Kursus Perkhidmatan Kaunter Cemerlang Dan Komunikasi Pelanggan
Awaken Training & Consultancy Sdn Bhd telah dilantik sebagai penyedia khidmat latihan oleh Agensi Darul Sufi untuk mengendalikan Kursus Perkhidmatan Kaunter Cemerlang Dan Komunikasi Pelanggan Profesional kepada para pekerja Agensi ini dari kesemua Cawangan mereka pada 19 Januari 2019 yang lalu.
Jutaan penghargaan kepada Agensi Darul Sufi atas jemputan dan kepercayaan untuk kami mengendalikan Kursus Perkhidmatan Kaunter Cemerlang Dan Komunikasi Pelanggan Profesional pada 19 Januari 2019 yang lalu bertempat di D’nelayan Beach Resort, Melaka.
Kursus Perkhidmatan Kaunter Cemerlang Dan Komunikasi Pelanggan Profesional ini diadakan bertujuan untuk memantapkan kemahiran para peserta ketika berhadapan dan berurusan dengan aduan pelanggan, terutamanya pelanggan yang mencabar, meliputi aspek kemahiran dalam mempamerkan imej dan ketrampilan diri yang profesional, etiket dan tingkah laku yang menyenangkan serta kemahiran komunikasi yang mantap dan berkeyakinan, seterusnya akan meningkatkan persepsi positif pelanggan terhadap imej dan reputasi organisasi.
Staf yang berhadapan dengan pelanggan adalah petugas barisan hadapan yang merupakan wajah sesebuah organisasi, dan mereka adalah duta serta hero kepada organisasi tersebut. Kebolehan dan kemampuan petugas barisan hadapan ini berhadapan dan mengendalikan aduan pelanggan secara profesional merupakan aset bernilai kepada sesebuah organisasi. Personaliti, komunikasi dan tingkah-laku yang profesional bagi petugas barisan hadapan ketika berhadapan dengan pelanggan sangat penting kerana ia memberi kesan langsung terhadap kepuasan pelanggan, seterusnya memberi kesan besar kepada reputasi dan keuntungan sesebuah syarikat.
Kursus ini juga memberikan prinsip yang amat penting dan kemahiran dalam berkomunikasi dengan para pelanggan serta bagaimana berkomunikasi secara berkesan terutamanya dengan pelanggan yang mencabar.
Semoga segala ilmu yang disampaikan Kursus Perkhidmatan Kaunter Cemerlang Dan Komunikasi Pelanggan Profesional ini menyuntik semangat dan motivasi para peserta yang hadir untuk berkhidmat dengan lebih cemerlang dan mampu menjalankan tanggungjawab kerja dengan penuh dedikasi.
Kami mengucapkan selamat maju jaya dan mendoakan yang terbaik untuk kesemua peserta.
Anda berminat untuk mengadakan Kursus Perkhidmatan Kaunter Cemerlang Dan Komunikasi Pelanggan Profesional ini di tempat anda? Klik di sini untuk mendapatkan maklumat terperinci bengkel ini beserta sebutharga!