz bin Mustafa – Pembantu Harta Intelek
Terima kasih kepada Perbadanan Harta Intelek Malaysia di atas jemputan dan peluang untuk kami mengendalikan kursus ini. Tahniah kepada semua peserta di atas komitmen. Semoga bermanfaat kepada semua peserta dan keseluruhan organisasi, in sha Allah amin.
Anda berminat untuk mengadakan Kursus Pemantapan Perkhidmatan Barisan Hadapan ini di tempat anda? Klik di sini untuk mendapatkan maklumat terperinci kursus ini berserta sebutharga!
#KursusPemantapanPerkhidmatanBarisan Hadapan
About author
Awaken Training & Consultancy delivers practical consulting and learning solutions to individuals and groups, government and agencies. Contact our experts for more information on how we can help you.