Kursus Kaunter Berkualiti Dan Komunikasi Berkesan
Awaken Training & Consultancy Sdn Bhd telah dilantik sebagai penyedia khidmat latihan oleh Pejabat Kesihatan Cheras untuk mengendalikan Kursus Kaunter Berkualiti Dan Komunikasi Berkesan kepada kakitangan yang terpilih pada 2 April 2019 yang lalu.
Jutaan penghargaan kepada Pejabat Kesihatan Cheras atas jemputan dan kepercayaan untuk kami mengendalikan Kursus Kaunter Berkualiti Dan Komunikasi Berkesan pada 2 April 2019 yang lalu bertempat di Bilik Seminar 1&2, Pejabat Kesihatan Cheras, Selangor.
Kursus Kaunter Berkualiti Dan Komunikasi Berkesan ini diadakan bertujuan untuk memantapkan kemahiran perkhidmatan pelanggan dan komunikasi para peserta ketika berhadapan dan berurusan dengan pelanggan, terutamanya pelanggan yang mencabar.
Modul yang disampaikan meliputi aspek kemahiran dalam komunikasi yang profesional, mantap dan berkeyakinan, serta etiket dan tingkah laku yang menyenangkan, seterusnya akan meningkatkan persepsi positif pelanggan terhadap imej dan reputasi organisasi.
Staf yang berhadapan dengan pelanggan adalah petugas barisan hadapan yang merupakan wajah sesebuah organisasi, dan mereka adalah duta serta hero kepada organisasi tersebut. Kebolehan dan kemampuan petugas barisan hadapan ini berkomunikasi dan berhadapan dengan pelanggan serta mengendalikan aduan pelanggan secara profesional merupakan perkara yang amat penting kepada sesebuah organisasi.
Personaliti, komunikasi dan tingkah-laku yang profesional bagi petugas barisan hadapan ketika berhadapan dengan pelanggan pastinya mampu memberi kesan langsung terhadap kepuasan pelanggan, seterusnya memberi kesan besar kepada reputasi dan keuntungan sesebuah syarikat.
Kursus ini juga memberikan prinsip yang amat penting dalam kemahiran berkomunikasi dengan para pelanggan serta bagaimana berkomunikasi secara profesional dan berkesan terutamanya dengan pelanggan yang mencabar.
Semoga segala ilmu yang disampaikan dalam Kursus Kaunter Berkualiti Dan Komunikasi Berkesan ini menyuntik semangat dan motivasi para peserta yang hadir untuk berkhidmat dengan lebih cemerlang dan mampu menjalankan tanggungjawab kerja dengan penuh dedikasi.
Kami mengucapkan selamat maju jaya dan mendoakan yang terbaik untuk kesemua peserta. Disini kami kongsikan antara pendapat peserta mengenai Kursus Kaunter Berkualiti Dan Komunikasi Berkesan ini :
- Penceramah sangat bermotivasi dan aktif dalam penyampaian. Penceramah juga sangat memahami situasi yang dialami peserta – Syahir Aiman Bin Halim – PPP
- Secara keseluruhannya, saya amat seronok dapat mengikuti kursus ini kerana banyak manfaat dan ilmu yg saya peroleh umtuk dimanfaatkan dalam kerja saya – Nor Raizuen Md Razali – KKBTR
- Sangat bagus kerana menyediakan nota yang kami boleh rujuk – Rosmaya Mohd Roezat – PPK
- Sangat bagus, komunkasi dua hala – Mazlena Mat Yaakob – JM U24
- Bagus – Ahamd Faizal – PPP U29
- Well Done! – Noorzayyani – Pegawai Perubatan
- Menarik dan mudah difahami – Asmari Zuelin A. Othman – JK U29
- Dapat ilmu dan menambah baik komunikasi kami semasa bertemu pelanggan yang bermasalah semasa bertugas nanti – Rosita Abu Bakar – Jururawat Kesihatan
- Masa 1 hari adalah tidak cukup – Mazrah Mohd Yasin – PT N19
- Kursus ini sangat baik – Zainab Bt Ahmad – Jururawat
Anda berminat untuk mengadakan Kursus Perkhidmatan Kaunter Dan Komunikasi Berkesan ini di tempat anda? Klik di sini untuk mendapatkan maklumat terperinci bengkel ini beserta sebutharga!