Kursus Pemantapan Pegawai Pengendalian Pengurusan Aduan Pelanggan PERKESO – Tim Awaken Training & Consultancy Sdn Bhd telah dilantik oleh Bahagian Perancangan Dan Hal Ehwal Korporat Perkeso untuk mengendalikan Kursus Pemantapan Pegawai Pengendalian Pengurusan Aduan Pelanggan PERKESO ini selama empat hari dan 3 malam iaitu pada 16 hingga 19 Julai 2018 bertempat di di Swiss Garden International Hotel Kuala Lumpur.
Seramai hampir enam puluh orang peserta yang terdiri daripada pegawai pengendalian aduan pelanggan daripada seluruh cawangan Perkeso di seluruh Malaysia berkampung di sini bagi mendapatkan ilmu dan teknik terbaru dalam mengendalikan dan mengurus aduan pelanggan.
Perkhidmatan pelanggan termasuk membina dan memastikan hubungan baik dengan para pelanggan. Kebolehan untuk mengendali aduan adalah bahagian penting di dalam perhubungan antara pelanggan dan organisasi. Proses perkhidmatan pelanggan tidak terhenti setakat pelanggan menerima produk atau perkhidmatan anda. Cabaran paling besar adalah tatkala pelanggan datang menyerang dan memerlukan bantuan anda untuk menyelesaikan masalah.
Pegawai pengendali aduan pelanggan adalah petugas barisan hadapan yang merupakan wajah sesebuah organisasi, dan mereka adalah duta serta hero kepada organisasi tersebut. Kebolehan dan kemampuan petugas barisan hadapan ini berhadapan dan mengendalikan aduan pelanggansecara profesional merupakan aset bernilai kepada sesebuah organisasi. Personaliti, komunikasi dan tingkah-laku yang profesional bagi petugas barisan hadapan ketika berhadapan dengan pelanggan sangat penting kerana ia memberi kesan langsung terhadap kepuasan pelanggan, seterusnya memberi kesan besar kepada reputasi dan keuntungan sesebuah organisasi.
Semoga kursus ini memberi semangat dan azam baru serta memantapkan lagi ilmu dan ketrampilan serta profesionalisme diri dalam menjalankan tanggungjawab kerja dengan penuh dedikasi.
Kami mengucapkan selamat maju jaya dan mendoakan yang terbaik untuk semua peserta.
Kami kongsikan antara maklum balas dan pendapat daripada para peserta secara keseluruhan berkaitan Kursus Pemantapan Pegawai Pengendalian Pengurusan Aduan Pelanggan PERKESO ini :
- Penceramah amat berpengetahuan, berpengalaman dan gaya penyampaian beliau amat menarik. – Sahriah Binti Sennawing – Pegawai Eksekutif Kanan
- Penceramah seorang yang amat berpengetahuan dan pandai berinteraksi dengan peserta. – Nor Azman bin Osman – Pegawai Eksekutif
- Penceramah terlatih dan berpengalaman luas dalam tajuk ini. – Shahrizan bin Ayob – Pegawai EKsekutif
- Penceramah yang terbaik dan tepat! – Hasrun Nizam bin Othman – Pegawai EKsekutif
- Penceramah berpengalaman dan telah berjaya berkongsi ilmu beliau dengan peserta. – Saravanan A/L Muniandy- Pegawai Kerani Aduan
- Peramah “attractive” dan committed! – Juwita Faridah binti Ali @ Ghazali – Pegawai Eksekutif
- Superb! – Abang saiful bin Abang Puteh – Pegawai EKsekutif
- Penceramah yang amat berpengetahuan dan berpengalaman. – Noor Rislah binti Amon – Pegawai Eksekutif
- Very polite and attractive! – Kesevan A/L Rarusuraman – Pegawai Eksekutif
- Menarik dalam perkongsian ilmu. – Nasaruddin bin Ahmad – Pegawai Eksekutif
- Penceramah yang sangat energetic, berpersonaliti, cantik dan berpengetahuan – Norliza binti Abd Mutalib – Pegawai Eksekutif
- Penceramah menguasai bidang dengan sangat baik! – Amarudin bin Mohamad Khalid – Pegawai Eksekutif
- Baik dan memuaskan – cemerlang! – NoorAini binti Ya’akop – Pegawai Eksekutif Kanan
- Penceramah mampu menarik minat dan perhatian dengan gaya penyampaian beliau, penceramah mampu menyampaikan idea beliau dengan jelas. – Aaron Cheng Kok Sin – Pegawai EKsekutif
- Tahniah! – Norziha binti Mat Sri – Pegawai Eksekutif
- Penceramah sangat menarik dan mampu memberi pengetahuan dan maklumat dengan baik. – Rosnah binti Saad – Pegawai Eksekutif
- Pengisian kursus ini sangat baik. – Juani bin Bakidi – Pegawai Eksekutif Kanan
- Kandungan kursus amat memuaskan dan menarik! – Muhammad Aifq bin Othman – Pegawai Eksekutif
- Tempoh masa program ini harap dipanjangkan. – Mohd Sabri bin Ramli – Pegawai EKsekutif
- Kursus yang terbaik! – Jefferson Galan A/K Augustine Andoh – Kerani
- Terbaik! – Mohamad Ridwandi bin Tahir – Pegawai Kerani
- Penceramah berjaya menyampaikan ceramah dengan baik. – Zaidah binti Zakaria – Kerani Kanan
- Kursus terbaik dan penceramah mudah didampingi. – Afizal bin Azil – Pegawai Eksekutif
- Kursus terbaik dan modul ini amat berguna kepada peserta. – Abdul Hafiz bin Zaid – Pegawai Eksekutif
- Kursus ini sangat baik. – Chrystal Dungin @ Raymond – Pegawai EKsekutif
- Kursus Pemantapan Pegawai Pengendalian Pengurusan Aduan Pelanggan PERKESO Terbaik! – Nurul Afiqah binti Azman – Pegawai Eksekutif
- Input Kursus Pemantapan Pegawai Pengendalian Pengurusan Aduan Pelanggan PERKESO ini sangat baik dan berguna dalam tugasan kami. – Zaleha binti Shaari – Pegawai Eksekutif
- Sangat Baik! – Ainon binti Lamin – Pegawai EKsekutif
- Penceramah berjaya menyampaikan modul dengan cara yang berkesan kepada anggota. – Yuhanisak binti Hamdan – Pegawai Eksekutif
- Pengisian amat baik dan penceramah mudah berkomunikasi dengan peserta. – Kaladevi A/P Subramaniam – Pegawai EKsekutif
- Penceramah berjaya menarik minat dan perhatian para peserta. – Zunaina binti Amat Dusin
- Kursus yang baik dan efisyen. – Balkis binti Abdul Rahman – Pegawai Eksekutif
- Penceramah sangat mesra. – Siti Ruhaizah binti Ngadenan – Pegawai Eksekutif
- Penyampaian amat baik. – Mohamad Yazid bin Mohamad – Pegawai Eksekutif Kanan
- Sangat baik dan penerangan sangat terang dan jelas. – Pegawai Eksekutif – Haldi bin Hasli – Pegawai Eksekutif
- Program ini sangat bagus – Mohammed Fahrein Syeriezad bin Mohd Salleh – Pegawai Eksekutif
Anda berminat untuk mengadakan Kursus Pemantapan Pegawai Pengendalian Pengurusan Aduan Pelanggan ini di tempat anda? Klik di sini untuk mendapatkan maklumat terperinci bengkel ini beserta sebutharga!